25 lokasi panas Op Selamat Tahun Baharu Cina

25 lokasi panas Op Selamat Tahun Baharu Cina

SUNGAI BULOH: Sebanyak 25 lokasi panas dan 46 titik hitam dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lebuh raya utama sempena Op Selamat Sempena Tahun Baharu Cina 2026 bermula pada 15 hingga 20 Februari ini. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, Op Selamat 25 ... Read more The post 25 lokasi panas Op Selamat Tahun Baharu Cina appeared first on Utusan Malaysia .

Kutip derma di Terengganu perlu dapat QR Maidam

Kutip derma di Terengganu perlu dapat QR Maidam

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak yang melakukan pungutan khairat atau derma termasuk sepanjang bulan Ramadan di negeri ini tanpa kebenaran agensinya. Yang Dipertua Maidam, Datuk Zulkifli Ali berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif memperkenalkan kod respons pantas (QR) yang akan diberikan kepada pihak yang ... Read more The post Kutip derma di Terengganu perlu dapat QR Maidam appeared first on Kosmo Digital .

Buang puntung rokok di tempat awam, buruh didenda RM1,500

Buang puntung rokok di tempat awam, buruh didenda RM1,500

KUALA LUMPUR - Seorang buruh didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam, bulan lepas.Hakim Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu ke atas Ajmal Haziq Zulkarnain, 30, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani khidmat masyarakat selama empat jam dalam tempoh sebulan.Lelaki itu didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam atau jalan awam dan bukan dalam bekas yang diperuntukkan bagi membuang sisa pepejal tersebut, di hadapan sebuah restoran di Bukit Bintang di sini, pada 10.39 malam, 1 Januari 2026.Pertuduhan mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 dan sebagai tambahan, boleh dikenakan perintah khidmat masyarakat tidak melebihi 12 jam secara agregat dalam tempoh maksimum enam bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat jam sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu.Terdahulu, Pegawai Pendakwa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), A'ala Shah Md Yusop memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS dan orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan di tempat awam.Bagaimanapun, Ajmal Haziq yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan selain mengakui kesalahan dilakukannya. - Bernama

MTUN bantu tangani ketidakpadanan, latihan semula graduan

MTUN bantu tangani ketidakpadanan, latihan semula graduan

PUTRAJAYA: Kewujudan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) membantu mengurangkan keperluan latihan semula atau ‘reskilling’ dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan. Ia juga mampu menangani isu ketidakpadanan kemahiran (skills mismatch) yang sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kewujudan universiti teknikal amat penting bagi memastikan negara tidak ... Read more The post MTUN bantu tangani ketidakpadanan, latihan semula graduan appeared first on Utusan Malaysia .

Tujuh pegawai PBT direman, rasuah lesen perniagaan RM15,000

Tujuh pegawai PBT direman, rasuah lesen perniagaan RM15,000

SHAH ALAM – Komplot rasuah bulanan sehingga RM15,000 membabitkan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mempercepatkan urusan permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan terbongkar apabila tujuh pegawai direman hari ini. Perintah reman selama empat hari terhadap mereka termasuk seorang bekas pegawai penguat kuasa berusia 30 hingga 50-an dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis. Menurut sumber, kesemua ... Read more The post Tujuh pegawai PBT direman, rasuah lesen perniagaan RM15,000 appeared first on Kosmo Digital .

Soal pembahagian kerusi PKR belum dibincangkan

Soal pembahagian kerusi PKR belum dibincangkan

MELAKA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka masih belum membuat keputusan berhubung pembahagian kerusi dengan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi. Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, rundingan rasmi mengenai kerjasama atau pembahagian kerusi sama ada dengan komponen ... Read more The post Soal pembahagian kerusi PKR belum dibincangkan appeared first on Utusan Malaysia .

Dulu nama anak Kamarudin, Mustapha…sekarang Rayyan, Nayla

Dulu nama anak Kamarudin, Mustapha…sekarang Rayyan, Nayla

PETALING JAYA – Jika dahulu nama seperti Kamarudin, Baharudin, Osman dan Mustapha menjadi pilihan utama ibu bapa, kini trend itu semakin berubah apabila nama moden seperti Aariz, Rayyan dan Nayla semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi baharu. Perubahan itu dapat dilihat menerusi perkongsian grafik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memaparkan perbandingan trend nama bayi dahulu ... Read more The post Dulu nama anak Kamarudin, Mustapha…sekarang Rayyan, Nayla appeared first on Kosmo Digital .