‘Mummy sign off dulu’

‘Mummy sign off dulu’

PETALING JAYA – “Mummy sign off dulu.” Demikian luahan penuh kelegaan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selepas anak perempuannya, Maryam, menamatkan kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon kelas 2008 semalam. Menerusi satu hantaran di media sosial, Fadhlina berkongsi suasana menyentuh perasaan ketika para calon keluar dari dewan peperiksaan, disambut ibu bapa yang menunggu ... Read more The post ‘Mummy sign off dulu’ appeared first on Kosmo Digital .

Op Dadu Mega: 85 individu ditahan

Op Dadu Mega: 85 individu ditahan

PETALING JAYA: Seramai 85 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siri serbuan Op Dadu Mega yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara antara 20 hingga 23 Disember lalu. Operasi berkenaan dilaksanakan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama kontinjen negeri dengan tumpuan terhadap kegiatan perjudian dalam talian ... Read more The post Op Dadu Mega: 85 individu ditahan appeared first on Utusan Malaysia .

Tiga bekas juruterbang Malindo Airways peroleh pampasan RM1.44 juta

Tiga bekas juruterbang Malindo Airways peroleh pampasan RM1.44 juta

KUALA LUMPUR – Malindo Airways Sdn Bhd diperintahkan membayar pampasan berjumlah RM1.44 juta kepada tiga bekas juruterbangnya oleh Mahkamah Perusahaan di sini kerana menamatkan perkhidmatan mereka tanpa sebab yang munasabah semasa pandemik Covid-19, lima tahun lalu.Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Zalina Awang @ Mamat memutuskan bahawa syarikat penerbangan itu perlu melunaskan bayaran pampasan kepada bekas kakitangannya iaitu juruterbang perintis, Muralitharan Maniam; penolong juruterbang, Nik Afiq Farhan Nik Mohd Hilmi dan kapten, Foong Wai Ming.Mahkamah memerintahkan Malindo Airways membayar pampasan masing-masing sebanyak RM596,000 kepada Muralitharan dan Wai Ming yang berkhidmat selama tujuh tahun manakala Nik Afiq yang berkhidmat selama empat tahun menerima RM252,000.Syarikat berkenaan turut diperintahkan membayar pampasan tersebut dalam tempoh 30 hari dengan faedah lapan peratus setahun sehingga bayaran diselesaikan sepenuhnya.Dalam keputusan yang dibuat pada Rabu minggu lalu, Zalina mendapati penamatan perkhidmatan ketiga-tiga bekas juruterbang itu selaku penuntut semasa pandemik gagal dibuktikan sebagai pemberhentian kerja yang dibuat secara niat baik atau bona fide pada 1 November 2020.Berdasarkan alasan penghakiman, syarikat mendakwa berdepan masalah kewangan akibat pandemik, namun mahkamah mendapati syarikat itu telah memberhentikan semua penuntut tanpa mengemukakan bukti yang mencukupi."Syarikat mempunyai prerogatif atau budi bicara untuk menyusun tenaga kerja sewaktu pandemik, namun prerogatif itu tidak bersifat mutlak dan tertakluk kepada undang-undang buruh."Mahkamah turut mendapati pelaksanaan pemberhentian kerja atau retrenchment berkenaan tidak disertai dengan penjelasan munasabah mengenai pemilihan pekerja serta gagal mematuhi prosedur ditetapkan," katanya.Penghakiman itu turut menyatakan bahawa syarikat tidak boleh mengabaikan prinsip ‘Last-In-First-Out’ (LIFO) sewenang-wenangnya tanpa justifikasi yang kukuh walaupun ketika berdepan wabak.Sehubungan itu, mahkamah memutuskan penamatan perkhidmatan ketiga-tiga penuntut sebagai tidak sah, sekali gus membenarkan tuntutan yang dikemukakan terhadap syarikat berkenaan."Mahkamah juga mengambil kira isu ketiadaan rundingan, pemberian tempoh notis yang singkat serta kegagalan majikan mengemukakan bukti lengkap bagi menyokong dakwaan lebihan pekerja," katanya.Semasa prosiding, ketiga-tiga penuntut diwakili peguam Mohd Syahril Daud, Hema Kumar Nageswana Row dan Nur Zur’ain Mat Ramlee, manakala syarikat berkenaan diwakili peguam Jeyendran Ramachandran.Pada 11 Oktober 2020, Sinar Harian melaporkan bahawa syarikat penerbangan di seluruh dunia termasuk Malindo Airways mengurangkan bilangan pekerja susulan pandemik Covid-19.Dilaporkan bahawa syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid itu dijangka memberhentikan kira-kira 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.Syarikat penerbangan itu juga dikatakan mengurangkan jumlah pesawat kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam pesawat turboprop ATR.Berdasarkan laporan tersebut, proses pemberhentian kerja melibatkan kakitangan terjejas dijangka selesai pada 30 November tahun sama, manakala kakitangan yang tidak terjejas dikehendaki melaksanakan pelbagai tugasan.Artikel berkaitan:  2,200 kakitangan Malindo akan diberhentikan kerja

Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan

Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin menyindir keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tidak beradab dan sensitif dari sudut Perlembagaan. Ketuanya, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, kenyataan tersebut turut menunjukkan bahawa beliau tidak berempati dan gagal menghormati semangat rakan dalam Kerajaan [...]

D7 gempur pusat panggilan judi online seluruh negara

D7 gempur pusat panggilan judi online seluruh negara

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur sindiket pusat panggilan judi dalam talian menerusi 21 serbuan ke atas premis dan menahan 85 individu di seluruh negara.Serbuan menerusi Op Dadu Mega itu dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ kontinjen negeri dari 20 hingga 23 Disember.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, hasil pemeriksaan mendapati 20 premis dijadikan sebagai pusat panggilan (calling centre) bagi aktiviti perjudian dengan mengurus serta mempromosikan laman web perjudian yang menyasarkan pelanggan tempatan dan luar negara, antaranya Filipina, China dan Australia."Satu lagi premis yang diserbu dikesan dijadikan sebagai pusat panggilan bagi aktiviti penipuan pelaburan tidak wujud yang menyasarkan pelanggan tempatan."Daripada 85 individu yang ditahan, 62 lelaki dan 23 wanita disyaki berperanan sebagai operator serta ‘khidmat pelanggan’ dalam aktiviti perjudian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, kesemua yang ditahan terdiri daripada 47 warga tempatan dan 38 warga asing.Jelasnya, polis turut merampas peralatan komputer, tablet, telefon bimbit dan lain-lain barangan berkaitan."Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan bagi proses dokumentasi dan siasatan lanjut di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujarnya.Mengulas statistik tahun ini sejak Januari, Kumar berkata, PDRM telah menyerbu 117 premis pusat panggilan perjudian dengan tangkapan seramai 713 individu.Tegasnya, operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan bagi membanteras aktiviti perjudian tanpa lesen di seluruh negara dan orang ramai digesa menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membendung kegiatan terbabit.

Keluarga sedih dengan pengakhiran Suri, harap pelaku dikena hukuman setimpal

Keluarga sedih dengan pengakhiran Suri, harap pelaku dikena hukuman setimpal

REMBAU - Anak saudara kepada wanita yang mati dibunuh dan mayatnya ditemui di dalam beg di sebuah rumah di Rembau pada 18 Disember lalu, berharap pelaku dapat dikenakan hukuman yang setimpal atas perbuatan kejam tersebut.Dia yang mahu dikenali sebagai Mizan, 41, berkata, perbuatan dilakukan terhadap ibu saudaranya, Suri Narudin, 53, sama sekali tidak dapat diterima oleh mana-mana pihak."Saya berdoa agar pelaku dikenakan hukuman setimpal. Sepanjang tempoh makcik saya dilaporkan hilang, saya tidak dapat tidur memikirkan di mana dia berada dan apa yang telah berlaku kepadanya."Namun alhamdulillah, berkat doa semua, akhirnya segalanya terbongkar dan telah disahkan bahawa mayat di dalam beg itu adalah ibu saudara saya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Rembau pada Rabu.Lelaki itu tiba bersama ahli keluarga lain dan kenalan Suri sekitar jam 3 petang untuk proses pengurusan jenazah.Turut kelihatan rakan rapat Allahyarham, penyanyi 90-an, Mac Ruhayu Mohd Nor.Kata Mizan lagi, dia sememangnya sudah menjangka mayat yang ditemui adalah Suri selepas melihat saiz bagasi berkenaan.Ini kerana ujarnya, saiz bagasi itulah yang sering dibawa Suri ketika pergi bercuti."Tak sangka pengakhiran ibu saudara saya begini kerana dia seorang yang baik, pemurah dan periang," katanya.Dia turut memuji tindakan cekap polis dalam melakukan siasatan berhubung kes terbabit.Jelasnya, kali terakhir dia berjumpa dengan Allahyarham pada Oktober lalu, malah wanita itu sempat menghantar mesej bertanya khabar sebaik mengetahui ayahnya tidak sihat."Arwah pun ada beritahu saya nak pergi luar negara. Dia sememangnya suka pergi bercuti," katanya.Sinar Harian difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Rembau.Terdahulu media melaporkan, polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam beg yang ditanam dekat sebuah rumah kosong di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, adalah Suri Narudin.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilapor berkata, pengesahan identiti itu dilakukan melalui cap jari yang diperolehi dan ia sepadan dengan data yang terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Beliau turut mengesahkan bahawa laporan analisis daripada Jabatan Kimia Malaysia sudah diterima dan mendapati profil spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat dengan sampel DNA daripada waris mangsa..

[VIDEO] Keluarga sedih dengan pengakhiran Suri, harap pelaku dikena hukuman setimpal

[VIDEO] Keluarga sedih dengan pengakhiran Suri, harap pelaku dikena hukuman setimpal

REMBAU - Anak saudara kepada wanita yang mati dibunuh dan mayatnya ditemui di dalam beg di sebuah rumah di Rembau pada 18 Disember lalu, berharap pelaku dapat dikenakan hukuman yang setimpal atas perbuatan kejam tersebut.Dia yang mahu dikenali sebagai Mizan, 41, berkata, perbuatan dilakukan terhadap ibu saudaranya, Suri Narudin, 53, sama sekali tidak dapat diterima oleh mana-mana pihak."Saya berdoa agar pelaku dikenakan hukuman setimpal. Sepanjang tempoh makcik saya dilaporkan hilang, saya tidak dapat tidur memikirkan di mana dia berada dan apa yang telah berlaku kepadanya."Namun alhamdulillah, berkat doa semua, akhirnya segalanya terbongkar dan telah disahkan bahawa mayat di dalam beg itu adalah ibu saudara saya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Rembau pada Rabu.Lelaki itu tiba bersama ahli keluarga lain dan kenalan Suri sekitar jam 3 petang untuk proses pengurusan jenazah.Turut kelihatan rakan rapat Allahyarham, penyanyi 90-an, Mac Ruhayu Mohd Nor.Kata Mizan lagi, dia sememangnya sudah menjangka mayat yang ditemui adalah Suri selepas melihat saiz bagasi berkenaan.Ini kerana ujarnya, saiz bagasi itulah yang sering dibawa Suri ketika pergi bercuti."Tak sangka pengakhiran ibu saudara saya begini kerana dia seorang yang baik, pemurah dan periang," katanya.Dia turut memuji tindakan cekap polis dalam melakukan siasatan berhubung kes terbabit.Jelasnya, kali terakhir dia berjumpa dengan Allahyarham pada Oktober lalu, malah wanita itu sempat menghantar mesej bertanya khabar sebaik mengetahui ayahnya tidak sihat."Arwah pun ada beritahu saya nak pergi luar negara. Dia sememangnya suka pergi bercuti," katanya.Sinar Harian difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Rembau.Terdahulu media melaporkan, polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam beg yang ditanam dekat sebuah rumah kosong di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, adalah Suri Narudin.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilapor berkata, pengesahan identiti itu dilakukan melalui cap jari yang diperolehi dan ia sepadan dengan data yang terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Beliau turut mengesahkan bahawa laporan analisis daripada Jabatan Kimia Malaysia sudah diterima dan mendapati profil spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat dengan sampel DNA daripada waris mangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Polis sah mayat wanita dalam beg adalah SuriSuspek utama dibawa ke lokasi penemuan mayat wanita dalam begMayat wanita dalam beg: Penduduk dakwa suspek sudah berkahwin baharu dengan wanita SarawakKeluarga kenal suspek utama, dakwa hanya teman lelaki Suri'Suspek masih ambil anak saya dari sekolah selepas makcik hilang' - Anak saudara SuriMayat wanita dalam beg: Mangsa, suspek dipercayai bertengkar kerana wang