Ibu, bayi tiga bulan maut kereta bertembung lori

Ibu, bayi tiga bulan maut kereta bertembung lori

KOTA TINGGI: Seorang ibu bersama bayi berusia tiga bulan maut setelah kereta Perodua Bezza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 65, Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, di sini, malam ini. Dalam kejadian itu, pemandu wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayinya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital Kota Tinggi, di ... Read more The post Ibu, bayi tiga bulan maut kereta bertembung lori appeared first on Utusan Malaysia .

Pecah amanah lebih RM1.2 juta, penolong akaun dipenjara 6 tahun, 8 sebatan

Pecah amanah lebih RM1.2 juta, penolong akaun dipenjara 6 tahun, 8 sebatan

SANDAKAN - Seorang penolong akaun dipenjara enam tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM1.2 juta tahun lepas.Hakim Roslinda Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Chia Ka Rong, 24, selepas gagal memberikan alasan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.Roslinda menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh ditangkap pada 3 Februari lepas, manakala satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan dilaksanakan secara berasingan.Lelaki berkenaan didakwa membuat invois palsu syarikat pembekal untuk tuntutan kepada syarikat tempatnya bekerja di pejabat syarikat itu di Batu 2 di sini antara Jun hingga Oktober tahun lepas, melibatkan jumlah RM1.2  juta dengan memindahkan wang syarikat ke akaun bank peribadinya.Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.Ka Rong yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman penjara dikurangkan dengan alasan dia anak tunggal yang perlu menyara ibu bapa.Timbalan Pendakwa Raya B. Yuvan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan keseriusan kesalahan yang menyebabkan syarikat mengalami kerugian.Yuvan berkata, perbuatan itu adalah dirancang dan berulang kerana tertuduh membuat invois palsu dan melakukan beberapa transaksi untuk dipindahkan ke akaun milik peribadi.- Bernama

Azam Baki patuh pengisytiharan harta perkhidmatan awam – SPRM

Azam Baki patuh pengisytiharan harta perkhidmatan awam – SPRM

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mematuhi sepenuhnya keperluan pengisytiharan harta seperti yang ditetapkan di bawah peraturan perkhidmatan awam. Ini menafikan dakwaan mengenai pegangan saham bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan. SPRM dalam kenyataan memaklumkan, laporan itu mengandungi pernyataan mengelirukan serta tohmahan tidak berasas terhadap Ketua Pesuruhjaya ... Read more The post Azam Baki patuh pengisytiharan harta perkhidmatan awam – SPRM appeared first on Utusan Malaysia .