Mydin peruntukan RM10 juta, raikan Ramadan dan Syawal

Mydin peruntukan RM10 juta, raikan Ramadan dan Syawal

SUBANG JAYA - Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memperuntukkan lebih RM10 juta untuk menjayakan kempen Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat ketika musim perayaan.Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, menerusi kempen itu, pihaknya  menawarkan harga berpatutan dengan pelbagai promosi menarik termasuk baju Melayu dan baju kurung pada harga serendah RM30.Menurutnya, usaha penjimatan itu diperkukuh menerusi kerjasama bersama Boost Bank yang menawarkan potongan harga RM10 bagi pembelian baju raya dan pulangan tunai dua peratus khusus kepada pemegang akaun baharu, selain diskaun tambahan RM5 untuk perbelanjaan minimum RM100 menggunakan e-dompet Boost."Gabungan harga asas yang rendah dan ganjaran digital ini memberi manfaat berganda kepada pengguna khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah," katanya ketika ditemui semasa sidang media selepas majlis pelancaran kempen berkenaan.Kempen itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.Ameer berkata, Mydin turut meneruskan penganjuran program berbuka puasa beramai-ramai Jelajah Iftar Sinar Mydin dengan skala lebih besar melibatkan sembilan cawangan di seluruh negara.Selain itu, katanya, sebanyak 45,000 bekas bubur lambuk percuma akan diagihkan menerusi program Kongsi Rasa Ramadan dari 21 Februari hingga 14 Mac depan di 33 cawangan terpilih dengan sokongan rakan strategik antaranya 100PLUS, Adabi, Ayam Brand, Faiza, Maggi, Gas Malaysia, Indra Valley, Emborg, Kawan, Trichy dan Ramly.Dalam pada itu, Mydin juga menyediakan bazar Ramadan secara dalaman di pasar raya besar bagi memastikan suasana membeli-belah yang lebih selesa dan teratur, selain menawarkan lebih 100 jenis juadah termasuk Menu Rahmah sebagai pilihan mampu milik kepada pengunjung.Mydin sasar agihan 50,000 Kotak SARA RahmahMengulas lanjut, Ameer berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Mydin diteruskan menerusi Kotak SARA Rahmah bernilai RM100 yang membolehkan pelanggan menyumbang barangan keperluan asas kepada golongan memerlukan melalui konsep beli dan derma."Ini adalah pelaksanaan kali kedua selepas sambutan positif sebelum ini dan bagi edisi Ramadan dan Syawal, kandungan kotak disesuaikan dengan keperluan bulan puasa dan persiapan raya termasuk barangan makanan asas serta produk tempatan IKS dan PKS," tambah beliau.Menurut Ameer, Mydin menyasarkan sehingga 50,000 kotak dapat diagihkan bergantung kepada sambutan orang ramai sama ada untuk diserahkan sendiri kepada penerima atau melalui kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wakil rakyat.Dalam pada itu, katanya, Mydin turut memperuntukkan sumbangan tunai RM20,000 bagi menyokong pengagihan kotak makanan kepada golongan memerlukan, selain bekerjasama dengan 38 pembekal menerusi inisiatif Mydin Prihatin untuk mengumpul dana kebajikan.Menerusi ganjaran kepada pelanggannya, Ameer berkata, Mydin menawarkan pelbagai peraduan menarik dan pelanggan berpeluang memenangi sebuah Proton e.MAS, perjalanan balik kampung percuma, hadiah supermarket sweep bernilai RM1,000, pas perjalanan KTMB serta kredit petrol dengan nilai keseluruhan hadiah mencecah ratusan ribu ringgit.Dalam pada itu, mengenai isu penurunan harga barangan susulan pengukuhan nilai ringgit, Ameer berkata, Mydin mengamalkan kaedah penetapan harga secara langsung berdasarkan kos semasa."Apabila kos import menurun, harga jualan akan diselaraskan serta-merta dan menyebabkan ada produk dijual lebih rendah berbanding sebelum ini. Penurunan itu dapat dilihat terus di rak pasar raya," katanya.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal menerusi platform media sosial rasmi Mydin atau mengunjungi cawangan berhampiran.Keperluan hari rayaSementara itu, Ahmad Zahid berkata, usaha Mydin dalam membantu rakyat yang memerlukan menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri perlu dicontohi oleh pihak swasta lain."Mydin menyediakan pelbagai keperluan hari raya yang lengkap dengan menawarkan harga mampu milik. Ia dekat di hati rakyat," katanya.Ahmad Zahid berharap inisiatif itu bukan sahaja memberi keberkatan, malah turut meringankan beban rakyat supaya mereka dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri.

KDNK suku keempat 2025 dijangka pada 5.9%

KDNK suku keempat 2025 dijangka pada 5.9%

PETALING JAYA: MBSB Investment Bank Berhad mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2025, lebih tinggi berbanding anggaran awal sebanyak 5.7 peratus oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Bank pelaburan berkata, ini mencerminkan pertumbuhan yang lebih tinggi hasil daripada perbelanjaan domestik dan aktiviti pelaburan yang lebih kukuh, ... Read more The post KDNK suku keempat 2025 dijangka pada 5.9% appeared first on Utusan Malaysia .

Rapatkan saf, kembali perkukuh Pas Perlis

Rapatkan saf, kembali perkukuh Pas Perlis

ARAU: Pas Perlis menyeru semua ahli dan pemimpin di negeri ini melupakan sengketa dan kembali merapatkan saf seterusnya mengukuhkan kembali parti selaras dengan nasihat Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Ahmad Adnan Fadzil berkata, fokus utama pada masa ini adalah kembali merapatkan ukhuwah dan bersedia ke arah mendepani Pilihan Raya ... Read more The post Rapatkan saf, kembali perkukuh Pas Perlis appeared first on Utusan Malaysia .

Hanya Shafiq hadir mesyuarat Lembaga Disiplin Bersatu

Hanya Shafiq hadir mesyuarat Lembaga Disiplin Bersatu

PETALING JAYA: Hanya seorang daripada 14 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikenakan tindakan disiplin hadir di ibu pejabat parti itu, di sini semalam, bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Disiplin. Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Shafiq Abdul Halim, berkata beliau dipanggil berhubung kenyataan dan kritikannya di media sosial yang didakwa tidak menghormati parti. Bagaimanapun, beliau ... Read more The post Hanya Shafiq hadir mesyuarat Lembaga Disiplin Bersatu appeared first on Utusan Malaysia .

Bubur lambuk Kompas bertahan lebih 24 tahun

Bubur lambuk Kompas bertahan lebih 24 tahun

KANGAR: Jika di ibu kota, orang ramai sentiasa ternanti-nanti bubur lambuk Kampung Baru yang cukup sinonim setiap kali Ramadan. Bagi penduduk negeri ini khususnya di sekitar kawasan Kangar, bubur lambuk Kompas yang disediakan di Kompleks Pas Perlis sejak 24 tahun lalu cukup popular dan sentiasa menjadi tumpuan setiap kali bulan puasa. Menjelang Ramadan tidak sampai ... Read more The post Bubur lambuk Kompas bertahan lebih 24 tahun appeared first on Utusan Malaysia .

De Zerbi ke Old Trafford?

De Zerbi ke Old Trafford?

LONDON: Episod Roberto De Zerbi bersama Olympique Marseille berakhir lebih awal daripada jangkaan apabila pengendali dari Itali itu meninggalkan kelab Ligue 1 berkenaan dengan serta-merta, semalam. Keputusan drastik itu hadir ketika Marseille bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini, termasuk tersingkir awal dalam saingan Liga Juara-Juara di tangan Club Brugge serta kekalahan memalukan 0-5 kepada ... Read more The post De Zerbi ke Old Trafford? appeared first on Utusan Malaysia .

Pembenihan awan di Johor, berjaya tingkatkan paras air empangan

Pembenihan awan di Johor, berjaya tingkatkan paras air empangan

PUTRAJAYA: Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Johor melalui dua siri pelaksanaan semalam dan hari ini dalam usaha menangani keadaan penurunan paras air empangan di negeri itu akibat cuaca kering. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan, operasi itu diselaraskan pihaknya dalam Fasa Cuaca Kering Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang akan dilaksanakan sekali ... Read more The post Pembenihan awan di Johor, berjaya tingkatkan paras air empangan appeared first on Utusan Malaysia .

Agihan zakat Ramadan tanpa tunai kepada 29,402 asnaf di Terengganu

Agihan zakat Ramadan tanpa tunai kepada 29,402 asnaf di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperkenal kaedah agihan bantuan zakat Ramadan tanpa tunai tahun ini apabila seramai 29,402 asnaf fakir dan miskin akan menebus keperluan masing-masing menerusi sistem tuntutan di kedai-kedai terpilih di seluruh negeri. Pendekatan baharu itu membabitkan peruntukan lebih RM15 juta dan dilaksanakan bagi memastikan agihan lebih bersasar, ... Read more The post Agihan zakat Ramadan tanpa tunai kepada 29,402 asnaf di Terengganu appeared first on Utusan Malaysia .

Tak mustahil Azeem catat larian bawah 10s

Tak mustahil Azeem catat larian bawah 10s

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berpotensi mencatat masa bawah 10 saat (s) dalam acara 100 meter (m) dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.Keyakinan itu disuarakan bekas jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan berdasarkan prestasi semasa atlet berkenaan dalam beberapa kejohanan yang disertainya."Berdasarkan rakaman larian dan penilaian keseluruhan, masih terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki."Namun saya yakin, insya-ALLAH, sama ada tahun ini atau tahun hadapan, dia mampu mencatat sub-10 kerana saya pernah melatihnya sebelum ini," katanya ketika ditemui pada sesi temu duga jurulatih olahraga kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN).Muhammad Amir antara calon yang menghadiri sesi temu duga jurulatih kebangsaan yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis.Dalam pada itu, beliau menyatakan kesediaan untuk kembali membimbing Azeem sekiranya khidmatnya diperlukan apabila atlet berkenaan pulang ke Malaysia pada penghujung tahun ini.Bagaimanapun, beliau menjelaskan tumpuannya kini adalah untuk melahirkan lebih ramai pelari pecut bagi kegunaan jangka panjang negara.Sementara itu, Setiausaha Agung Olahraga Malaysia (MA), Nurhayati Karim, memaklumkan seramai 35 calon menghadiri sesi temu duga pertama bagi mengisi 20 kekosongan jawatan jurulatih kebangsaan merangkumi pelbagai disiplin.Menurutnya, semua calon mempunyai latar belakang dalam sukan olahraga dengan keutamaan diberikan kepada jurulatih tempatan."Sekiranya calon asing dipilih, mereka tidak akan melatih atlet secara langsung, sebaliknya bertindak sebagai mentor kepada jurulatih tempatan," katanya.Nurhayati berkata, proses pelantikan jurulatih baharu dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya awal Mac ini.Antara individu yang dijangka menghadiri sesi temu duga termasuk bekas ketua jurulatih olahraga para kebangsaan R Jaganathan, bekas atlet lompat kijang Hakimi Ismail dan bekas pelari 110 meter berpagar Mohd Robani Hasan.