Dua remaja ‘wheelie’ motosikal, seret kepala ditahan

Dua remaja ‘wheelie’ motosikal, seret kepala ditahan

KUALA LUMPUR – Dua remaja yang dikesan melakukan aksi berbahaya ketika menunggang dan membonceng sebuah motosikal di Jalan Tun Razak, di sini, pada 30 Januari lalu mengundang padah apabila ditahan polis, awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, perkara itu dikesan susulan video ... Read more The post Dua remaja ‘wheelie’ motosikal, seret kepala ditahan appeared first on Kosmo Digital .

Pemuda Amanah akui parti belum mampu tawan pengundi Melayu – Islam

Pemuda Amanah akui parti belum mampu tawan pengundi Melayu – Islam

PETALING JAYA: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui parti itu masih belum menembusi sepenuhnya pengundi muda dan pengundi atas pagar, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu Islam. Ketua Pemuda Amanah, Mohd. Hasbie Muda berkata, kelemahan berkenaan perlu diperbetulkan melalui gerak kerja politik yang lebih berimpak tinggi, kehadiran lapangan yang konsisten dan pendekatan kempen yang lebih segar ... Read more The post Pemuda Amanah akui parti belum mampu tawan pengundi Melayu – Islam appeared first on Utusan Malaysia .

Kerajaan teliti cadangan naik taraf Darul Quran kepada universiti

Kerajaan teliti cadangan naik taraf Darul Quran kepada universiti

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan supaya mewujudkan akta khusus bagi membolehkan Darul Quran dinaik taraf sebagai sebuah universiti. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, akta itu akan membolehkan Darul Quran membangunkan struktur pentadbiran, kurikulum dan sistem jaminan kualiti yang tersendiri. Menurut beliau, kewujudan akta khusus bagi membolehkan ... Read more The post Kerajaan teliti cadangan naik taraf Darul Quran kepada universiti appeared first on Kosmo Digital .

Aliesha Hanni hilang dari rumah sejak tiga hari lalu

Aliesha Hanni hilang dari rumah sejak tiga hari lalu

SUNGAI BULOH – Polis memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan kehilangan remaja tersebut dibuat oleh bapanya pada pukul 1.22 pagi semalam. Menurut beliau, lelaki itu memaklumkan anak perempuannya, ... Read more The post Aliesha Hanni hilang dari rumah sejak tiga hari lalu appeared first on Kosmo Digital .

Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - Anwar

Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - Anwar

PUTRAJAYA - Negara perlu sentiasa berwaspada dan diselamatkan daripada sebarang ancaman fahaman melampau berasaskan kaum dan agama yang boleh membawa kepada perpecahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mengambil contoh fahaman fasisme, perkauman dan Islamofobia yang semakin ketara di peringkat global terutama di negara barat, Anwar berkata kemunculan fahaman seperti itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia turut merebak dalam kalangan golongan terdidik."Jangan kita remehkan, sekarang kebangkitan fahaman fasisme dan perkauman itu kuat di Eropah dan Amerika. Benci minoriti, Islamofobia, benci kaum lain merebak dalam kalangan yang pintar, dalam kalangan terdidik," kata beliau ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan bulanan Kementerian Perpaduan Negara di sini pada Isnin.Perdana Menteri berkata, perkara lebih membimbangkan ialah sentimen dan fahaman melampau berkenaan sering disebarkan tanpa sandaran ilmu dan rasional.Beliau berkata, walaupun tanggungjawab mendepani ancaman berkenaan bukan sesuatu yang mudah, cabaran itu perlu dihadapi bagi memastikan keamanan dalam negara sentiasa terpelihara.Anwar berkata, keamanan dan kestabilan negara merupakan asas kepada pembangunan serta kemakmuran ekonomi, sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat."Bila negara aman dan stabil, kita (boleh) tumpu ke arah pembangunan negara dan lain-lain," kata beliau.Beliau berkata keupayaan negara membentuk asas dan dasar ekonomi yang kukuh untuk menarik pelaburan asing saling berkait dengan kestabilan politik."Baiki dasar kemudian baru boleh menarik penglibatan pelabur asing, melatih anak-anak supaya ada keterampilan dalam bidang-bidang yang tidak dikuasai sebelumnya. Semua ini harus kita fikirkan," kata Anwar. - Bernama

Status tanah punca pekebun kecil gagal dapat pensijilan MSPO

Status tanah punca pekebun kecil gagal dapat pensijilan MSPO

KUALA LUMPUR – Kegagalan pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) lazimnya berpunca daripada isu berkaitan status tanah. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, ia termasuk isu pemilikan tanah khususnya melibatkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. “Kementerian bersama Lembaga ... Read more The post Status tanah punca pekebun kecil gagal dapat pensijilan MSPO appeared first on Kosmo Digital .