Syarat minimum simpanan TH RM15,000 kurangkan jumlah bakal jemaah tangguh haji

Syarat minimum simpanan TH RM15,000 kurangkan jumlah bakal jemaah tangguh haji

KUALA LUMPUR - Syarat Lembaga Tabung Haji (TH) yang mewajibkan pendeposit mempunyai simpanan minimum RM15,000 dalam akaun TH untuk melayakkan bakal jemaah menerima tawaran haji selari dengan peningkatan semasa kos ibadat itu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, peningkatan kadar itu sebenarnya masih tidak memadai memandangkan kos mengerjakan haji secara muassasah adalah RM33,300 bagi setiap jemaah."Yang Berhormat Pengkalan Chepa memberi pandangan syarat simpanan RM15,000 kepada pendeposit beri kesan besar."Jumlah RM15,000 bagi menerima tawaran haji masih tidak mencukupi untuk laksanakan haji kerana kos keseluruhan bagi jemaah muassasah adalah RM33,300."Pada 2025, kira-kira separuh bakal jemaah yang terima tawaran telah menangguhkan giliran kerana kekurangan simpanan. Apa kita lakukan pada 2026, selepas dibuat peringatan awal, terdapat bakal jemaah yang meningkatkan simpanan terus ke paras RM15,000 dalam masa singkat," katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi pengulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Rakyat pada Selasa.Sebelum ini, Ketua Jabatan Haji Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun dilapor berkata, bakal jemaah haji hanya layak menerima surat tawaran sekiranya mempunyai simpanan minimum RM15,000 dalam akaun masing-masing.Beliau memaklumkan setakat November tahun lalu, lebih 26,000 surat tawaran telah dikeluarkan daripada kuota keseluruhan 31,600 jemaah Malaysia bagi musim Haji 1447H/2026.Dalam pada itu, Zulkifli menjelaskan, penetapan kadar baharu itu secara tidak langsung memberi kesan positif dengan pendeposit berusaha meningkatkan simpanan semasa bagi melayakkan mereka menerima tawaran haji."Ia juga antara usaha TH bagi mengurangkan jumlah bakal jemaah yang menangguhkan giliran haji, sebagaimana dilaporkan pada tahun lalu."Alhamdulillah tahun ini kita berjaya kurangkan kepada 18 peratus sahaja penangguhan berbanding tahun lepas 55 peratus," katanya.

Pemilik tahfiz Ittifaqiyah, MAIWP perlu bayar RM1.43 juta

Pemilik tahfiz Ittifaqiyah, MAIWP perlu bayar RM1.43 juta

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pemilik Tahfiz Darul Ittifaqiyah dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membayar pampasan RM1.43 juta kepada 31 waris dan mangsa kebakaran. Pampasan itu merangkumi ganti rugi nominal sebanyak RM30,000 bagi setiap plaintif serta ganti rugi teladan dan teruk berjumlah RM500,000 (secara global). Selain pampasan ... Read more The post Pemilik tahfiz Ittifaqiyah, MAIWP perlu bayar RM1.43 juta appeared first on Kosmo Digital .

Sindiket kaut RM3 juta peras ugut video seks

Sindiket kaut RM3 juta peras ugut video seks

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket jenayah terancang didalangi lelaki berusia 23 tahun yang terbabit dalam peras ugut video seksual dan penipuan tawaran kerja luar negara tumpas membabitkan kerugian melebihi RM3 juta. Menerusi Op Bugil yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Kontinjen Johor telah menahan enam anggota ... Read more The post Sindiket kaut RM3 juta peras ugut video seks appeared first on Utusan Malaysia .

Kerajaan MADANI beri komitmen tinggi segerakan semua tuntutan dalam MA63 - Menteri

#BHNasional Sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah MA63 yang dibincangkan di bawah platform rundingan rasmi dapat diselesaikan termasuk 9 dimuktamadkan ketika pentadbiran Kerajaan MADANI.

Kerajaan MADANI beri komitmen tinggi segerakan semua tuntutan dalam MA63 - Menteri #BHNasional Sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah MA63 yang dibincangkan di bawah platform rundingan rasmi dapat diselesaikan termasuk 9 dimuktamadkan ketika pentadbiran Kerajaan MADANI.

Kerajaan MADANI beri komitmen tinggi segerakan semua tuntutan dalam MA63 - Menteri #BHNasional Sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah MA63 yang dibincangkan di bawah platform rundingan rasmi dapat diselesaikan termasuk 9 dimuktamadkan ketika pentadbiran Kerajaan MADANI.

Suhaimi Sulaiman sah tinggalkan RTM, berkuat kuasa akhir bulan ini

Suhaimi Sulaiman sah tinggalkan RTM, berkuat kuasa akhir bulan ini

KUALA LUMPUR – Desas-desus akhirnya terjawab, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan bakal melepaskan jawatannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada akhir bulan ini selepas tiga tahun berkhidmat. Menurut Suhaimi, 64, pengundurannya daripada jawatan tersebut dengan sukarela dan mengakui pengalamannya di RTM adalah luar biasa. “Sebenarnya ini sebahagian daripada perjalanan hidup, memang akan ... Read more The post Suhaimi Sulaiman sah tinggalkan RTM, berkuat kuasa akhir bulan ini appeared first on Kosmo Digital .