Pengarah syarikat rugi hampir RM400,000 ditipu tender pembekalan katil tidak wujud

Pengarah syarikat rugi hampir RM400,000 ditipu tender pembekalan katil tidak wujud

KULAI: Seorang pengarah syarikat swasta kerugian sebanyak RM399,600 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket yang menawarkan tender pembekalan katil secara dalam talian yang tidak wujud. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Polis Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki Cina warga tempatan berusia 47 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, ... Read more The post Pengarah syarikat rugi hampir RM400,000 ditipu tender pembekalan katil tidak wujud appeared first on Utusan Malaysia .

Semenanjung cerah, ribut petir di Sabah petang ini

Semenanjung cerah, ribut petir di Sabah petang ini

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sabah sehingga pukul 5 petang ini. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan berkata, ia meliputi daerah Sandakan dan Kudat. “Cuaca buruk dijangka berlaku di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” kata kenyataan itu. Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila ... Read more The post Semenanjung cerah, ribut petir di Sabah petang ini appeared first on Kosmo Digital .

Dua pengarah syarikat didakwa pecah amanah lebih RM500,000

Dua pengarah syarikat didakwa pecah amanah lebih RM500,000

KUALA LUMPUR - Dua pengarah sebuah syarikat bistro dan kafe mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM543,382.23.Alice Yeo @ Yeo Lik Chien, 49, dan Ong Jyh Shyang, 60, didakwa sebagai pengarah Syarikat Shisha Lounge & Cafe Sdn Bhd, yang diberi amanah menguruskan kewangan syarikat, telah memindahkan wang berkenaan ke akaun bank milik sebuah syarikat lain.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Solaris pada 4 Januari 2023 dan 7 Julai 2025, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara dua hingga 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta syarat tambahan menyerahkan pasport dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.Peguam N Grace yang mewakili Alice memohon jaminan dikurangkan antara RM20,000 hingga RM30,000 kerana anak guamnya menghadapi kemurungan dan masalah buah pinggang.Manakala peguam Segeran yang mewakili Jyh Shyang memohon jaminan RM10,000 atas alasan anak guamnya menanggung keluarga dan menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis.Hakim Azrul Darus membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM25,000 setiap seorang bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan.Mahkamah menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan kes. - Bernama