Tiga daripada tujuh pelajar di Johor pulih tibi

Tiga daripada tujuh pelajar di Johor pulih tibi

JOHOR BAHRU: Tiga daripada tujuh pelajar yang dijangkiti wabak tuberkulosis (tibi) di negeri ini telah pulih dan sedang menjalani tempoh kuarantin sebelum dibenarkan ke sekolah. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, jumlah pesakit kekal seramai 34 individu melibatkan daerah Kota Tinggi dan Pontian. Katanya, prosedur saringan dan pelaksanaan kuarantin adalah mengikut prosedur ... Read more The post Tiga daripada tujuh pelajar di Johor pulih tibi appeared first on Utusan Malaysia .

30 rumah Orang Asli atas air musnah dijilat api

30 rumah Orang Asli atas air musnah dijilat api

JOHOR BAHRU – Kira-kira 30 unit rumah atas air musnah dalam kebakaran yang berlaku di penempatan Orang Asli 1, Jalan Dedaru 11, Kampung Teluk Jawa, di sini pagi tadi. Komander Operasir dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Subri Md. Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu ... Read more The post 30 rumah Orang Asli atas air musnah dijilat api appeared first on Kosmo Digital .

Jutaan pengguna WhatsApp android jadi sasaran mudah penggodam siber

Jutaan pengguna WhatsApp android jadi sasaran mudah penggodam siber

SAN FRANCISCO: Pasukan penyelidik Google, Project Zero mendedahkan penemuan satu kelemahan kritikal pada aplikasi WhatsApp yang mampu memberikan akses penuh kepada penggodam untuk mengawal telefon pintar Android.  Ancaman tersebut merupakan sejenis serangan yang sangat berbahaya kerana ia tidak memerlukan sebarang tindakan aktif daripada mangsa untuk berjaya. “Keunikan serangan ini terletak pada sifatnya yang digelar sebagai ... Read more The post Jutaan pengguna WhatsApp android jadi sasaran mudah penggodam siber appeared first on Utusan Malaysia .

Isu rumah ibadat haram di bawa ke mesyuarat Kabinet esok

Isu rumah ibadat haram di bawa ke mesyuarat Kabinet esok

PUTRAJAYA: Isu pembinaan rumah ibadat haram akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri esok. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sendiri akan berkongsi kepada Jemaah Menteri mengenai keadaan sebenar yang berlaku termasuk watak-watak yang terlibat dalam isu itu. “Ia (taklimat) juga akan memaklumkan peranan pihak Pokis Diraja Malaysia (PDRM) dalam berusaha mengawal ... Read more The post Isu rumah ibadat haram di bawa ke mesyuarat Kabinet esok appeared first on Utusan Malaysia .

Buang puntung rokok merata: Polis bantuan didenda RM600, diperintah jalani khidmat masyarakat

Buang puntung rokok merata: Polis bantuan didenda RM600, diperintah jalani khidmat masyarakat

SEREMBAN - Seorang polis bantuan didenda RM600 serta dikehendaki menjalani perintah khidmat masyarakat selama enam jam oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam, bukan di dalam tong sampah yang disediakan.Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hashim Mohd Nor, 37 selaku orang kena saman (OKS) serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.Khidmat masyarakat pula perlu diselesaikan OKS dalam tempoh enam bulan.Mengikut pertuduhan, Mohd Hashim telah membuang sisa pepejal iaitu putung rokok di kaki lima hadapan Terminal Bas Nilai yang merupakan tempat awam dan bukannya di dalam bekas yang diperuntukkan bagi membuang sisa pepejal tersebut.Kesalahan tersebut dilakukan pada 4 Januari 2026, jam lebih kurang 11.30 pagi.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 77A(2).Sebagai tambahan, boleh dikenakan suatu perintah khidmat masyarakat di bawah Subseksyen 77B(1) akta sama.Sabit kesalahan, denda tidak lebih RM2,000 dan membuat suatu perintah khidmat masyarakat tidak melebihi 13 jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan.OKS yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda yang minimum kerana hanya memperoleh pendapatan RM2,500 serta mempunyai lima tanggungan.Selain itu, seorang lagi OKS iaitu Herrykurniawan, 25, turut dijatuhkan hukuman sama selepas mengaku bersalah membuang putung rokok di tepi longkang hadapan sebuah klinik di Nilai pada 1 Januari lalu, jam lebih kurang 1.01 pagi.Dia yang masih bujang merayu dendanya dikurangkan kerana tiada pekerjaan tetap serta mempunyai dua tanggungan.Pegawai Pendakwa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Siti Adora Rahtimin memohon mahkamah mengenakan hukuman denda setimpal serta perintah khidmat masyarakat terhadap kedua-dua tertuduh supaya dapat memberi pengajaran kepada seluruh lapisan masyarakat.

30 rumah Orang Asli di Kampung Teluk Jawa musnah terbakar

30 rumah Orang Asli di Kampung Teluk Jawa musnah terbakar

JOHOR BAHRU: Kira-kira 30 rumah atas air dihuni komuniti Orang Asli di Jalan Dedaru 11, Kampung Teluk Jawa di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Subri Md. Isa berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.04 pagi. Katanya, kebakaran melibatkan ... Read more The post 30 rumah Orang Asli di Kampung Teluk Jawa musnah terbakar appeared first on Utusan Malaysia .

30 premis vape diserbu, rampasan bernilai RM1 juta

30 premis vape diserbu, rampasan bernilai RM1 juta

KUALA LUMPUR – Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melaksanakan operasi serentak di 30 lokasi melibatkan pemeriksaan premis vape di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan mencecah RM1 juta. Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, operasi E-Cigarette berkenaan yang dijalankan kira-kira pukul ... Read more The post 30 premis vape diserbu, rampasan bernilai RM1 juta appeared first on Kosmo Digital .