Hubungan tulus dengan media kunci tangani krisis komunikasi

Hubungan tulus dengan media kunci tangani krisis komunikasi

KUALA LUMPUR - Pengamal komunikasi korporat perlu membina hubungan tulus dan profesional dengan media sebagai asas penting dalam mengurus isu serta krisis organisasi.Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Libaturus West Coast Expressway (WCE), Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid berkata, media bukan musuh organisasi sebaliknya rakan strategik dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangan pada Konferens Korporat Komunikasi anjuran Comfori yang menghimpunkan Ketua Korporat Komunikasi daripada sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sebuah hotel di ibu negara pada Rabu.Menurut Syed Mohammed Idid, masih terdapat pengamal perhubungan awam (PR) yang berasa takut terhadap media kerana bimbang mesej disalah tafsir atau digunakan untuk menjatuhkan organisasi."Jika hubungan dibina sejak awal dengan keikhlasan serta saling membantu dari segi maklumat dan pendekatan kemanusiaan, media juga memahami peranan mereka."Media adalah manusia dan juga sebuah perniagaan. Mereka tidak sewenang-wenangnya mahu menjatuhkan sesebuah syarikat atau jenama," ujarnya.Beliau menegaskan, hubungan media tidak seharusnya terhad kepada editor sahaja, sebaliknya perlu merangkumi keseluruhan hierarki organisasi media termasuk pengarang, wartawan, sub-editor dan jurukamera.Jelasnya, kebanyakan pengamal PR muda cenderung hanya mahu mengenali editor, sedangkan keikhlasan profesional perlu dibina dengan semua peringkat dalam organisasi media.Dalam pembentangannya, Syed Mohammed Idid turut menggunakan contoh isu WCE Seksyen 3 Kampung Jawa sebagai kajian kes bagi memberi pemahaman kepada pengamal komunikasi mengenai pendekatan terbaik menangani isu berbangkit.Beliau berkata, pengamal komunikasi tidak boleh mengambil mudah peranan mereka dengan hanya menumpukan kepada aspek penyampaian mesej semata-mata.Sebaliknya, mereka perlu menyelami setiap aspek organisasi termasuk operasi, keselamatan, kekangan pasukan teknikal, aspek perundangan dan cabaran kewangan."Jika kita tidak memahami setiap pemegang taruh dalaman, sukar untuk membina inisiatif atau kempen yang berkesan kepada pemegang taruh luar seperti media, kerajaan dan agensi," ujarnya.Beliau turut menegaskan bahawa bidang perhubungan awam adalah bidang strategik dan bukan sekadar mengurus acara atau hiburan seperti yang sering disalah anggap.Dalam era kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, tegasnya, pengamal komunikasi perlu bijak memanfaatkan alat media intelligence bagi mengesan isyarat awal sesuatu isu.Menurutnya, dalam isu WCE Seksyen 3 Kampung Jawa, pelbagai petunjuk awal boleh dikesan melalui media sosial seperti TikTok, sekali gus membantu organisasi menggubal naratif serta hala tuju komunikasi bagi membetulkan persepsi yang tidak tepat."Kita mungkin melihatnya sebagai isu negatif, tetapi ia juga peluang untuk membetulkan persepsi yang salah. Mereka mungkin mendapat nasihat yang tidak tepat, namun mereka bukan orang jahat."Tugas kita adalah memastikan cerita yang betul sampai kepada umum dengan bantuan media," tambahnya.

RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah

RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan 2025 sebagai satu langkah penting dalam melengkapkan kerangka undang-undang negara, khususnya dalam menangani pertikaian komersial antarabangsa. Menurut beliau, Akta Mediasi 2012 (Akta 749) yang sedia ada hanya meliputi pertikaian domestik dan tidak merangkumi isu-isu rentas sempadan, sekali [...]

MyKiosk: KPKT wajibkan PBT laksana kajian lokasi

MyKiosk: KPKT wajibkan PBT laksana kajian lokasi

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewajibkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan kajian menyeluruh sebelum sebarang pemasangan kiosk di bawah inisiatif MyKiosk bagi memastikan lokasi dipilih benar-benar mempunyai permintaan pasaran tinggi.Langkah itu diperkenalkan menerusi garis panduan baharu yang dikeluarkan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta menjamin kelangsungan perniagaan penjaja kecil.KPKT dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan kewajipan tersebut dilaksanakan susulan laporan dan syor penambahbaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaksanaan projek berkenaan.Menurut kementerian itu, hasil siasatan SPRM mengesahkan tiada sebarang elemen jenayah, rasuah atau salah guna kuasa dikesan sepanjang pelaksanaan MyKiosk.Bagaimanapun, laporan sama turut mengenal pasti kelemahan di peringkat pelaksanaan khususnya berkaitan mekanisme pemantauan yang tidak seragam sehingga menjejaskan penilaian impak projek.Sehubungan itu, KPKT menegaskan bahawa pendekatan baharu berasaskan kajian keperluan pasaran kini menjadi syarat utama sebelum sebarang kelulusan pemasangan diberikan."KPKT telah mewajibkan PBT melaksanakan kajian menyeluruh sebelum pemasangan kiosk untuk memastikan lokasi mempunyai permintaan pasaran yang tinggi," menurut kenyataan tersebut.Tambah kementerian itu, langkah berkenaan sekaligus dapat menjamin kelangsungan perniagaan melalui garis panduan baharu yang dikeluarkan JKT.Dalam konteks pelaksanaan, KPKT menjelaskan bahawa walaupun dasar serta peruntukan disalurkan di peringkat Persekutuan, PBT bertindak sebagai agensi pelaksana utama di lapangan."PBT bertanggungjawab menentukan lokasi strategik, melantik peniaga layak serta menyelenggara fasiliti yang disediakan," jelas KPKT.Dengan kewajipan kajian pasaran tersebut, setiap cadangan lokasi perlu disokong data jelas termasuk potensi pelanggan, aliran pengunjung dan kesesuaian persekitaran setempat.Pendekatan itu dilihat sebagai mekanisme mencegah pemasangan di kawasan kurang tumpuan yang boleh menjejaskan daya maju perniagaan penjaja.Selain kewajipan kajian awal, prestasi PBT turut akan dinilai melalui sistem ‘Lampu Isyarat’ bagi memantau tahap pengisian serta pengoperasian kiosk."PBT yang gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dan berada pada status merah berdepan tindakan pembatalan peruntukan, manakala pihak yang mencapai status hijau akan menerima insentif tambahan," jelasnya.Pemantauan tersebut dilaksanakan JKT dengan laporan dikemukakan kepada KPKT setiap suku tahunan bagi memastikan tindakan susulan dapat diambil secara berterusan.Dalam pada itu, PBT turut disaran memindahkan unit kurang sambutan ke lokasi lebih berpotensi sebagai langkah mengoptimumkan penggunaan aset."KPKT menegaskan dakwaan bahawa MyKiosk merupakan projek ‘gajah putih’ adalah tidak tepat memandangkan kadar pengisian setakat Julai 2025 menunjukkan MyKiosk 1.0 mencapai 91.75 peratus manakala MyKiosk 2.0 merekodkan 86.78 peratus," katanya.Menurut kementerian berkenaan, inisiatif itu telah membantu meningkatkan pendapatan lebih 7,000 keluarga penjaja kecil di seluruh negara termasuk terdapat peniaga meraih sehingga RM30,000 sebulan."KPKT komited memastikan setiap sen dana awam dibelanjakan secara berintegriti dan memberi impak optimum kepada ekonomi rakyat selaras aspirasi Malaysia Madani," katanya.Dengan penetapan syarat kajian menyeluruh sebelum pemasangan, pelaksanaan MyKiosk kini memasuki fasa penambahbaikan yang memberi penekanan kepada perancangan berasaskan data serta kebertanggungjawaban pelaksana di peringkat tempatan.Selasa lalu, SPRM membentangkan lima syor penambahbaikan tatakelola kepada KPKT berhubung pengurusan serta pelaksanaan projek MyKiosk.SPRM memaklumkan, syor berkenaan dikemukakan susulan beberapa isu berkaitan pelaksanaan projek itu, termasuk dakwaan tidak mencapai objektif kerajaan serta menimbulkan ketidakselesaan kepada rakyat akibat penempatan kiosk yang tidak sesuai.

AirAsia X Unveils New KL-Bahrain-London Route; Starting June 2026

AirAsia X Unveils New KL-Bahrain-London Route; Starting June 2026

In the latest step of the budget airline’s global expansion efforts, AirAsia X (AAX) has officially announced a new international route connecting Kuala Lumpur to Bahrain and London’s Gatwick Airport. Per the official statement, Bahrain will be the company’s strategic aviation hub, allowing it “to connect Asia with the Middle East and Europe more effectively.” […] The post AirAsia X Unveils New KL-Bahrain-London Route; Starting June 2026 appeared first on Lowyat.NET .

Budak 11 tahun maut disyaki diberi minum methadone

Budak 11 tahun maut disyaki diberi minum methadone

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia, manakala dua adiknya masih menerima rawatan selepas dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis methadone oleh ibu mereka dalam kejadian di Sungai Ramal Baru, di sini hari ini. Difahamkan, kejadian terbongkar selepas ketiga-tiga kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Tengku Permaisuri Norashikin dalam keadaan tidak sedarkan diri ... Read more The post Budak 11 tahun maut disyaki diberi minum methadone appeared first on Kosmo Digital .