Jurulatih tempatan keutamaan MA

Jurulatih tempatan keutamaan MA

KUALA LUMPUR – Persatuan Olahraga Malaysia (MA) memberi keutamaan kepada jurulatih tempatan dalam sesi temu duga penstrukturan semula barisan kejurulatihan kebangsaan yang berlangsung minggu ini, dengan pelantikan disasar dimuktamadkan awal Mac depan. Setiausaha Agung MA, Nurhayati Karim berkata, kurang daripada 35 calon disenarai pendek ke fasa kedua selepas melalui proses penapisan awal yang menilai kesesuaian latar ... Read more The post Jurulatih tempatan keutamaan MA appeared first on Kosmo Digital .

'Orang yang buat kerja, nak pecat pasal apa?' - Anwar

'Orang yang buat kerja, nak pecat pasal apa?' - Anwar

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak yang mendesak supaya tindakan diambil terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki susulan pendedahan pemilikan saham beliau dalam beberapa syarikat.Beliau menegaskan, pihak yang mengkritik seharusnya memberi ruang dan mendengar penjelasan daripada Azam terlebih dahulu."Orang yang buat kerja, nak pecat pasal apa?...Baca penjelasan dia."Ini satu penyakit. Orang buat kerja, you (awak) maki pasal apa? Salah. Dengar penjelasan masing-masing," katanya ringkas seperti dilapor portal berita pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sambutan Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Petaling Jaya.Bloomberg melaporkan, Azam memiliki 17.7 juta saham atau 1.7 peratus dalam Velocity Capital Berhad berdasarkan penyata tahunan syarikat pada 3 Februari tahun lalu.Nama Azam dilaporkan masih tersenarai dalam daftar pemegang saham syarikat itu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Perkara tersebut didakwa melanggar pekeliling kerajana 2024 yang menyatakan penjawat awam hanya boleh memegang saham dalam syarikat diperbadankan di Malaysia jika pegangan itu tidak melebihi lima peratus daripada modal berbayar atau bernilai RM100,000 yang mana lebih rendah.Susulan laporan yang turut mencetuskan desakan supaya beliau diberi cuti atau kontraknya ditamatkan, Azam pada Rabu tampil menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang pegangan saham sejak tahun lalu.Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan laporan media berhubung pemilikan saham dalam syarikat Awanbiru Technology Berhad.Azam dalam masa sama turut memaklumkan akan menyerahkan surat tuntutan kepada agensi media Bloomberg pada Khamis.

Roboh pangkalan haram, Polis Kelantan pasang pagar kawat berduri

Roboh pangkalan haram, Polis Kelantan pasang pagar kawat berduri

RANTAU PANJANG: Kerja-kerja pemasangan pagar kawat berduri di kawasan pangkalan haram yang telah dirobohkan bermula hari ini dalam usaha mendung jenayah rentas di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini. Ketua Polis negeri datuk Mohd. Yusoff berkata, sebanyak 27 pengkalan haram akan dipasang pagar kawat berduri membabitkan peruntukan RM100,000 untuk fasa pertama termasuk bawah selain Jabatan Pengairan ... Read more The post Roboh pangkalan haram, Polis Kelantan pasang pagar kawat berduri appeared first on Utusan Malaysia .

Keberanian SPRM Tingkatkan Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Madani – Mohd Asna

Keberanian SPRM Tingkatkan Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Madani – Mohd Asna

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Timbalan Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Asna Amin, menggesa Kerajaan Madani supaya terus mempertahankan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi memastikan agenda pembanterasan rasuah negara kekal konsisten dan berkesan. Menurutnya, sejak dilantik pada Mac 2020, beliau telah menunjukkan ketegasan serta keberanian luar [...]

Kerajaan Madani wajar pertahan Azam Baki - Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan

Kerajaan Madani wajar pertahan Azam Baki - Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan

SHAH ALAM - Kerajaan Madani disaran mempertahankan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan rekod ketegasan beliau dalam usaha membanteras rasuah sejak tahun 2020.Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Mohd Asna Amin berkata, Azam menunjukkan keberanian dalam menangani kes rasuah berprofil tinggi yang melibatkan individu berpengaruh, sekali gus mencerminkan komitmen terhadap integriti dan kedaulatan undang-undang.Menurutnya, sepanjang tempoh lima tahun kepimpinan Azam, SPRM berjaya menyita kira-kira RM3.54 bilion serta melucut hak harta bernilai RM27.87 bilion yang disalurkan semula kepada negara."Ketegasan SPRM di bawah pimpinan beliau memberi isyarat jelas bahawa salah guna kuasa tidak akan dikompromi, sekali gus meningkatkan rasa tanggungjawab dalam kalangan penjawat awam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau menegaskan bahawa usaha berterusan membanteras rasuah penting bagi memastikan sistem pentadbiran negara kekal telus dan berintegriti."Rasuah boleh merosakkan struktur pentadbiran negara."Justeru tindakan tegas amat diperlukan supaya institusi yang diamanahkan menjaga kepentingan rakyat terus berfungsi dengan baik," katanya.Mohd Asna turut mendakwa keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan dalam memerangi rasuah semakin meningkat, khususnya susulan tindakan terhadap kes berprofil tinggi.Katanya, ketegasan Azam dalam memimpin SPRM secara tidak langsung meletakkan institusi itu dalam tekanan, namun ia merupakan sebahagian daripada perjuangan memperkukuh tadbir urus negara.Sehubungan itu, beliau berpandangan kerajaan perlu terus memberi sokongan kepada kepimpinan SPRM bagi memastikan agenda membanteras rasuah dapat diteruskan secara konsisten.

Saringan tahap kesihatan mental Ahli Parlimen

Saringan tahap kesihatan mental Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat bersedia mempertimbangkan cadangan untuk melakukan ujian saringan tahap kesihatan mental Ahli Parlimen. Perkara itu dinyatakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul selepas mendengar cadangan dikemukakan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) “Kita akan pertimbangkan pandangan Pendang (Awang). Mungkin juga kita mulakan (saringan) dengan Pendang dulu,” katanya pada sidang ... Read more The post Saringan tahap kesihatan mental Ahli Parlimen appeared first on Kosmo Digital .

Mimie Haris bercerai kali ketiga

Mimie Haris bercerai kali ketiga

PETALING JAYA – Selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pengacara Mimie Haris mengesahkan sudah bercerai dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin. Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 37, berkata statusnya perlu didedahkan bagi mengelakkan fitnah, selain ingin fokus terhadap anak mereka. “Bagi mengelakkan fitnah dan salah faham pada masa akan ... Read more The post Mimie Haris bercerai kali ketiga appeared first on Kosmo Digital .