Pertumbuhan ekonomi 2026 disokong permintaan dalam negeri, eksport – BNM

Pertumbuhan ekonomi 2026 disokong permintaan dalam negeri, eksport – BNM

PETALING JAYA – Permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dan eksport berterusan dijangka akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Katanya, di dalam negeri, perbelanjaan isi rumah akan mendapat manfaat daripada sokongan berterusan melalui pertumbuhan guna tenaga dan upah, serta langkah-langkah dasar kerajaan. “Aktiviti pelaburan akan dipacu oleh projek ... Read more The post Pertumbuhan ekonomi 2026 disokong permintaan dalam negeri, eksport – BNM appeared first on Kosmo Digital .

Rasuah penguat kuasa: SPRM ‘serang’ ejen, pelobi, orang tengah

Rasuah penguat kuasa: SPRM ‘serang’ ejen, pelobi, orang tengah

BENTONG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalihkan fokus untuk ‘menyerang’ sindiket ejen, pelobi dan orang tengah yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah membabitkan agensi penguat kuasa. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya sebelum ini mensasarkan pegawai penguat kuasa, namun amalan rasuah masih didapati berlaku. “Sejak beberapa tahun lalu, ... Read more The post Rasuah penguat kuasa: SPRM ‘serang’ ejen, pelobi, orang tengah appeared first on Kosmo Digital .

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2% tahun lepas

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2% tahun lepas

PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada tahun 2025, mengatasi pencapaian 5.1 peratus pada 2024, menurut laporan Jabatan Perangkaan hari ini. Prestasi tersebut disokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada suku tahun keempat 2025, yang merupakan pertumbuhan suku tahunan tertinggi Malaysia sejak suku tahun keempat 2022, yang ... Read more The post Ekonomi Malaysia berkembang 5.2% tahun lepas appeared first on Kosmo Digital .

‘YB…tolong tangkap pelaku’

‘YB…tolong tangkap pelaku’

PETALING JAYA – Orang ramai menggesa pihak berkuasa segera menahan individu tidak bertanggungjawab susulan penemuan mayat bayi perempuan yang ditemui di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka hari ini. Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem menerusi satu hantaran di Facebook miliknya. Menurut beliau, bayi perempuan berkenaan ... Read more The post ‘YB…tolong tangkap pelaku’ appeared first on Kosmo Digital .

Ekonomi Malaysia tumbuh 6.3% pada suku keempat 2025

Ekonomi Malaysia tumbuh 6.3% pada suku keempat 2025

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6.3 peratus pada suku keempat 2025 (suku ketiga 2025: 5.4 peratus), didorong terutamanya oleh permintaan dalam negeri. Pertumbuhan itu lebih tinggi dari anggaran awal yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 5.7 peratus. Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pertumbuhan perbelanjaan isi rumah lebih tinggi, didorong oleh keadaan pasaran pekerja ... Read more The post Ekonomi Malaysia tumbuh 6.3% pada suku keempat 2025 appeared first on Utusan Malaysia .

Kanak-kanak lelaki maut jatuh tingkat lapan di Cyberjaya

Kanak-kanak lelaki maut jatuh tingkat lapan di Cyberjaya

SEPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan di Cyberjaya, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.31 petang semalam daripada seorang wanita tempatan. Beliau berkata, mangsa sebelum itu telah dibawa ke Hospital Cyberjaya ... Read more The post Kanak-kanak lelaki maut jatuh tingkat lapan di Cyberjaya appeared first on Utusan Malaysia .

2 kapal tentera laut AS berlanggar

2 kapal tentera laut AS berlanggar

WASHINGTON: Dua buah kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS)  terlibat dalam satu perlanggaran yang jarang berlaku di Laut Caribbean kelmarin menyebabkan dua anggota mengalami kecederaan ringan. Jurucakap Markas Selatan AS, Kolonel Emmanuel Ortiz mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa insiden tersebut melibatkan kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke, USS Truxtun (DDG103) dan kapal sokongan tempur ... Read more The post 2 kapal tentera laut AS berlanggar appeared first on Utusan Malaysia .

Zayne Kembali dengan Wanita Syurgawi, umum formasi baharu

Zayne Kembali dengan Wanita Syurgawi, umum formasi baharu

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid kontemporari popular, Zayne, kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan single Wanita Syurgawi Naskhah yang juga menjadi karya pengenalan kepada formasi baharu kumpulan tersebut. Singke itu ciptaan sepenuhnya komposer berkaliber, Frizdan Fizarahman. Wanita Syurgawi istimewa kerana liriknya diadaptasi daripada hadith Nabi Muhammad SAW tentang keagungan dan keistimewaan Saiditina Khadijah di sisi ... Read more The post Zayne Kembali dengan Wanita Syurgawi, umum formasi baharu appeared first on Utusan Malaysia .

Tukang paip didakwa bunuh ibu tunggal

Tukang paip didakwa bunuh ibu tunggal

SEBERANG PERAI – Seorang tukang paip didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ibu tunggal di Taman Seri Murni, minggu lalu. L. Ravinder, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. ... Read more The post Tukang paip didakwa bunuh ibu tunggal appeared first on Kosmo Digital .

Mayat bayi dibalut kain telekung ditemui dalam tandas

Mayat bayi dibalut kain telekung ditemui dalam tandas

MELAKA – Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain telekung di dalam tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini, pagi tadi. Kejadian disedari kira-kira pukul 9.40 pagi oleh seorang pekerja pembersihan yang menemui sebuah beg mencurigakan dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi ... Read more The post Mayat bayi dibalut kain telekung ditemui dalam tandas appeared first on Kosmo Digital .