'Saya tak pernah dengar atau nampak ibu bapa mereka bergaduh' - Jiran

'Saya tak pernah dengar atau nampak ibu bapa mereka bergaduh' - Jiran

KAJANG - Seorang jiran mendakwa anak bongsu kepada keluarga yang terlibat dalam kes tiga kanak-kanak dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis methadone, sering bermain dengan anaknya di kaki lima hadapan rumah di sini.Jiran yang enggan dikenali itu berkata, kanak-kanak bongsu mangsa tidak menunjukkan sebarang tingkah laku mencurigakan sebelum kejadian."Anak mangsa yang bongsu selalu main dengan anak saya di kaki lima depan rumah."Boleh dikatakan hampir setiap petang dia bermain dengan anak saya," katanya ketika ditemui pemberita di sebuah flat di Sungai Ramal Baru di sini.Menurutnya, dia turut difahamkan bahawa kanak-kanak dalam keluarga berkenaan dikatakan kurang sihat."Setakat yang saya tahu, saya tak pernah dengar atau nampak ibu bapa mereka bergaduh. Anak-anak mereka pun selalu datang ke sini, jadi kami memang perasan pergerakan harian mereka," katanya.Pada Rabu, media melaporkan, polis menahan ibu bapa tiga kanak-kanak itu bagi membantu siasatan selepas seorang daripada kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima maklumat daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin berhubung tiga kanak-kanak lelaki warga tempatan yang dibawa ke Jabatan Kecemasan kira-kira jam 9.01 pagi Rabu.Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira 11 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Manakala, dua lagi mangsa masing-masing berusia sekitar 10 dan lima tahun menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).Susulan kejadian itu, Shazeli berkata, polis telah menahan ibu dan bapa mangsa berusia lingkungan 35 dan 44 tahun pada hari sama bagi membantu siasatan.Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

Maklumkan bazar tiada harga, kita ambil tindakan 24 jam’ – Menteri KPDN

Maklumkan bazar tiada harga, kita ambil tindakan 24 jam’ – Menteri KPDN

SABAK BERNAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran tegas kepada peniaga bazar Ramadan supaya mematuhi peraturan termasuk meletakkan tanda harga, atau berdepan tindakan dalam tempoh 24 jam. Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, ia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang dan tidak boleh dipandang ringan. “Ya, itu salah satu ... Read more The post Maklumkan bazar tiada harga, kita ambil tindakan 24 jam’ – Menteri KPDN appeared first on Kosmo Digital .

Tangan, kaki manusia ditemukan di tempat pembuangan sampah

Tangan, kaki manusia ditemukan di tempat pembuangan sampah

KOTA KINABALU: Pihak polis dibantu pekerja pembersihan sampah kini giat melakukan pencarian anggota badan lain susulan penemuan kaki dan tangan manusia di sebuah tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, di sini, pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman, berkata, pencarian itu dilakukan di satu lagi tempat pembuangan ... Read more The post Tangan, kaki manusia ditemukan di tempat pembuangan sampah appeared first on Utusan Malaysia .