'Mata lebam, lidah cedera' - Pesara dipukul, diugut selepas kemalangan kecil

'Mata lebam, lidah cedera' - Pesara dipukul, diugut selepas kemalangan kecil

KAJANG – Seorang pesara berusia 69 tahun cedera selepas dipukul dan diugut oleh seorang lelaki susulan kemalangan berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex Batu 9 Cheras di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang."Kejadian berpunca dari kemalangan kecil melibatkan kenderaan pengadu dan juga suspek."Mangsa mengalami cedera, lebam di mata, dan lidah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Naazron berkata, suspek seorang lelaki warga tempatan yang juga peniaga berusia 52 tahun telah ditahan pada jam 11.30 malam hari sama di kawasan Kajang."Suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama," katanya.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Ganesan Ramachandran di talian 0126089180 bagi membantu siasatan."Masyarakat dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang serta mengamalkan sikap bertanggungjawab bagi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam terus terpelihara," ujarnya.

Kalau ‘throwback’ tak apa, lebih-lebih tolong jangan – Qistina Raisah

Kalau ‘throwback’ tak apa, lebih-lebih tolong jangan – Qistina Raisah

SHAH ALAM – Nama dikaitkan susulan kontroversi yang berlaku antara dua rakan seperjuangan Mia Sara dan Puteri Balqis, pelakon Qistina Raisah menegaskan konfliknya yang pernah melibatkannya sebelum ini sekadar dijadikan pengajaran kepada semua. Pemilik nama lengkap Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri, 18, tidak mahu mencampuri urusan orang lain demi menjaga ketenangan diri. “‘Throwback ‘(imbau ... Read more The post Kalau ‘throwback’ tak apa, lebih-lebih tolong jangan – Qistina Raisah appeared first on Kosmo Digital .

PARLIMEN: Permohonan kerani berartikel ditangguh, perlu kajian lanjut

PARLIMEN: Permohonan kerani berartikel ditangguh, perlu kajian lanjut

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk menjalani latihan kerani berartikel tidak dapat dilaksanakan serta-merta berikutan keperluan untuk kajian lanjut berdasarkan input diterima daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LPQB). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, kerajaan berpendirian bahawa apa-apa fungsi statutori yang diperuntukkan di bawah undang-undang diluluskan Parlimen kepada mana-mana pihak ... Read more The post PARLIMEN: Permohonan kerani berartikel ditangguh, perlu kajian lanjut appeared first on Utusan Malaysia .

PARLIMEN: Tiada cadangan naik taraf Darul Quran sebagai universiti

PARLIMEN: Tiada cadangan naik taraf Darul Quran sebagai universiti

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menaik taraf Darul Quran Kuala Kubu Bharu sebagai sebuah universiti awam, sebaliknya mengekalkannya di bawah kawal selia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan institusi tahfiz kebangsaan itu terus berfokus dan berautoriti. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, sebarang usaha menaik taraf Darul Quran ... Read more The post PARLIMEN: Tiada cadangan naik taraf Darul Quran sebagai universiti appeared first on Utusan Malaysia .

Syarikat silap masukkan lebih RM157 bilion dalam akaun pelanggan

Syarikat silap masukkan lebih RM157 bilion dalam akaun pelanggan

SEOUL – Sebuah bursa mata wang kripto Korea Selatan secara tidak sengaja memberikan lebih AS$40 bilion (RM157.2 bilion) nilai bitcoin kepada pelanggan, menjadikan mereka jutawan dalam sekelip mata, lapor Perbadanan Penyiaran Britain. Ia pada asalnya mahu memberikan pelanggan ganjaran tunai kecil 2,000 won (RM5), sebaliknya memberikan mereka 2,000 bitcoin pada Jumaat lepas. Platform tersebut, Bithumb ... Read more The post Syarikat silap masukkan lebih RM157 bilion dalam akaun pelanggan appeared first on Kosmo Digital .

Azalina bentang kerangka akauntabiliti Madani di CLMM 2026 Fiji

Azalina bentang kerangka akauntabiliti Madani di CLMM 2026 Fiji

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan Kerangka Akauntabiliti Madani pada Sesi I Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel (CLMM) 2026 di Fiji, selaras dengan tema Democratic Resilience atau Ketahanan Demokrasi.Azalina yang mengetuai delegasi Malaysia berkata, pembentangan itu merumuskan langkah proaktif Kerajaan Madani dalam melaksanakan konsep ketahanan demokrasi melalui agenda reformasi institusi menyeluruh."Konsep Ketahanan Demokrasi Pelan CLMM 2025-2030 memfokuskan tiga elemen utama, iaitu pengukuhan institusi yang bebas termasuk badan kehakiman, perundangan, pilihan raya dan pihak berkuasa awam."Selain itu, ekosistem maklumat yang dipercayai dan berwibawa khususnya dalam persekitaran digital serta penyertaan rakyat yang bermakna dalam proses demokrasi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Azalina berkata, fokus itu seiring dengan Kerangka Akauntabiliti Madani yang menerapkan nilai-nilai Madani dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif reformasi institusi.Antara inisiatif tersebut ialah pengukuhan institusi Parlimen, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri, penubuhan Ombudsman, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat (FOI) serta pemerkasaan perlindungan dalam ruang digital melalui undang-undang keselamatan dalam talian dan antibuli.Beliau berkata, kesemua inisiatif itu dilaksanakan dengan penyertaan rakyat yang bermakna menerusi proses libat urus awam.Dalam pada itu, Azalina turut menegaskan komitmen utuh Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merealisasikan agenda reformasi dan tatakelola."Buktinya, hanya dalam tempoh tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani, pelbagai inisiatif signifikan telah pun dilaksanakan. Semua ini demi tadbir urus yang lebih telus, berakauntabiliti dan berdaya tahan demi memperkukuh kepercayaan rakyat dan masa depan negara," katanya.Mesyuarat CLMM 2026 yang bermula hari ini hingga Khamis (12 Februari) di Nadi, Fiji menghimpunkan kira-kira 150 delegasi termasuk menteri undang-undang serta peguam negara dari 56 negara Komanwel bagi membincangkan isu berkaitan reformasi perundangan, tadbir urus dan ketahanan demokrasi di peringkat global.Hasil mesyuarat itu dijangka membantu membentuk agenda Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang akan diadakan di Antigua and Barbuda, November tahun ini. - Bernama