Kedai emas di Port Dickson didakwa guna alat timbang tidak seimbang

Kedai emas di Port Dickson didakwa guna alat timbang tidak seimbang

SEREMBAN - Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis atas pertuduhan menggunakan alat timbang yang tidak seimbang, tahun lalu.Syarikat terbabit yang diwakili pengarahnya, Yee Siew Hoon, 67, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, syarikat itu telah ada dalam milikan untuk kegunaan perdagangan satu unit alat timbang elektronik jenama AND Model GF-3000 dengan kapasiti had terima 3,100 gram yang tidak seimbang.Kesalahan berkenaan dilakukan pada jam 9.51 malam di sebuah premis di Jalan Raja Aman Shah, Port Dickson, pada 4 Julai 2025.Berikutan itu, orang kena saman (OKS) telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama (Akta 71).Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan timbang, sukat atau alat timbang atau sukat boleh dilucut hak.Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Khairul Azman Rosli memohon wakil syarikat diikat dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.Peguam, S Kartikeyan memohon wang jaminan yang rendah memandangkan tertuduh adalah warga emas selain syarikat miliknya yang sudah beroperasi sejak 45 tahun lalu masih lagi beroperasi.Mahkamah kemudiannya menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM2,000 dan menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula.

39 PATI Indonesia ditahan Briged Tengah PGA

39 PATI Indonesia ditahan Briged Tengah PGA

CHERAS: Seramai 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang baru menyeludup masuk ke negara ini ditahan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di persisiran pantai Sabak, kelmarin.  Kesemua mereka ditahan oleh Pasukan Task Force Delta, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi ‘Op Taring Delta’ kira-kira pukul 5 pagi.  Komander Briged Tengah PGA, ... Read more The post 39 PATI Indonesia ditahan Briged Tengah PGA appeared first on Utusan Malaysia .

KL sesak luar biasa, dari 30 minit jadi 2 jam

KL sesak luar biasa, dari 30 minit jadi 2 jam

KUALA LUMPUR – Ibu negara hari ini berdepan kesesakan lalu lintas luar biasa apabila beberapa laluan utama dilaporkan sesak teruk sejak awal pagi sehingga sekarang. Tinjauan mendapati aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke pusat bandar, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang serta beberapa laluan di sekitar Bangsar dan Damansara. ... Read more The post KL sesak luar biasa, dari 30 minit jadi 2 jam appeared first on Kosmo Digital .

PARLIMEN: RM56 bilion bayaran balik lebihan cukai dalam 3 tahun

PARLIMEN: RM56 bilion bayaran balik lebihan cukai dalam 3 tahun

KUALA LUMPUR: Kerajaan melunaskan bayaran balik lebihan cukai sebanyak RM56 bilion bagi tempoh tiga tahun terkini antara 2023 hingga 2025. Jumlah itu 50 peratus lebih tinggi berbanding RM37 bilion yang dibayar bagi tempoh 2020 hingga 2022. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bayaran balik lebihan cukai yang diselesaikan pada tahun 2025 sahaja ... Read more The post PARLIMEN: RM56 bilion bayaran balik lebihan cukai dalam 3 tahun appeared first on Utusan Malaysia .

Mayat wanita ditemui di tempat pembuangan sampah

Mayat wanita ditemui di tempat pembuangan sampah

KOTA KINABALU – Mayat seorang wanita dalam keadaan tidak sempurna ditemui di tempat pembuangan sampah di kawasan perumahan penduduk di Taman Indah Permai pagi ini. Mayat yang dipercayai telah dikerat beberapa bahagian itu ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan kira-kira pukul 7 pagi. Difahamkan, mayat berkenaan turut dimasukkan ke dalam plastik berwarna ... Read more The post Mayat wanita ditemui di tempat pembuangan sampah appeared first on Kosmo Digital .

Tuntutan palsu: Ketua Pengarah, pengarah jabatan direman 5 hari

Tuntutan palsu: Ketua Pengarah, pengarah jabatan direman 5 hari

PUTRAJAYA- Ketua Pengarah sebuah jabatan kerajaan serta pengarah jabatan sama direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana berjumlah RM900,000. Perintah berkenaan dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah bermula hari ini sehingga 16 Februari depan terhadap kedua-dua suspek selepas permohonan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini tadi. Menurut SPRM, ... Read more The post Tuntutan palsu: Ketua Pengarah, pengarah jabatan direman 5 hari appeared first on Kosmo Digital .

PGA gempur 22 premis jual peranti, cecair rokok elektronik

PGA gempur 22 premis jual peranti, cecair rokok elektronik

KUBANG PASU: Sebanyak 22 premis disyaki terlibat dalam aktiviti penyimpanan dan penjualan cecair serta peranti rokok elektronik secara salah diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi di tiga negeri, kelmarin. Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, premis yang diserbu melibatkan lapan buah di Kedah, tiga di Pulau ... Read more The post PGA gempur 22 premis jual peranti, cecair rokok elektronik appeared first on Utusan Malaysia .

Selangor sedia import babi dari negeri lain

Selangor sedia import babi dari negeri lain

SHAH ALAM: Selangor akan mengimport bekalan daging babi dari negeri lain bagi memenuhi permintaan terhadap sumber makanan itu dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini, selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. “Setakat ini, 70 peratus ... Read more The post Selangor sedia import babi dari negeri lain appeared first on Utusan Malaysia .