Memperkukuh Sektor Agrikomoditi Melalui Pendekatan Strategik – Noraini

Memperkukuh Sektor Agrikomoditi Melalui Pendekatan Strategik – Noraini

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan komitmen kementeriannya untuk memperkasa sektor agrikomoditi negara menerusi langkah yang lebih tersusun, progresif dan berorientasikan masa depan. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata, perancangan yang rapi diperlukan bagi memastikan sektor ini terus berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi global serta perubahan landskap pasaran [...]

Bersekutu Bersatu Johor tolak cadangan pemecatan Hamzah

Bersekutu Bersatu Johor tolak cadangan pemecatan Hamzah

JOHOR BAHRU: Sebarang tindakan memecat Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin hanya akan memburukkan lagi keadaan serta memecah belahkan parti pada masa depan. Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang susulan itu berkata, pihaknya menolak sebarang keputusan sedemikian sebaliknya mendakwa Hamzah telah menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang dengan baik. ... Read more The post Bersekutu Bersatu Johor tolak cadangan pemecatan Hamzah appeared first on Utusan Malaysia .

Pemandu van mengaku tidak bersalah lakukan khianat

Pemandu van mengaku tidak bersalah lakukan khianat

BALIK PULAU – Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas sembilan pertuduhan melakukan khianat dengan api membabitkan kejadian kebakaran di Bayan Lepas, Januari lalu.Tertuduh, Nor Ahmad Murni Abdul Hamid, 36, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara bersama oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.Berdasarkan pertuduhan pertama, bapa kepada tiga anak itu didakwa membakar langsir di sebuah kediaman milik individu lain menggunakan bahan api mudah terbakar sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan pada 24 Januari kira-kira jam 6.50 petang di sebuah rumah di Medan Bayan Residensi Tunas Sungai Ara, Bayan Lepas.Selain itu, tertuduh turut berdepan lapan lagi pertuduhan melakukan khianat dengan api yang menyebabkan kerosakan terhadap lima kereta dan tiga motosikal.Semua perbuatan berkenaan didakwa berlaku pada 27 Januari antara jam 4.45 pagi hingga 5.15 pagi di kawasan parkir Tunas Residensi Kondominium, Bayan Lepas.Bagi setiap pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Semasa prosiding, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM92,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu saksi sepanjang tempoh perbicaraan.Pendakwaan turut memohon supaya tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah, sekiranya ada.Mahkamah dimaklumkan tertuduh merupakan bapa tunggal yang menjaga tiga anak selepas kematian isterinya dan hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM1,800 sebulan.Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 9 Mac depan untuk sebutan semula kes.Mahkamah turut menetapkan syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, tidak mengganggu saksi dan menyerahkan pasport kepada mahkamah jika ada.Difahamkan, tertuduh telah membayar jumlah jaminan yang ditetapkan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah kondominium di Bayan Lepas.Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.50 pagi itu membabitkan sebanyak lima kereta dan empat motosikal.Kenderaan yang terbabit ialah Perodua Bezza, Honda CR-V, Perodua Myvi, Toyota Corolla Cross dan Honda Civic selain empat motosikal.Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu, namun kebakaran berkenaan menyebabkan kenderaan terlibat musnah sehingga 80 peratus.

Bantuan bakul makanan ringankan beban 200 asnaf sambut Ramadan

Bantuan bakul makanan ringankan beban 200 asnaf sambut Ramadan

JELI: Seramai 200 asnaf di sekitar jajahan ini menyifatkan bantuan bakul makanan sumbangan Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Etiqa Takaful Berhad sebagai meringankan beban mereka untuk menyambut Ramadan yang bakal tiba kurang seminggu lagi. Rata-rata penerima yang ditemui meluahkan rasa syukur dan mengakui pendapatan tidak menentu sebagai penoreh getah susulan Monsun Timur Laut yang ... Read more The post Bantuan bakul makanan ringankan beban 200 asnaf sambut Ramadan appeared first on Utusan Malaysia .

U Mobile Rolls Out ULTRA5G Network To Major Transport Hubs

U Mobile Rolls Out ULTRA5G Network To Major Transport Hubs

U Mobile has continued to expand its ULTRA5G network to more locations with the support of EDOTCO, its digital infrastructure partner. The deployment follows previous expansions in populated areas. This time, the telco has enabled 5G in-building coverage (IBC) at the country’s major transportation hubs, including key airports. This rollout forms part of the network […] The post U Mobile Rolls Out ULTRA5G Network To Major Transport Hubs appeared first on Lowyat.NET .

Seleweng pelaburan: Rafizi dedah SPRM akan buat serbuan terhadapnya

Seleweng pelaburan: Rafizi dedah SPRM akan buat serbuan terhadapnya

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melaksanakan satu serbuan terhadap dirinya susulan laporan berhubung penyelewengan melibatkan pelaburan RM1.1 bilion. Beliau berkata, serbuan itu dimaklumkan oleh satu sumber dalaman agensi itu kepadanya pagi ini. Bagaimanapun, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau bersedia untuk ... Read more The post Seleweng pelaburan: Rafizi dedah SPRM akan buat serbuan terhadapnya appeared first on Utusan Malaysia .

Tukang paip dituduh bunuh ibu tunggal

Tukang paip dituduh bunuh ibu tunggal

BUTTERWORTH - Seorang tukang paip dihadapkan ke Mahkamah Majistret 2 di sini atas pertuduhan membunuh seorang wanita di sebuah rumah flat pada 4 Februari lalu.L Ravinder, 40, yang memakai baju T berwarna biru dan berseluar pendek didakwa membunuh C Kanagee, 41, di sebuah rumah beralamat No G-21, Lorong Seri Murni 2, Taman Seri Murni antara jam 9.30 hingga 9.41 pagi.Oleh demikian, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun yang boleh dilanjutkan sehingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan.Tertuduh yang berasal dari Bukit Mertajam itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh. Kes ditangguhkan sehingga 31 Mac depan untuk laporan bedah siasat, forensik dan kimia.Difahamkan, tertuduh merupakan teman lelaki kepada mangsa dan telah menjalin hubungan bersama sejak lima tahun lalu.Bagaimanapun, tertuduh yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan pada sebelah malam tersebut didakwa telah bertengkar dengan mangsa sebelum kejadian tersebut berlaku.Terdahulu, media melaporkan seorang ibu tunggal ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher dalam kejadian di sebuah rumah di tingkat satu sebuah flat.Mangsa berusia 41 tahun ditemui terbaring di atas katil dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan.Polis menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 1.40 petang selepas jiran mendapati mangsa yang juga seorang ibu tunggal tidak memberikan sebarang respons walaupun pintu rumahnya terbuka, namun pagar jeriji didapati berkunci.Mangsa dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan, terdapat kesan kelar pada leher mangsa dipercayai disebabkan oleh senjata tajam.Tambahnya, tiada kesan pergelutan menunjukkan mangsa berkemungkinan diserang oleh individu yang dikenalinya selain mangsa juga dipercayai diserang dari arah belakang.Susulan daripada itu, polis menahan tiga lelaki berusia lingkungan 38 hingga 45 tahun dalam tempoh kurang tiga jam selepas menerima laporan kejadian.Seorang daripada suspek disahkan positif dadah jenis ketamin.

Suspek utama kes pembunuhan wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, mengaku terbabit dalam kejadian itu, dengan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi serta tuntutan wang pertunangan.

Berita penuh:

Suspek utama kes pembunuhan wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, mengaku terbabit dalam kejadian itu, dengan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi serta tuntutan wang pertunangan. Berita penuh:

Suspek utama kes pembunuhan wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, mengaku terbabit dalam kejadian itu, dengan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi serta tuntutan wang pertunangan. Berita penuh:

Anwar, Musa Aman bincang pembangunan Sabah di Seri Perdana

Anwar, Musa Aman bincang pembangunan Sabah di Seri Perdana

PETALING JAYA– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan kunjungan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman di Seri Perdana dalam pertemuan yang memberi tumpuan kepada agenda pembangunan dan kebajikan rakyat negeri itu. Menurut Anwar, perbincangan tertumpu kepada perancangan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi Sabah, selain usaha memperkukuh kesejahteraan sosial rakyat. ... Read more The post Anwar, Musa Aman bincang pembangunan Sabah di Seri Perdana appeared first on Kosmo Digital .

RM1,000 ‘servis’ 45 minit, RM3,500 untuk 90 minit

RM1,000 ‘servis’ 45 minit, RM3,500 untuk 90 minit

PETALING JAYA – Bayaran sebanyak RM1,000 bagi tempoh 45 minit dan RM3,500 bagi 90 minit. Itu kadar yang dikenakan oleh sebuah sindiket yang menjalankan kegiatan persundalan di sebuah banglo mewah tiga tingkat di Persiaran Ritchie, Desa Pahlawan, Kuala Lumpur, semalam. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, kegiatan yang menyasarkan pelanggan warga ... Read more The post RM1,000 ‘servis’ 45 minit, RM3,500 untuk 90 minit appeared first on Kosmo Digital .