Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM junjung titah Agong, Sultan Selangor

Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM junjung titah Agong, Sultan Selangor

SHAH ALAM – Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung kepentingan semua warganegara menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.Perkara itu dinyatakan Penyandangnya yang juga merupakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr Awang Sariyan menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.Menurutnya, kebebasan mengamalkan agama bagi penganut agama lain wajib dihargai dan tiada ruang bagi sesiapa untuk meremehkan kedudukan agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut menegaskan bahawa soal agama dan aspek lain kehidupan bernegara telah sedia terangkum dalam undang‑undang negara.Sehubungan itu, tegasnya, prinsip Rukun Negara ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan dan prinsip keempat, Kedaulatan Undang‑Undang perlu dipatuhi oleh seluruh warganegara.Terdahulu, Sultan Ibrahim pada Rabu turut bertitah menegaskan sebarang isu berkaitan agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara berbilang kaum.Seri Paduka Baginda bertitah, Malaysia sebuah negara yang dibina atas asas keharmonian dan kekuatan negara terletak pada semangat saling menghormati, toleransi serta pematuhan kepada undang-undang.

Rumah ibadat: PM tegaskan tiada pihak berhak ambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang

Rumah ibadat: PM tegaskan tiada pihak berhak ambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak berhak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang dalam isu berkaitan rumah ibadat.Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan undang-undang dan semua pihak perlu menghormati prinsip tersebut."Negara ini, negara yang harus patuh kepada undang-undang, berlandaskan kedaulatan undang-undang."Ya, sememangnya timbul pelbagai isu, kontroversi dan perbezaan… namun keutamaan kita adalah memastikan kestabilan terpelihara, kesucian kepercayaan kita dihormati serta pada masa yang sama memelihara perpaduan sejagat," kata beliau. Anwar berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) 2026 di sini malam ini.Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa semua pihak perlu mematuhi undang-undang dan peraturan berhubung pembinaan rumah ibadat dan isu sensitiviti di negara ini bagi memastikan keharmonian serta kestabilan terus terpelihara.Merujuk isu berkaitan rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan serta cadangan pembinaan ladang babi yang hangat diperkatakan di Selangor kebelakangan ini, beliau berkata perkara itu perlu ditangani dengan baik dan penuh hormat."Akhir-akhir ini, seperti yang anda sudah tahu, kita hangat dengan isu di Selangor dan di negeri lain, soal rumah ibadat yang tidak ikut peraturan dan juga soal pembinaan ladang khinzir. Jadi saya nak gunakan kesempatan ini cuba menyebut bahawa semua kita tahu peraturannya, iaitu apa yang boleh, apa yang tidak boleh."… tetapi kita kena tangani dengan baik dengan hormat. Jangan menghina Islam Agama Persekutuan dan majoriti umat Islam di sini (dalam negara), tetapi tidak harus juga ada mana-mana pandangan untuk menghina amalan keluarga kita, masyarakat kita yang lain," kata beliau. - Bernama

Pengasas Big Blue Taxi meninggal dunia akibat kanser kolon

Pengasas Big Blue Taxi meninggal dunia akibat kanser kolon

PETALING JAYA – Pengasas perkhidmatan teksi premium Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail meninggal dunia pada usia 60 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pukul 1.32 tengah hari tadi akibat kanser kolon. Difahamkan, Allahyarham sebelum ini pernah disahkan menghidap kanser kolon tahap empat pada tahun 2015, namun berjaya melawan penyakit tersebut dan kembali menjalani kehidupan ... Read more The post Pengasas Big Blue Taxi meninggal dunia akibat kanser kolon appeared first on Kosmo Digital .