Dua rentung nahas dua kenderaan di Temerloh

Dua rentung nahas dua kenderaan di Temerloh

TEMERLOH: Dua individu rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Stesen Minyak Petronas Taman Tualang Indah di sini awal pagi hari ini. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.57 tengah malam melibatkan kenderaan jenis Proton Preve yang terbakar sepenuhnya sehingga mengakibatkan dua mangsa rentung. Sebuah lagi kereta terlibat Porsche ... Read more The post Dua rentung nahas dua kenderaan di Temerloh appeared first on Utusan Malaysia .

Hamzah adakan taklimat reset politik petang ini

Hamzah adakan taklimat reset politik petang ini

SHAH ALAM - Selepas dipecat keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengadakan satu taklimat berkaitan hala tuju dan reset politik.Menerusi jemputan kepada media, taklimat tersebut turut melibatkan beberapa ahli Parlimen, ketua bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu.Perjumpaan itu akan berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur sekitar jam 2 petang pada Sabtu.Pada masa sama, Bersatu turut mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi membincangkan agenda penting berkaitan hala tuju parti sekitar jam 10 pagi di kediaman Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin.Perkara itu dimaklumkan menerusi notis mesyuarat yang dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada malam Jumaat.Difahamkan, antara agenda utama adalah untuk Muhyiddin memberikan penerangan berhubung perkembangan politik parti ketika Bersatu berdepan perhatian yang semakin memuncak.Pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Hamzah.Ahli Parlimen Larut itu dipecat hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu kerana tindakan Ahli Parlimen Larut tersebut melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Menurut Fasal 9.1.4, setiap ahli wajib mematuhi Perlembagaan parti serta Peraturan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Parti.

Tambun Fighters Sasar Final, Penyokong Diseru Penuhi Kompleks Bola Sepak Chepor – Akmal Zarif

Tambun Fighters Sasar Final, Penyokong Diseru Penuhi Kompleks Bola Sepak Chepor – Akmal Zarif

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal menyeru seluruh penyokong bola sepak Tambun untuk turun beramai-ramai ke Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor, Perak bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan Tambun Fighters yang bakal beraksi dalam perlawanan separuh akhir petang ini. Tambun Fighters dijadualkan menentang Parlimen Ipoh Timor dalam Kejohanan Liga Sejahtera Inter-Parlimen Negeri [...]

Tambun Fighters Sasar Final, Penyokong Diseru Penuhi Kompleks Bola Sepak Chepor – Akmal Zharif

Tambun Fighters Sasar Final, Penyokong Diseru Penuhi Kompleks Bola Sepak Chepor – Akmal Zharif

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal menyeru seluruh penyokong bola sepak Tambun untuk turun beramai-ramai ke Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor, Perak bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan Tambun Fighters yang bakal beraksi dalam perlawanan separuh akhir petang ini. Tambun Fighters dijadualkan menentang Parlimen Ipoh Timor dalam Kejohanan Liga Sejahtera Inter-Parlimen Negeri [...]

Sterling yakin Feyenoord pilihan tepat

Sterling yakin Feyenoord pilihan tepat

PARIS: Raheem Sterling yakin Feyenoord mampu mengembalikan semula prestasinya selepas gagal menarik minat kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL). Semalam, kelab Belanda itu mengumumkan bekas penyerang Liverpool dan Manchester City itu akan beraksi bersama mereka sehingga akhir musim ini. Pemain berusia 31 tahun yang mengumpul 82 penampilan bersama England itu dilepaskan oleh Chelsea bulan lalu ... Read more The post Sterling yakin Feyenoord pilihan tepat appeared first on Utusan Malaysia .

Dua rentung, kereta terbakar

Dua rentung, kereta terbakar

KUANTAN - Pemandu dan penumpang ditemukan rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah sebelum terbakar di Jalan Industri berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Tualang Indah, Mentakab pada Sabtu.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa di dalam kereta jenis Proton Preve yang musnah terbakar terdiri seorang lelaki dan wanita.Menurutnya, penumpang SUV jenis Porsche Cayenne dilaporkan cedera manakala pemandu dipercayai selamat."Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu jam 12.57 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera ke lokasi."Ketika tiba di lokasi mendapati, kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan, Proton Preve dan Porsche Cayenne," katanya.Zulfadli berkata, Proton Preve musnah terbakar sepenuhnya mengakibatkan dua mangsa ditemukan rentung di dalam kenderaan tersebut."Penumpang lelaki Porsche Cayenne cedera diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan di lokasi," katanya.Jelasnya, pasukan bomba melaksanakan operasi pemadaman ke atas kereta Proton Preve menggunakan aliran salur bantu mula daripada tangki jentera."Sebaik api berjaya dipadamkan sepenuhnya, anggota penyelamat menggunakan peralatan hidraulik bagi kerja-kerja pemotongan struktur kenderaan untuk mengeluarkan mayat mangsa," katanya.

Keselamatan kanak-kanak, remaja perlu diberi perhatian – Permaisuri Agong

Keselamatan kanak-kanak, remaja perlu diberi perhatian – Permaisuri Agong

PETALING JAYA – Keselamatan kanak-kanak dan remaja di dalam talian mesti diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan masyarakat, titah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Menerusi kenyataan rasmi hari ini, Baginda bertitah, hal itu kerana ia boleh menjadi ruang yang amat toksik dan memberi kesan buruk jangka panjang jika dibiarkan menular. Raja Permaisuri Agong bertitah, ... Read more The post Keselamatan kanak-kanak, remaja perlu diberi perhatian – Permaisuri Agong appeared first on Kosmo Digital .

Arsenal perlu lupakan tekanan City

Arsenal perlu lupakan tekanan City

LONDON: Arsenal diingatkan agar tidak terlalu memikirkan bayang-bayang Manchester City yang semakin menghimpit mereka di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL). Perancangan tengah The Gunners, Declan Rice mahu pasukannya kekal fokus dan tidak terpengaruh ‘anasir luar’ luar selepas sekadar seri 1-1 menentang Brentford, semalam. “Ia satu musim seperti ‘rollercoaster’, anda tidak boleh naif dan fikir ia ... Read more The post Arsenal perlu lupakan tekanan City appeared first on Utusan Malaysia .

Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya sempena Tahun Baharu Cina

Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM – Larangan pemanduan kenderaan barangan sempena Tahun Baharu Cina 2026 akan dikuatkuasakan secara ketat bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan.Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, larangan tersebut berkuat kuasa pada 14 hingga 15 Februari serta 21 hingga 22 Februari 2026."Penguatkuasaan larangan ini dilaksanakan secara 24 jam termasuk operasi pemantauan sebelum dan selepas tempoh larangan."Operasi penyamaran dan pemantauan dilaksanakan dua hari sebelum dan dua hari selepas tempoh larangan ini bagi memastikan tahap pematuhan tinggi," katanya ketika sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan Operasi Khas Tahun Baharu Cina di Terminal Seksyen 17 di sini pada Jumaat.Azrin berkata, sebanyak 15 lokasi hotspot telah dikenal pasti bagi tujuan pemantauan aliran trafik dan penguatkuasaan."JPJ turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bagi memantau pergerakan trafik di kawasan berisipadu tinggi."Tujuan utama larangan adalah untuk melancarkan aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan sepanjang musim perayaan," katanya.Dalam masa sama, beliau berkata, pengusaha bas juga diwajibkan menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer bagi mengelakkan keletihan pemandu.Menurutnya, semua pemandu juga perlu mematuhi disiplin pemanduan termasuk menggunakan lorong kanan hanya untuk memotong serta mematuhi had laju yang ditetapkan.Azrin berkata, pengguna jalan raya juga digesa merancang perjalanan lebih awal serta mendapatkan rehat secukupnya sebelum memandu."Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama semua pihak."Orang ramai boleh menyalurkan aduan trafik melalui aplikasi MyJPJ atau e-mel rasmi JPJ bagi membantu penguatkuasaan sepanjang musim perayaan," katanya.

Saintis rancang bina dinding gergasi dasar laut

Saintis rancang bina dinding gergasi dasar laut

LONDON: Ancaman keruntuhan Glasier Thwaites di Antartika yang berisiko mengakibatkan kenaikan paras air laut ke tahap sehingga membawa kemusnahan telah mendorong sekumpulan saintis antarabangsa mencadangkan satu pelan luar biasa bagi menghalang bencana itu daripada berlaku.  Fenomena yang dikenali sebagai ‘Glasier Kiamat’ itu kini menjadi tumpuan projek mega yang melibatkan pembinaan sebuah dinding gergasi di dasar ... Read more The post Saintis rancang bina dinding gergasi dasar laut appeared first on Utusan Malaysia .