Lelaki warga Pakistan pecah masuk, curi tabung masjid diberkas

Lelaki warga Pakistan pecah masuk, curi tabung masjid diberkas

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Pakistan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pecah masuk dan mencuri tabung masjid di Taman Ikhlas, di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek berusia lewat 20-an ditahan di kawasan sekitar masjid pada Selasa."Suspek telah direman tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya.

Pengimbas MyKad mahal hadkan penglibatan koperasi dalam SARA

Pengimbas MyKad mahal hadkan penglibatan koperasi dalam SARA

PETALING JAYA: Kos pengimbas MyKad bernilai lebih RM10,000 seunit membataskan penglibatan koperasi dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, setakat ini hanya 100 koperasi terlibat sebagai rakan niaga program berkenaan, berbanding lebih 10,000 premis yang dikenal pasti di seluruh negara. Menurutnya, kos yang tinggi menjadi ... Read more The post Pengimbas MyKad mahal hadkan penglibatan koperasi dalam SARA appeared first on Utusan Malaysia .

Kontroversi saham: Mas Ermieyati desak Azam Baki disiasat

Kontroversi saham: Mas Ermieyati desak Azam Baki disiasat

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendesak siasatan dijalankan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham dalam sebuah syarikat.Mas Ermieyati berkata demikian susulan pendedahan laporan agensi berita antarabangsa, Bloomberg yang mendakwa Azam memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat."Tolong berlaku adil, jangan ada sikap dua darjat sebab jika orang lain yang kena (terpalit isu itu) mereka boleh disiasat."Ada satu keraguan yang munasabah, apabila beliau kata sudah jual (saham) pada Julai tahun lalu, maksudnya sebelum ini tidak menjadi masalahkah?"Sedangkan anda sudah ada dalam pegangan saham berkenaan," kata pemimpin Perikatan Nasional (PN) tersebut di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.Sebelum itu, beliau hadir dalam prosiding pengurusan kes saman pemula Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang didakwa ditandatangani tanpa dirujuk kepada Parlimen.Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.Mas Ermieyati yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut menzahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Anwar pada Rabu yang menolak desakan supaya pemimpin nombor satu SPRM itu meletak jawatan."Adakah dengan menyatakan bahawa seseorang rajin bekerja, jadi tidak mengapa, kamu buat apa pun ia dibolehkan."Pada saya, perkara yang amat serius dan saya mengulangi desakan agar beliau meletakkan jawatan sekiranya dakwaan itu benar," katanya.Menurut laporan Bloomberg, Azam, 62, dikatakan memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan pemfailan tahunan oleh Velocity Capital kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari 2025.Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin.Azam mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Bloomberg susulan laporan yang disifatkannya 'mengelirukan' dan 'berunsur fitnah' sehingga mencetuskan protes menuntut meletakkan jawatan.Pada 11 Februari, Azam menafikan masih memegang saham dalam mana-mana syarikat dan menyifatkan laporan yang dikeluarkan media antarabangsa itu berniat jahat.