Bantuan kemanusian Gaza amat kritikal

Bantuan kemanusian Gaza amat kritikal

PETALING JAYA: Jumlah bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza kini berada pada tahap kritikal dan jauh daripada mencukupi untuk menampung keperluan mendesak penduduk. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, kekurangan bekalan menyebabkan 75 peratus penduduk kini kebuluran meskipun mereka memerlukan stok bekalan untuk menampung jutaan penduduk. Katanya, keadaan kemanusiaan ... Read more The post Bantuan kemanusian Gaza amat kritikal appeared first on Utusan Malaysia .

Lamb Weston kembangkan perniagaan ke pasaran runcit tempatan

Lamb Weston kembangkan perniagaan ke pasaran runcit tempatan

PETALING JAYA: Lamb Weston, syarikat pembekal kentang sejuk beku global, mengumumkan pelan peluasan pasaran secara agresif ke segmen runcit Malaysia bagi mengukuhkan lagi penguasaan jenama itu.  Langkah ini menandakan peralihan strategik syarikat daripada hanya menjadi pembekal utama sektor perkhidmatan makanan (B2B) kepada penguasaan pasaran pengguna secara terus (B2C). Pengarah Komersial Asia Tenggaranya, Vicky Mukhi berkata, ... Read more The post Lamb Weston kembangkan perniagaan ke pasaran runcit tempatan appeared first on Utusan Malaysia .

Kastam rampas arak, mercun, bunga api bernilai RM1.64 juta

Kastam rampas arak, mercun, bunga api bernilai RM1.64 juta

MELAKA: Taktik sebuah syarikat menyembunyikan lebih empat tan mercun dan bunga api yang tidak diluluskan dengan menindihnya dengan barangan dibenarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbongkar dalam serbuan di sebuah gudang di Nilai, Negeri Sembilan. Pemeriksaan mengejut oleh Bahagian Penguatkuasaan Ja­ba­tan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka itu berjaya menyi­ta kesemua 4,742 kilogram mercun dan bunga api ... Read more The post Kastam rampas arak, mercun, bunga api bernilai RM1.64 juta appeared first on Utusan Malaysia .

Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun

Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun

LOS ANGELES - Pelakon terkenal siri remaja Dawson’s Creek, James Van Der Beek, meninggal dunia pada usia 48 tahun selepas bergelut dengan kanser kolorektal selama lebih dua tahun.Berita pemergian aktor kelahiran Connecticut itu disahkan menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi keluarganya.Dalam kenyataan tersebut, isterinya, Kimberly Van Der Beek, memaklumkan bahawa beliau "menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keberanian, keimanan dan ketenangan," sambil memohon ruang privasi untuk keluarga melalui tempoh sukar ini.Van Der Beek sebelum ini mendedahkan diagnosis kanser kolorektal pada November 2024 dan menjalani rawatan sejak itu.Penyakit berkenaan biasanya dikesan pada peringkat lewat kerana simptom yang sering tidak disedari.Nama Van Der Beek melonjak menerusi watak Dawson Leery dalam siri popular Dawson’s Creek yang bersiaran dari 1998 hingga 2003, menjadikannya ikon budaya pop era tersebut.Mendiang turut membintangi filem Varsity Blues dan beberapa siri televisyen lain sepanjang kerjayanya.Aktor itu meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.Komuniti hiburan antarabangsa serta peminat di seluruh dunia terus membanjiri media sosial dengan ucapan takziah dan penghargaan terhadap legasi seni beliau. - Agensi/Awani

Salah lebih terbuka tinggalkan Liverpool

Salah lebih terbuka tinggalkan Liverpool

TEKA-TEKI mengenai masa depan bintang Liverpool, Mohamed Salah kini memasuki fasa baharu apabila ejennya dilaporkan telah memulakan rundingan rasmi dengan kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad.Perkembangan mutakhir ini hadir selepas pemain berusia 33 tahun itu dikatakan telah memberi 'lampu hijau' kepada wakilnya untuk menguruskan perpindahan lumayan ke Timur Tengah tersebut.Salah sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, malah Al-Ittihad pernah mengemukakan bidaan sensasi berbilai ratusan juta pada tahun 2023.Liverpool bagaimanapun menolak tawaran tersebut dan berjaya memujuk Salah menandatangani kontrak baharu sehingga 2027.Namun, perselisihan faham yang berlaku dengan pengendali pasukan, Arne Slot pada awal musim ini telah menyebabkan masa depannya di Anfield kembali menjadi tanda tanya.Difahamkan, Salah kini jauh lebih terbuka untuk menyertai Al-Ittihad berbanding situasinya 12 bulan lalu.Juara Saudi itu kini mempunyai ruang kewangan yang kukuh selepas berpisah dengan Karim Benzema dalam satu perpindahan kontroversi, selain telah menjual N'Golo Kante pada Januari lalu.Kontrak bekas pemain Liverpool, Fabinho pula bakal tamat pada Jun ini, manakala Moussa Diaby turut dikaitkan dengan kepulangan ke Eropah, sekali gus mengosongkan posisi sayap kanan yang menjadi 'makanan' Salah.Musim ini menyaksikan prestasi Salah sedikit merosot apabila hanya meledak enam gol, rekod terendahnya sejak berhijrah ke Merseyside pada 2017.

Rumah ibadat perlu ikut undang-undang

Rumah ibadat perlu ikut undang-undang

KUALA LUMPUR: Semua pihak wajib mematuhi undang-un­dang ditetapkan termasuk ber­kaitan penggunaan tanah dan pembinaan rumah ibadat.  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, seba­rang isu pembinaan rumah ibadat perlu diselesaikan menerusi saluran sah demi mengekalkan keharmonian, tole­ransi dan semangat muhibah rakyat. Titah Seri Paduka, sebarang isu berkaitan agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh ... Read more The post Rumah ibadat perlu ikut undang-undang appeared first on Utusan Malaysia .