40,000 naskhah Al-Quran dihantar ke AS, Ivory Coast dan Ghana

40,000 naskhah Al-Quran dihantar ke AS, Ivory Coast dan Ghana

PUTRAJAYA - Bersempena Festival Hari Terbuka Nasyrul Quran, Yayasan Restu melalui Kompleks Nasyrul Quran di sini, meluncurkan penghantaran 40,000 naskhah Al-Quran berserta terjemahannya dalam dua kontena ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana.Penghantaran ini merangkumi 20,000 naskhah Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris, Sepanyol Eropah dan Sepanyol Latin ke Washington, Amerika Syarikat dan selebihnya dengan terjemahan bahasa Perancis dan Inggeris ke Ivory Coast dan Ghana.Inisiatif ini ialah sebahagian daripada projek Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyebarkan risalah Al-Quran dengan terjemahan pelbagai Bahasa ke seluruh dunia.Majlis peluncuran ini disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal-ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan di kompleks berkenaan di Presint 14 di sini, Jumaat lepas."Penghantaran ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam menyebarkan nilai Islam dan ilmu Al-Quran ke seluruh dunia."Misi logistik ini juga satu amanah dakwah dan kemanusiaan serta melambangkan peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memperkukuh kefahaman Islam yang rahmat bagi seluruh alam," katanya.Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Dr. Abdul Latiff Mirasa berkata, "usaha berkenaan merukan sebahagian komitmen yayasan dalam menyokong aspirasi negara sebagai hab percetakan, penterjemahan dan pengedaran Al-Quran bertaraf antarabangsa."Penghantaran ini melengkapkan lebih 553,966 naskhah yang sudah disalurkan ke beberapa negara melalui pelbagai agensi dan organisasi."Kami jangkakan penerbitan dan percetakan peringkat pertama terjemahan Al-Quran Fasa Kedua ke dalam 12 bahasa lagi seperti Finland, Greek dan Uzbek," katanya.Kejayaan penghantaran ini menurutnya, dicapai hasil sokongan kuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Waqaf Malaysia.Sementara itu, satu langkah penting memperkukuh ekosistem wakaf Al-Quran turut dizahirkan hari ini menerusi pelancaran Platform Digital Global Wakaf Al-Quran (GWAQ) di kompleks sama bersempena pelepasan dua kontena tersebut.GWAQ hasil kerjasama Yayasan Restu dan ToyyibPay, menggabungkan legasi percetakan dan pengedaran mushaf Al-Quran dengan keupayaan teknologi digital yang telus dan berintegriti.Platform ini membolehkan penyertaan ummah, institusi dan organisasi secara berterusan pada peringkat global terutamanya dengan akses kepada lebih 200,000 peniaga dalam rangkaian ToyyibPay.ToyyibPay mampu memperluas ekosistem pembayaran dan sumbangan digital melalui kerjasama dengan rakan teknologi dan syarikat kiriman wang antarabangsa bagi menyokong kehadiran GWAQ pada peringkat global."Pendekatan yang menggabungkan tindakan fizikal melalui pelepasan kontena Al-Quran dan kesinambungan digital melalui GWAQ selari hasrat memperkukuh tadbir urus wakaf yang mampan, terangkum dan berimpak," kata Zulkifli.

Malaysia Cadang Garis Panduan Bersama Pembiayaan Pihak Ketiga di Peringkat Komanwel

Malaysia Cadang Garis Panduan Bersama Pembiayaan Pihak Ketiga di Peringkat Komanwel

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Malaysia mencadangkan agar Sekretariat Komanwel menjalankan pemetaan amalan sedia ada serta membangunkan cadangan garis panduan bersama bagi memastikan pembiayaan pihak ketiga (Third Party Funding) dilaksanakan secara telus, bertanggungjawab dan berintegriti merentasi negara-negara Komanwel. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu penting bagi memastikan mekanisme pembiayaan [...]

Bekas juara dunia kembali gegar trek

Bekas juara dunia kembali gegar trek

SEPANG – Pelumba sensasi Aprilia, Jorge Martin sedia kembali ke litar apabila bakal menyertai ujian pramusim terakhir MotoGP di Litar Antarabangsa Thailand, Buriram pada 21 dan 22 Februari ini. Khabar gembira itu hadir selepas Aprilia mengesahkan proses pemulihan Martin berjalan lancar hasil pemeriksaan perubatan terbaharu di Sepanyol. Martin sebelum ini melalui musim sulung yang dianggap ... Read more The post Bekas juara dunia kembali gegar trek appeared first on Kosmo Digital .

Tiada hubungan peribadi, saya tidak berminat untuk layan gosip murahan ini – Zara Zya

Tiada hubungan peribadi, saya tidak berminat untuk layan gosip murahan ini – Zara Zya

PETALING JAYA: “Maaf, ini sudah melampau. Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan individu yang digosipkan.” Demikian respons pelakon, Zara Zya tegas menafikan dakwaan dirinya sedang menjalin hubungan cinta bersama usahawan, Datuk Seri Khazrul Elzey. Kata Zara, mereka hanyalah kenalan biasa bahkan, dirinya tidak bertanggungjawab sekiranya usahawan berkenaan sekiranya dia memiliki perasaan terhadapnya. “Hubungan kami hanyalah ... Read more The post Tiada hubungan peribadi, saya tidak berminat untuk layan gosip murahan ini – Zara Zya appeared first on Utusan Malaysia .

Lelaki maut dengan 29 kesan tikaman di leher, dipercayai dibunuh

Lelaki maut dengan 29 kesan tikaman di leher, dipercayai dibunuh

PORT DICKSON - Seorang lelaki ditemukan dengan kesan 29 tikaman pada bahagian leher dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah bilik rumah kedai berdekatan Jalan Besar Bukit Pelandok di sini, Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Maslan Udin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 9.45 malam pada Isnin."Mangsa yang merupakan warga Myanmar berusia 26 tahun yang lengkap berpakaian telah dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan kesan tikaman pada bahagian leher."Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa bersama suspek yang juga rakan senegaranya sedang minum minuman keras di dalam bilik," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, suspek berusia 21 tahun dikatakan telah melakukan perbuatan tersebut kerana dalam pengaruh alkohol, namun motif kejadian masih dalam siasatan.Jelasnya, kedua-dua mereka bekerja sebagai tukang panggang khinzir dan merupakan kenalan di tempat kerja."Hasil proses bedah siasat selama lebih lima jam terhadap mangsa yang dijalankan pada Selasa mendapati, punca kematiannya disebabkan luka tikaman berganda di leher sebanyak 29 tikaman."Suspek kini telah direman selama tujuh hari selepas ditahan di kawasan Bukit Pelandok di sini Isnin lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Samsung Confirms 26 February Unpacked Event For Galaxy S26 Series

Samsung Confirms 26 February Unpacked Event For Galaxy S26 Series

After months of rumours, Samsung has finally confirmed the date for its first Galaxy Unpacked of the year. And perhaps to no one’s surprise, it is just as the leaks have claimed. The event, which will mark the official debut of the Galaxy S26 lineup, is set to take place on 26 February 2026 at […] The post Samsung Confirms 26 February Unpacked Event For Galaxy S26 Series appeared first on Lowyat.NET .

Amanah bukan parti gila kuasa - Khalid

Amanah bukan parti gila kuasa - Khalid

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad menafikan partinya gila kuasa apabila meminta Barisan Nasional (BN) bersikap terbuka bagi pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.Sebaliknya Khalid menjelaskan, partinya berpegang kepada prinsip muafakat dalam berkerjasama dan bergabung bukan seperti didakwa Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman.Menurutnya, bukti paling jelas apabila Amanah menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi membolehkan kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya yang lalu."Jika Amanah sebuah parti yang gila kuasa, itu tidak akan dilakukan.Yang gila kuasa adalah yang tidak sanggup berunding dan berbincang demi menjamin kemantapan gabungan dan itu bukanlah pihak kami."Amanah menghayati konsep Kerajaan Perpaduan, dimana bergabung dan berkongsi kuasa diutamakan demi kepentingan Negara."Mementingkan parti sendiri mengaburkan pandangan dan pertimbangan dan ia bukan cara kami. Kongsi kuasa dalam bergabung adalah pilihan yang jelas lebih baik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Abdul Halim sebelum ini mendakwa tindakan Amanah yang terus menuntut pembahagian kawasan dalam PRN Johor dan Melaka disifatkan sebagai gilakan kerusi dan kuasa.Menurutnya, tindakan Amanah yang terus menerus membangkitkan perkara tersebut jelas memperlihatkan fokus dan agenda sebenar mereka bukan khidmat kepada rakyat, tetapi obsesi terhadap kuasa dan kerusi.Abdul Halim mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada Khalid yang sebelum ini meminta supaya BN bersikap lebih terbuka dengan bersedia berunding dan melepaskan kerusi disandang pada PRN Melaka dan Johor.Sementara itu, Khalid turut menggesa supaya semua parti dalam Kerajaan Madani memperkukuhkan kesepakatan dan kemantapan kerjasama melalui rundingan dan perbincangan. Semua pihak ada kekuatan dan semua pihak harus dihargai"Sebagai orang Islam pula, kita wajib berpegang keapada ayat ALLAH surah Al- Imran 159 yang bermaksud:"dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (pemerintahan) dan kemudian setelah engkau berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH..""Adalah diharap semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan berpegang kepada pepatah Melayu dan ayat ALLAH ini di mana kepentingan semua pihak diambil berat dan bukan kepentingan satu pihak semata-mata.

Peningkatan CPI cermin usaha kerajaan perangi rasuah -Anwar

Peningkatan CPI cermin usaha kerajaan perangi rasuah -Anwar

PETALING JAYA: Peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) global mencerminkan usaha Kerajaan Madani dalam memerangi rasuah secara sistemik serta membetulkan kelemahan dalam struktur tadbir urus negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan kedudukan Malaysia daripada tangga ke-57 pada 2024 kepada tangga ke-54 pada 2025 didorong tindakan penguatkuasaan tegas oleh Suruhanjaya Pencegahan ... Read more The post Peningkatan CPI cermin usaha kerajaan perangi rasuah -Anwar appeared first on Utusan Malaysia .