China is the bright spot in Trump’s foreign policy

China is the bright spot in Trump’s foreign policy

After one year in office, the Trump administration’s foreign policy has drawn mostly negative reviews.  Major efforts to bring peace to both Eastern Europe and the Middle East—both admittedly tall orders—have resulted in meager progress. That is to say nothing of the intense nervousness neighbors and allies feel over Washington’s unique new vision for hemispheric defense. Amid that bleak overall […] The post China is the bright spot in Trump’s foreign policy appeared first on Asia Times .

Wanita didakwa serang Sultan Nazrin fail representasi gugur kes

Wanita didakwa serang Sultan Nazrin fail representasi gugur kes

IPOH - Seorang wanita yang didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Ogos lepas, telah memfailkan representasi untuk menggugurkan pertuduhan itu pada Jumaat lepas.Peguam Zulzarif Zakuan yang mewakili Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41, berkata, representasi berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 6 Februari lepas."Pihak peguam bela dan pendakwa raya masih berbincang bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik memandangkan kes ini bersifat kepentingan awam."Keputusan representasi belum sedia hari ini dan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menetapkan kes ditangguhkan hingga 1 April nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.Pada 8 Oktober lepas, Mahkamah Majistret di sini menolak pengakuan bersalah tertuduh yang cuba menyerang Sultan Nazrin di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada 8.20 pagi, 31 Ogos 2025.Nurhaswani Afni didakwa di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Pada 8 September lepas, dia dihadapkan ke mahkamah sama, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh diperintahkan menjalani pemeriksaan serta pemantauan di Hospital Bahagia selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. - BernamaARTIKEL BERKAITANMahkamah tolak pengakuan bersalah wanita serang Sultan Nazrin kerana tidak warasWanita naik pentas, cuba dekati Sultan Perak ketika sambutan Hari Kebangsaan ditahan

Letupan di Nilai: Ayang kritikal di HKL, prosiding sebutan kes terpaksa ditangguhkan

Letupan di Nilai: Ayang kritikal di HKL, prosiding sebutan kes terpaksa ditangguhkan

SEREMBAN - Prosiding sebutan semula kes lelaki warga emas dikenali sebagai 'Ayang' yang sebelum ini didakwa atas lima pertuduhan berkaitan bahan letupan buatan sendiri(IED) di Nilai, Disember lalu terpaksa ditangguhkan berikutan tertuduh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.Keadaan terkini, Yeoh Hock Sun,63, dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni kepada Hakim, N Kanageswari di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.Beliau memaklumkan yang tertuduh kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur(HKL)."OKT sedang dirawat di HKL sejak 3 Februari lalu dan dia dimaklumkan dalam keadaan kritikal."Pengesahan tersebut telah difailkan oleh Pengarah Jabatan Penjara dan turut disahkan sendiri oleh doktor dari penjara," katanya.Norazihah kemudian memohon tarikh sebutan semula kes untuk kehadiran tertuduh ke mahkamah dan pengesahan tahap kesihatannya daripada pihak hospital.Mahkamah menetapkan 13 Mac untuk sebutan semula kes.Pada 9 Januari lalu, tertuduh terpaksa didakwa di Hospital Tuanku Jaafar di sini kerana sedang dirawat akibat kecederaan dialami dalam letupan yang berlaku.Dia bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan bahan letupan yang menyebabkan kerosakan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi L200 Triton milik seorang lelaki berusia 47 tahun.Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 22 Disember 2025, kira-kira jam 5.55 pagi di kawasan parkir Blok A, Pangsapuri Desa Palma, Nilai.Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Mengikut tiga pertuduhan lain, tertuduh didakwa memiliki bahan letupan dalam keadaan yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia berniat menggunakannya bagi maksud menyebabkan kecederaan.Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada tarikh sama, antara jam 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam, masing-masing di sebuah unit Pangsapuri Desa Palma di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira yang diletakkan di kawasan Star Valley, Nilai, serta di tepi jalan utama Kampung Batang Benar, Mantin, Nilai.Bagi kesalahan berkenaan, pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Selain itu, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 4 akta yang sama kerana menggunakan bahan letupan buatan sendiri (IED) secara salah dan dengan niat jahat untuk mendatangkan kecederaan.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun dan sebatan.

Dira Bersama Komuniti Sempena Semarak Ramadan, Tahun Baharu Cina

Dira Bersama Komuniti Sempena Semarak Ramadan, Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berbesar hati meluangkan masa bersama rakyat di Pasar Tani Jasin sempena Sambutan Ulang Tahun ke-41 Pasar Tani, program Semarak Ramadan serta perayaan Tahun Baharu Cina. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin menyifatkan Pasar Tani Jasin bukan sekadar lokasi urusan jual beli, malah menjadi [...]

Pemandu e-hailing tak mengaku takutkan gadis dengan pisau

Pemandu e-hailing tak mengaku takutkan gadis dengan pisau

MELAKA: Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah pisau serta ugutan jenayah menakutkan seorang wanita di sebuah pasar raya. Tertuduh, Lim Toh Seng, 50, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki ... Read more The post Pemandu e-hailing tak mengaku takutkan gadis dengan pisau appeared first on Utusan Malaysia .