Lima sekeluarga trauma disamun, diikat kumpulan lelaki bersenjata parang

Lima sekeluarga trauma disamun, diikat kumpulan lelaki bersenjata parang

MELAKA - Lima sekeluarga termasuk seorang orang kurang upaya (OKU), trauma selepas menjadi mangsa samun oleh lima lelaki bersenjata parang dan kayu di sebuah rumah di Kampung Air Resam, Durian Tunggal, di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, kesemua mangsa dipercayai diikat menggunakan pita pelekat sebelum suspek melarikan pelbagai barang kemas, wang tunai kira-kira RM2,000, selain dua telefon bimbit serta dokumen pengenalan diri dengan anggaran kerugian sekitar RM130,000.Mangsa yang berada di dalam rumah ketika kejadian ialah sepasang suami isteri bersama seorang anak, ibu berusia 73 tahun serta adik mangsa yang merupakan OKU fizikal.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, kejadian berlaku ketika seorang daripada mangsa berada di bahagian belakang rumah untuk membungkus susu segar sebelum didatangi lima lelaki tidak dikenali yang meluru masuk melalui pintu belakang rumah yang tidak berkunci."Suspek yang memakai baju hitam berhud serta penutup muka bertindak mengacukan parang dan kayu sebelum mengikat mangsa serta menggeledah rumah berkenaan bagi mencari barang kemas."Sebahagian mangsa turut dipukul dan dua mangsa mengalami kecederaan sebelum dibawa mendapatkan rawatan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.Menurutnya, suspek dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang rumah selepas menyedari kehadiran seorang penunggang motosikal yang datang ke hadapan rumah mangsa untuk mengambil bekalan susu.Katanya, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, namun polis telah menemui tujuh cap jari di tempat kejadian untuk dihantar ke Pusat Pengenalan Forensik (PIFOS) bagi tindakan lanjut."Unit Anjing Pengesan (K9) turut membawa kepada penemuan dua telefon bimbit yang dipercayai milik mangsa di laluan suspek melarikan diri."Kes disiasat sebagai samun berkumpulan bersenjata dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya.

Pelabur asing kekal pembeli bersih sebanyak RM15 juta di Bursa Malaysia

Pelabur asing kekal pembeli bersih sebanyak RM15 juta di Bursa Malaysia

PETALING JAYA: Pelabur asing di Bursa Malaysia kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu kelima berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM15 juta, hampir menyamai RM12.8 juta yang direkodkan pada minggu sebelumnya. MBSB Research berkata, aktiviti dagangan adalah terhad berikutan cuti Thaipusam, dengan pasaran hanya dibuka selama empat hari.  “Pelabur asing mencatatkan pembelian bersih hanya pada ... Read more The post Pelabur asing kekal pembeli bersih sebanyak RM15 juta di Bursa Malaysia appeared first on Utusan Malaysia .

Program Semarak Sihat X Johor Bersih Tingkat Kesedaran Kesihatan – Haslinda Saleh

Program Semarak Sihat X Johor Bersih Tingkat Kesedaran Kesihatan – Haslinda Saleh

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Program Semarak Sihat X Johor Bersih Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang berjaya dilaksanakan dengan penyertaan serta sokongan padu masyarakat setempat, sekali gus mencerminkan tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan kesihatan dan kebersihan persekitaran. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Saleh berkata, program inisiatif Kerajaan Negeri Johor itu bertujuan memperkukuhkan kesedaran rakyat terhadap penjagaan kesihatan [...]

Nilai jualan sektor pembuatan capai RM1.97 trilion pada 2025

Nilai jualan sektor pembuatan capai RM1.97 trilion pada 2025

PETALING JAYA: Nilai jualan sektor pembuatan pada 2025 mencapai RM1.97 trilion, meningkat 4.2 peratus daripada RM1.9 trilion pada tahun sebelumnya, dipacu lonjakan jualan subsektor peralatan elektrik dan elektronik. Nilai jualan pada Disember 2025 meningkat 6.4 peratus kepada RM168.6 bilion. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, subsektor peralatan elektrik dan elektronik tumbuh 12.6 ... Read more The post Nilai jualan sektor pembuatan capai RM1.97 trilion pada 2025 appeared first on Utusan Malaysia .

Sorok dadah dalam tong gas helium, 4 ditahan

Sorok dadah dalam tong gas helium, 4 ditahan

PETALING JAYA: Empat individu termasuk tiga warga asing ditahan selepas menyimpan pelbagai dadah yang disorok dalam tong gas ‘helium’ dalam dua operasi khas di Jalan Tun Razak, di sini semalam. Penahanan kesemua individu dijalankan Pasukan Kuala Lumpur Police Strike Force kira-kira pukul 5.30 petang di sebuah kediaman di Jalan Tun Razak hasil maklumat risikan. Ketua ... Read more The post Sorok dadah dalam tong gas helium, 4 ditahan appeared first on Utusan Malaysia .