Sinar Harian
REMBAU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dilanggar kenderaan dipandu seorang guru di Kilometer 1 Jalan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu, Kota di sini pada Rabu.Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang bermain.Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, polis menerima maklumat terdapat satu kemalangan jalan raya di lokasi melibatkan seorang pejalan kaki dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz pada jam 6.40 petang."Siasatan awal mendapati, SUV tersebut dipandu seorang guru berusia 42 tahun dari arah Sekolah Kebangsaan Legong Ulu Kota menghala ke kawasan perumahan PPRT terbabit."Namun kenderaan dipandu telah terlanggar seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang berada di jalan dalam kawasan perumahan di situ," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Menurutnya, akibat kejadian, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat, manakala pemandu SUV tidak mengalami sebarang kecederaan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Go to News Site
BERNAMA
Free Malaysia Today
Berita Harian
Astro AWANI
Utusan Malaysia
Astro AWANI
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian
Sinar Harian