AKPS rampas hampir 200,000 kg e-sisa, bahan buangan terjadual di Pelabuhan Klang

AKPS rampas hampir 200,000 kg e-sisa, bahan buangan terjadual di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang merampas sisa elektronik dan bahan buangan terjadual seberat 195,720 kilogram (kg) dipercayai diseludup ke pelabuhan itu pada 3 petang Rabu.Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, rampasan berkenaan dilakukan menerusi pemeriksaan fizikal di tapak Unit Scanner CT1 Pelabuhan Barat terhadap 10 kontena di kawasan itu."Pemeriksaan itu mendapati tujuh kontena mengandungi e-sisa manakala tiga lagi iaitu masing-masing sebuah kontena mengandungi bahan buangan terjadual, campuran sampah plastik dan kertas serta mesin industri," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, pemeriksaan turut disertai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia Berhad (SIRIM), Lembaga Pelabuhan Klang serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.Nik Ezanee berkata, kesemua sisa elektronik itu dan bahan buangan terjadual diimport daripada beberapa pelabuhan sekitar Amerika Syarikat dan bahan-bahan terbabit adalah dilarang mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.Dalam kes lain, beliau berkata, AKPS Pelabuhan Klang turut menggagalkan cubaan menyeludup lima kontena mengandungi hasil ikan dan haiwan bernilai RM1.85 juta di Pelabuhan Barat semalam. Menurutnya, kejayaan itu hasil dua operasi berasingan hampir enam jam bermula 11.30 pagi di Pusat Pemeriksaan Kontena CFS 4. Beliau berkata, pihaknya menyita satu kontena mengandungi hasil ikan jenis tuna dalam tin dianggar seberat 15,360 kg bernilai RM219,420.88 diimport dari Vietnam. "Selain itu, empat kontena mengandungi hasil haiwan jenis whole milk powder diimport dari New Zealand seberat 100,800 kg dianggarkan RM1.63 juta turut disita."Pemeriksaan mendapati kesemua dagangan tersebut cuba dibawa masuk tanpa permit import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang sah," katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).  - Bernama

Kadar pertumbuhan penduduk perlahan kepada 0.6% pada suku keempat 2025

Kadar pertumbuhan penduduk perlahan kepada 0.6% pada suku keempat 2025

PETALING JAYA: Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia semakin perlahan kepada 0.6 peratus atau pertambahan 192,495 orang pada suku keempat 2025, seiring penurunan kelahiran hidup sebanyak 5.4 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah penduduk dianggarkan meningkat kepada 34.3 juta berbanding 34.1 juta pada suku keempat 2024, namun ... Read more The post Kadar pertumbuhan penduduk perlahan kepada 0.6% pada suku keempat 2025 appeared first on Utusan Malaysia .

Mayat wanita dikerat: Mangsa mungkin dibunuh di lokasi lain - Polis

Mayat wanita dikerat: Mangsa mungkin dibunuh di lokasi lain - Polis

KOTA KINABALU - Polis tidak menolak kemungkinan mangsa yang dikerat anggota badannya telah dibunuh di lokasi lain sebelum potongan anggota tubuhnya dibuang di kawasan Taman Indah Permai, Sepanggar, di sini.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Syed Lot Syed Ad Rahman berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kota Kinabalu sedang menjalankan siasatan lanjut di lokasi mayat mangsa ditemui."Hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa bahagian anggota tubuh manusia ditemui di dalam tong sampah serta di sekitar kawasan rumah kedai Indah Permai."Kesemua bahagian yang dijumpai dipercayai milik seorang mangsa yang sama namun setakat ini, identiti masih belum dapat dipastikan dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti identiti serta mengesan waris terdekat," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah, Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) serta Unit Anjing Pengesan (K9) telah menjalankan pemeriksaan terperinci di lokasi bagi tujuan pengumpulan bahan bukti dan membantu siasatan."Berdasarkan pemerhatian awal, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibunuh di lokasi lain sebelum bahagian tubuh tersebut dibuang di kawasan rumah kedai berkenaan."Bagaimanapun, siasatan sedang diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian, modus operandi kejadian serta individu yang terlibat," katanya.Syed Lot berkata, mayat telahpun dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan bedah siasat dijadualkan dijalankan pada jam 8.30 pagi Jumaat."Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis."Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, ASP Rahman di talian 012-310 6882 atau boleh terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529222 dan segala maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan."PDRM memandang serius kejadian ini dan memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dan profesional bagi memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan," katanya.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan penduduk di sekitar taman tersebut digemparkan dengan penemuan mayat dipercayai seorang wanita dikerat.Mayat tersebut ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut.Difahamkan, keadaan mayat yang ngeri apabila anggota badannya dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam.

Syabu RM78.6 juta dirampas, rangkaian edar dadah antarabangsa tumpas

Syabu RM78.6 juta dirampas, rangkaian edar dadah antarabangsa tumpas

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang berjaya menumpaskan satu rangkaian pengedaran dadah antarabangsa dengan nilai rampasan dadah mencecah RM78.6 juta dalam satu operasi khas pada Rabu.Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, dalam operasi tersebut, dua buah kapal telah ditahan aset Maritim yang melakukan rondaan kira-kira 107 batu nautika timur laut Kuantan berhampiran sempadan perairan Pahang dan Terengganu.Menurutnya, kapal pertama iaitu kapal tangki sepanjang 50.34 meter dikenali sebagai Kamal Bangkok yang didaftarkan di Thailand ditahan pada jam 10.47 pagi ketika berlayar ke arah selatan."Kapal itu membawa 13 kru terdiri daripada 10 warga Thailand dan tiga warga Indonesia berusia antara 33 hingga 68 tahun."Hasil pemeriksaan menemukan 76 guni mengandungi bahan disyaki syabu dengan anggaran berat keseluruhan 1.572 tan."Turut dirampas kira-kira 50,000 liter minyak diesel," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang, di sini pada Khamis.Mazlan memaklumkan, sebuah lagi kapal kargo sepanjang 39.8 meter dikenali sebagai Sail Fish 09 yang didaftarkan di Indonesia ditahan kira-kira jam 10.50 pagi di lokasi sama.Jelasnya, kapal itu membawa lima kru warga Indonesia berusia antara 33 hingga 71 tahun."Justeru keseluruhan nilai rampasan termasuk dadah, minyak diesel dan dua kapal dianggarkan berjumlah RM83.75 juta."Dadah yang dirampas dipercayai boleh digunakan kira-kira sembilan juta penagih," ujarnya.Menurutnya, kesemua 18 kru termasuk dua nakhoda akan dipohon reman selama tujuh hari sehingga 19 Februari bagi membantu siasatan.Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1958.Tambahnya, kapal dan barang kes dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman, Terengganu untuk tindakan lanjut."Tangkapan dan rampasan ini merupakan yang terbesar pernah direkodkan Maritim Negeri Pahang sejak penubuhannya," katanya.

MBSB peruntuk RM1 bilion untuk perkasakan PKS dalam sektor rel

MBSB peruntuk RM1 bilion untuk perkasakan PKS dalam sektor rel

PETALING JAYA – MBSB Bank dan Malaysia Rail Industry Corporation (MARIC) telah memeterai satu kerjasama strategik bagi memperkukuhkan ekosistem industri rel Malaysia dengan memajukan inovasi, meningkatkan akses perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  kepada pembiayaan mampan serta mempercepatkan pengkomersialan penyelesaian tempatan. Melalui kerjasama tersebut, MBSB Bank dan MARIC akan bekerjasama menyokong PKS berkaitan rel, penyedia teknologi ... Read more The post MBSB peruntuk RM1 bilion untuk perkasakan PKS dalam sektor rel appeared first on Kosmo Digital .