Afrika pasaran masa depan sawit negara

Afrika pasaran masa depan sawit negara

KUALA LUMPUR: Benua Afrika bakal menjadi penentu kepada dinamik permintaan minyak sawit global bagi dekad akan datang, sekali gus menjadi pasaran strategik buat Malaysia untuk mengukuhkan penguasaan pasaran di luar destinasi tradisional. Ketua Pegawai Eksekutif FFM Berhad merangkap Ketua Pegawai Kelestarian Wilmar International Limited, Jeremy Goon berkata, dengan populasi Afrika yang dijangka mencecah 2.5 bilion ... Read more The post Afrika pasaran masa depan sawit negara appeared first on Utusan Malaysia .

Penguatkuasaan perlu rujuk jawatankuasa khas - Exco

GEORGE TOWN – Sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap struktur binaan tidak sah yang melibatkan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di Pulau Pinang perlu mendapatkan ulasan daripada Jawatankuasa RIBI negeri terlebih dahulu sebelum tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, H'ng Mooi Lye berkata, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara berhati-hati dan berlandaskan prinsip keharmonian masyarakat berbilang kaum.Menurut beliau, walaupun kelulusan jawatankuasa diperlukan, PBT masih dibenarkan mengeluarkan notis pencerobohan awal dengan tempoh pengosongan struktur serta tindakan remedi tanah yang munasabah sebelum ulasan rasmi Jawatankuasa RIBI diperoleh."Setiap kes akan dirujuk kepada Jawatankuasa RIBI sebelum sebarang penguatkuasaan dilaksanakan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Bagaimanapun, Mooi Lye menjelaskan, terdapat situasi tertentu yang memerlukan tindakan segera oleh PBT tanpa menunggu proses penuh jawatankuasa khususnya jika melibatkan isu keselamatan awam."Sebagai contoh, sekiranya RIBI dibina di atas tanah yang mempunyai saluran paip gas, PBT akan mengambil tindakan serta-merta demi keselamatan orang awam," ujarnya.Beliau menegaskan pendekatan tersebut mencerminkan keseimbangan antara pematuhan undang-undang, sensitiviti agama dan keselamatan selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk mengekalkan keharmonian di Pulau Pinang.

Tanah Tebing Barat dibeli Yahudi

Tanah Tebing Barat dibeli Yahudi

BAITULMAQDIS/WASHINGTON: Kabinet Israel membatalkan larangan penjualan hartanah kepada orang Yahudi di Tebing Barat yang merupakan wilayah Palestin dan dikuatkuasakan sejak era Jordan sebelum ini. Keputusan membatalkan larangan itu dianggap sebagai satu langkah yang menurut kerajaan Israel akan membuka jalan bagi pembelian tanah di wilayah tersebut. Langkah baharu Israel di Tebing Barat yang didudukinya itu akan  ... Read more The post Tanah Tebing Barat dibeli Yahudi appeared first on Utusan Malaysia .

Carrick tidak gopoh sain kontrak pengurus

MANCHESTER: Michael Carrick tidak mahu terburu-buru untuk menerima kontrak jangka panjang sebagai pengurus tetap Manchester United. Bekas perancang tengah United itu percaya penilaian terhadap peranannya sebagai pengurus sementara wajar dibuat pada penghujung musim. Carrick melakar kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut sejak dilantik, sekali gus melonjak United ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris. Pengendali berusia ... Read more The post Carrick tidak gopoh sain kontrak pengurus appeared first on Utusan Malaysia .

METMALAYSIA | Selangor dijangka mengalami pengurangan hujan antara 20 hingga 40 peratus bermula bulan ini hingga Julai, sekali gus berpotensi berhadapan cuaca panas dan kering yang berpanjangan. 

#BuletinTV3 #BeritaTerkini #cuacapanas #penguranganhujan #METMalaysia #Selangor

METMALAYSIA | Selangor dijangka mengalami pengurangan hujan antara 20 hingga 40 peratus bermula bulan ini hingga Julai, sekali gus berpotensi berhadapan cuaca panas dan kering yang berpanjangan. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #cuacapanas #penguranganhujan #METMalaysia #Selangor

Peniaga maut diremppuh Myvi ketika dalam perjalanan ambil anak OKU dari sekolah

MELAKA - Penunggang motosikal yang maut dirempuh sebuah Perodua Myvi di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu, Bukit Baru di sini pada Selasa sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pulang dari sekolah.Adik ipar mangsa, Abdul Rashid Abdul Hamid, 37 berkata, dia mengetahui kejadian itu sekitar jam 2 petang selepas dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan ketika dalam perjalanan ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan.Menurutnya, menjadi rutin harian arwah, Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, menguruskan anak-anak ke sekolah pada waktu siang dan berniaga kedai makan pada waktu malam."Masa kejadian, dia dalam perjalanan untuk mengambil anak Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Malim."Kebetulan orang kampung lalu hendak ke hospital, cam muka arwah. Bila disahkan, barulah saya percaya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini pada Selasa.Abdul Rashid berkata, bapa kepada empat anak berusia antara 10 hingga 17 tahun itu kali terakhir ditemui pada malam sebelum kejadian ketika mereka berniaga bersama."Saya buat roti, dia pula uruskan kedai. Kali terakhir jumpa, arwah nampak biasa sahaja, tidak menunjukkan sebarang perubahan."Kejadian berlaku secara mengejut dan ketika dimaklumkan, saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberitahu perkara ini kepada kakak," katanya.Katanya, arwah berasal dari Batu Berendam, Melaka sebelum berpindah ke Duyong selepas berkahwin dengan kakaknya, Siti Hasmah Abdul Hamid yang bertugas di agensi kastam.Ujarnya, mereka sekeluarga akan bersama-sama mengambil tanggungjawab menguruskan anak-anak saudara itu susulan kematian mengejut arwah.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas sebuah Perodua Myvi terbabas di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu sebelum merempuh lima kenderaan lain di laluan bertentangan.Video kejadian tersebut tular di media sosial menerusi rakaman papan pemuka berdurasi 41 saat yang memaparkan Perodua Myvi dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum merempuh kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.Kemalangan itu melibatkan enam kenderaan iaitu tiga buah motosikal jenis Honda EX5, Suzuki Raider R150 dan Yamaha Y15ZR serta tiga buah kereta iaitu Proton Saga, BMW X3 dan Perodua Myvi.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi terbabit yang dipercayai mengalami keadaan ‘microsleep’ (terlelap sejenak) telah memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan berkenaan.

Peniaga maut dirempuh Myvi ketika dalam perjalanan ambil anak OKU dari sekolah

Benjamin Sesko muncul wira pada lewat permainan apabila menjaringkan gol penyamaan untuk memastikan Manchester United seri 1-1 menentang West Ham, sekali gus mengekalkan permulaan tanpa kalah Michael Carrick selaku pengurus sementara, awal pagi tadi.