Collector
Giriş Yap
UMNO bukan pengkhianat, berhak tentu hala tuju | Collector
UMNO bukan pengkhianat, berhak tentu hala tuju

UMNO bukan pengkhianat, berhak tentu hala tuju

KUALA LUMPUR - UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti menjelang mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang bakal ditentukan tarikhnya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak. Sebaliknya menurut beliau, ia amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat."UMNO terbuka kepada apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat. "Apa jua bentuk kerjasama mesti berlandaskan prinsip keikhlasan dan kepercayaan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, Rabu.Dalam masa sama, Asyraf Wajdi berkata, UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas titah Yang di-Pertuan Agong ke-16, sehingga pilihan raya kelak."Kerajaan negeri Johor dibentuk sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan tanpa melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan (PH)."Justeru, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana kerajaan negeri," ujarnya ringkas.Terdahulu, beberapa pemimpin MKT UMNO hadir di Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi membincangkan isu politik semasa dan perihal PRN Johor serta Negeri Sembilan.Antara yang hadir memasuki pekarangan WTC seawal jam 7.29 malam ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan. Turut kelihatan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bersama beberapa lagi ahli MKT UMNO antaranya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan lain-lain.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di tingkat 38 Menara Dato' Onn sekitar jam 8.20 malam.

Go to News Site