Sinar Harian
KUALA LUMPUR - UMNO akan terus mendukung Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 sehingga pilihan raya akan datang selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendirian itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden parti berkenaan, di Menara Dato’ Onn di sini malam ini.Pada masa sama, beliau berkata, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana kerajaan negeri memandangkan Kerajaan Negeri Johor telah ditubuhkan lebih awal sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan dan tidak melibatkan parti daripada Pakatan Harapan.Asyraf Wajdi berkata, keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukanlah satu bentuk pengkhianatan terhadap Kerajaan Persekutuan seperti didakwa segelintir pihak sebaliknya ia mencerminkan amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan dengan menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.Beliau juga berkata, UMNO terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat namun ia perlu berlandaskan prinsip keikhlasan serta kepercayaan. - Bernama
Go to News Site
Asia Times
The Star
BERNAMA
The Star
Free Malaysia Today
Berita Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian