Kronologi kes rasuah RM3.09 juta Isa Samad

Kronologi kes rasuah RM3.09 juta Isa Samad

21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.-Didakwa melakukan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB).14 Disember 2018-Mohd Isa didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah.4 April 2019-Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur benarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.11 April 2019-Sebutan Kali pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.8 Oktober 2019- Perbicaraan bermula.14 Januari 2020-Pendakwaan tutup kes. Perbicaraan peringkat pendakwaan berlangsung selama 15 hari.20 Mei 2020-Hujahan akhir pendakwaan.16 Jun 2020-Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohd Isa untuk membela diri atas sembilan pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan segala intipati pertuduhan.17 Ogos 2020- Mohd Isa mula memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi.3 September 2020- Pembelaan menutup kes selepas memanggil enam orang saksi.24 Disember 2020-Hujahan di akhir kes pembelaan.3 Februari 2021-Keputusan di akhir kes pembelaan yang mendapati Mohd Isa bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun, denda RM15.45 juta serta penjara 18 tahun sekiranya gagal membayar denda.6 Mac 2024-Bekas Menteri Besar itu dilepas dan dibebaskan selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mengetepikan sabitan serta hukuman berkenaan.7 Mac 2024-Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan26 Jun 2024-Petisyen rayuan dengan mengemukakan 24 alasan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.10 Febuari 2026- Isa Samad ke penjara serta-merta, sabitan dan hukuman kes rasuah RM3.09 juta kekal

Daler Yusuf dedah ada penggiat seni minta gambar, ajak bercuti sebelum tawar kerja

Daler Yusuf dedah ada penggiat seni minta gambar, ajak bercuti sebelum tawar kerja

PETALING JAYA: Pelakon, Daler Yusuf mendedahkan bahawa selebriti lelaki juga tidak terkecuali daripada berdepan dengan sikap tidak bermoral segelintir penggiat seni dalam industri hiburan tanah air. Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, berkata, pengalaman tersebut dilaluinya ketika di peringkat awal pembabitan sebagai pelakon. “Apabila mula berlakon, bukan wanita sahaja yang perlu menjaga diri, sebaliknya ... Read more The post Daler Yusuf dedah ada penggiat seni minta gambar, ajak bercuti sebelum tawar kerja appeared first on Utusan Malaysia .

KDN bentang pindaan Akta Pendaftaran Penjenayah tahun ini

KDN bentang pindaan Akta Pendaftaran Penjenayah tahun ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri sedang dalam proses untuk meminda Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969, istilahnya Akta 7. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, akta itu merupakan punca kuasa perundangan untuk kita mendaftarkan (individu) sabitan kesalahan-kesalahan di dalam daftar penjenayah. Beliau berkata, pihaknya telah membentangkan kepada Jemaah Menteri pada ... Read more The post KDN bentang pindaan Akta Pendaftaran Penjenayah tahun ini appeared first on Kosmo Digital .

Trump ancam henti pembukaan jambatan Kanada-AS

Trump ancam henti pembukaan jambatan Kanada-AS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menghentikan pembukaan jambatan baharu yang menghubungkan Detroit dan Windsor, Ontario dalam serangan terbaharunya terhadap Kanada berkaitan isu perdagangan. Trump turut mendakwa AS sepatutnya memiliki sekurang-kurangnya separuh daripada Gordie Howe International Bridge bernilai AS$4.7 bilion (RM18.45 bilion) itu. Pembinaan jambatan yang dinamakan sempena legenda hoki ais NHL ... Read more The post Trump ancam henti pembukaan jambatan Kanada-AS appeared first on Utusan Malaysia .

Bengkel kenderaan kemalangan tidak patuh SOP berdepan denda

Bengkel kenderaan kemalangan tidak patuh SOP berdepan denda

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan mengenakan denda ke atas pengusaha bengkel pembaikan kenderaan kemalangan berdaftar yang gagal mematuhi sepenuhnya spesifikasi serta prosedur operasi standard (SOP). Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, ia melibatkan aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan dan pengurusan alam sekitar. Katanya, sebanyak 33 bengkel berdaftar  diberi advokasi dan peringatan awal dengan tempoh ... Read more The post Bengkel kenderaan kemalangan tidak patuh SOP berdepan denda appeared first on Utusan Malaysia .

Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid

Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid

KUALA NERUS - Beberapa operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak mulai esok hingga Ahad (15 Februari) ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi pembenihan awan itu dibuat berikutan paras air beberapa empangan di negeri tersebut semakin menyusut disebabkan cuaca panas yang berterusan."Sekarang ini kita sedang mengalami musim Monsun Barat Daya. Meskipun (paras air di empangan) hanya di peringkat amaran tetapi kita tidak mahu tunggu sampai ke peringkat kritikal baru hendak berusaha," katanya kepada pemberita selepas Sesi Penggulungan Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026, di sini hari ini.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, lokasi yang terlibat dengan operasi pembenihan awan tersebut ialah Empangan Upper Layang, Empangan Pulai 1 dan Empangan Machap di Johor, masing-masing akan dilakukan pada esok, Khamis dan Ahad.Pada Jumaat dan Sabtu pula, katanya, lokasi yang terlibat ialah Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning di Kedah serta Empangan Bukit Merah di Perak. - Bernama

EAIC umum terbuka dapatan siasatan tidak diambil tindakan

EAIC umum terbuka dapatan siasatan tidak diambil tindakan

PUTRAJAYA: Mana-mana syor dapatan siasatan yang masih gagal diambil tindakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan diumumkan secara terbuka. Pengerusi EAIC, Tan Sri Ismail Bakar berkata, ia sebagai langkah untuk memperkukuh tadbir urus serta memastikan akauntabiliti. Katanya, tindakan ini adalah susulan daripada peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ... Read more The post EAIC umum terbuka dapatan siasatan tidak diambil tindakan appeared first on Utusan Malaysia .

Salah laku penguat kuasa tanpa tindakan akan diumum secara terbuka

Salah laku penguat kuasa tanpa tindakan akan diumum secara terbuka

PUTRAJAYA: Mana-mana syor dapatan siasatan yang masih gagal diambil tindakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan diumumkan secara terbuka. Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr. Ismail Bakar berkata, ia sebagai langkah untuk memperkukuh tadbir urus serta memastikan akauntabiliti. Katanya, tindakan itu adalah susulan daripada peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ... Read more The post Salah laku penguat kuasa tanpa tindakan akan diumum secara terbuka appeared first on Utusan Malaysia .