Ibu lari sejak kecil, remaja tanggung akibat

Ibu lari sejak kecil, remaja tanggung akibat

PONTIAN – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun merayu orang ramai menjejaki ibu kandungnya yang menghilang sejak dia masih bayi sekali gus menyebabkan hidupnya terumbang-ambing tanpa kad pengenalan dan peluang bersekolah. Muhammad Al Amin ditinggalkan kepada sebuah keluarga di Kampung Parit Ghani, Simpang Renggam, Kluang ketika berusia hanya dua bulan. Ibu angkatnya, Mar Siti Khamis, ... Read more The post Ibu lari sejak kecil, remaja tanggung akibat appeared first on Kosmo Digital .

Juruteknik PAIP maut, kereta dilanggar MPV gagal memotong

Juruteknik PAIP maut, kereta dilanggar MPV gagal memotong

PEKAN - Seorang juruteknik syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Maran maut selepas kereta dinaiki dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 10 Jalan Chini-Salong di sini pada Jumaat.Dalam kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Norzaidi Zakaria, 40, dari Perumahan Dara Chini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chini.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu MPV jenis Proton Exora bersama dua penumpang masing-masing berusia 51 hingga 67 tahun cedera.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dipercayai dalam perjalanan pulang dari arah Kuantan menghala ke Chini."MPV dipandu penjaga gudang logistik dinaiki dua penumpang itu pula dari arah bertentangan."Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa bergerak lurus, kereta mangsa dipercayai telah dilanggar MPV yang memasuki laluannya ketika sedang memotong kenderaan lain," katanya.Mohd Zaidi berkata, mangsa yang parah akibat kemalangan itu telah dibawa ke Klinik Kesihatan Chini dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.Katanya, tiga mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan lanjut."Kemalangan maut mengorbankan nyawa pemandu itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Futsal: Peluang lunas dendam kini terbuka

Futsal: Peluang lunas dendam kini terbuka

SKUAD futsal Bawah 19 Tahun (B-19) berpeluang untuk melunas dendam menjelang aksi separuh akhir Kejuaraan B-19 Asia Tenggara menentang Thailand selepas skuad senior dimalukan dengan kekalahan 1-7 kepada tuan rumah pada Sukan SEA lalu. Selain itu, misi di Stadium Nonthaburi malam ini juga menjurus kepada menambah derita dan aib Thailand selepas mereka yang dianggap kuasa ... Read more The post Futsal: Peluang lunas dendam kini terbuka appeared first on Kosmo Digital .

‘Siapa datang saya bagi ‘free’

‘Siapa datang saya bagi ‘free’

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri bersedekah, mencari kenalan dan mengeratkan si­laturahim dengan cara tersendiri apabila menjamu mereka dengan buah anggur daripada pokok yang ditanam sendiri di rumah mereka di Felda Lok Heng Timur di sini. Supian Ihsan, 65, berkata, pokok itu ditanam ketika Pe­rintah Kawalan Pergerakan lima tahun lalu selepas isteri­nya, Siti Aminah Yunos, ... Read more The post ‘Siapa datang saya bagi ‘free’ appeared first on Kosmo Digital .

Thailand mula kaji servis tekong Malaysia

Thailand mula kaji servis tekong Malaysia

SUKAN SEA 2025 yang berlangsung penuh meriah di Bangkok, Thailand telah melabuhkan tirainya secara rasmi pada hujung minggu lalu. Pada temasya dwitahunan itu, kontinjen negara berjaya membawa pulang 57 pingat emas, 57 perak dan 117 gangsa, sekali gus melepasi sasaran 200 pingat. Lebih manis, pingat emas ke-57 negara disumbangkan oleh skuad sepak takraw yang berjaya ... Read more The post Thailand mula kaji servis tekong Malaysia appeared first on Kosmo Digital .

Qi Razali tak suka kalah, Sweet Qismina rasa belum layak

Qi Razali tak suka kalah, Sweet Qismina rasa belum layak

REZEKI tidak pernah salah alamat, siapa sangka filem Babah menjadi asbab dua bintangnya, Sweet Qismina dan Qi Razali melakar momen manis apabila dinobat sebagai pelakon terbaik tahun ini. Kalender 2025 padat dengan kejutan buat dua figura itu dan pastinya pengiktirafan diraih bukan tiket untuk mendabik dada sebaliknya tanggungjawab besar yang perlu dipikul sebagai anak seni. ... Read more The post Qi Razali tak suka kalah, Sweet Qismina rasa belum layak appeared first on Kosmo Digital .

Malaysia mahu kejutkan Thailand

Malaysia mahu kejutkan Thailand

BANGKOK: Skuad futsal bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan mempunyai misi besar untuk membenam tuan rumah, Thailand dalam aksi separuh akhir Kejuaraan Futsal B-9 ASEAN 2025 di Stadium Nonthaburi, malam ini. Thailand pastinya turun selaku pilihan utama berdasarkan status sebagai juara Kumpulan A, namun perkara itu perlu diketepikan oleh skuad kendalian Rakhpol Seinetngam kerana apa sahaja ... Read more The post Malaysia mahu kejutkan Thailand appeared first on Utusan Malaysia .

Slot automatik ACLE berdepan ancaman

Slot automatik ACLE berdepan ancaman

JUARA Liga Super musim depan berpotensi untuk ‘berputih mata’ terlepas slot automatik beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) edisi 2027/2028 andai kedudukan dalam MA ranking Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berjaya dipintas Vietnam. Berdasarkan carta semasa di laman Footy Rankings, Malaysia ketika ini masih berada di kedudukan keenam di belakang Jepun, Korea ... Read more The post Slot automatik ACLE berdepan ancaman appeared first on Kosmo Digital .

‘Pelancongan bintang’ di PD Forest@Sungai Menyala

‘Pelancongan bintang’ di PD Forest@Sungai Menyala

APABILA menyebut tentang Port Dickson, sudah semestinya kita akan membayangkan suasana pantai-pantainya yang nyaman dan indah. Namun, bagi yang mahu mencari pengalaman berbeza, daerah Port Dickson sebenarnya mempunyai satu destinasi unik yang menggabungkan khazanah hutan dengan ilmu astronomi. Terletak di kawasan Hutan Simpan Sungai Menyala, PD Forest@Sungai Menyala kini muncul sebagai tarikan buat pencinta alam ... Read more The post ‘Pelancongan bintang’ di PD Forest@Sungai Menyala appeared first on Utusan Malaysia .

Menyeimbang realiti global, memperteguh misi universiti

Menyeimbang realiti global, memperteguh misi universiti

PENARAFAN universiti global terus menjadi topik perbincangan dalam landskap pendidikan tinggi. Ada pihak yang melihatnya sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan pencapaian universiti, manakala ada juga yang menilainya secara lebih berhati-hati, dengan menyatakan kebimbangan terhadap kaedah dan pendekatan yang digunakan. Sistem penarafan universiti global bukanlah tanpa kelemahan. Ramai sarjana pendidikan tinggi mengingatkan penarafan lazimnya menggunakan pendekatan ... Read more The post Menyeimbang realiti global, memperteguh misi universiti appeared first on Utusan Malaysia .