Pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP dikesan

Pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP dikesan

SUBANG JAYA – Polis kini mengesan seorang pemandu Perodua Axia dipercayai terlibat dalam insiden membaling kon di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) selepas video kejadian itu tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Polis Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan dibuat oleh seorang anggota polis pada pukul 1.37 awal pagi Isnin. ... Read more The post Pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP dikesan appeared first on Kosmo Digital .

Toyota Announces 2026 Corolla Cross HEV GR Sport; Priced In Malaysia From RM148,800

Toyota Announces 2026 Corolla Cross HEV GR Sport; Priced In Malaysia From RM148,800

UMW Toyota has announced the 2026 refresh of the Corolla Cross HEV GR Sport, slightly over a year since the 2025 model. With only a year between them, there’s a lot in the new model that will be familiar to those who are, well, familiar with the previous model. To start, the 2026 Toyota Corolla […] The post Toyota Announces 2026 Corolla Cross HEV GR Sport; Priced In Malaysia From RM148,800 appeared first on Lowyat.NET .

Padah buat aksi 'wheelie', seret kepala atas jalan

Padah buat aksi 'wheelie', seret kepala atas jalan

KUALA LUMPUR – Tindakan dua remaja lelaki melakukan aksi 'wheelie' dan menyeretkan kepala di atas jalan raya sehingga tular di media sosial mengundang padah apabila mereka ditahan pada Isnin.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 14 saat di media sosial yang memaparkan aksi berbahaya oleh dua remaja ketika menaiki sebuah motosikal."Video terbabit menunjukkan penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC Fi berwarna hitam melakukan aksi mengangkat roda hadapan."Pada masa yang sama, pembonceng turut melakukan aksi berbahaya dengan menyeretkan kepala di atas jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Zamzuri berkata, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak pada 30 Januari lalu antara jam 3.30 pagi hingga 4 pagi."Video berkenaan mendapat perhatian ramai dengan lebih 1,500 tanda suka dan puluhan komen di Facebook," katanya.Menurutnya, bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota daripada Unit Risikan/Operasi JSPT Kuala Lumpur menjalankan siasatan serta risikan sebelum berjaya mengesan dan menahan dua remaja terbabit bersama motosikal."Tangkapan dilakukan di kediaman berasingan di sekitar Sungai Buloh, Selangor pada jam 2 pagi dan 2.30 pagi tadi."Tangkapan membabitkan seorang lelaki berusia 18 tahun (penunggang) dan seorang lagi berusia 15 tahun (pembonceng). Turut dirampas sebuah motosikal yang digunakan semasa kejadian," katanya.Mohd Zamzuri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya."Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Edar 114 gram methamphetamine, lelaki berdepan hukuman mati

Edar 114 gram methamphetamine, lelaki berdepan hukuman mati

IPOH - Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya minggu lalu.Tertuduh, Ong Gim Seong, 38, didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 114 gram.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Tawas Idaman 13, Taman Tawas Idaman di sini, dalam daerah Kinta, kira-kira jam 3.55 petang pada 4 Februari 2026.Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup, dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 kali.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret S Punitha, memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia sementara tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

[VIDEO] Edar 114 gram methamphetamine, lelaki berdepan hukuman mati

Hanya 10 peratus orang bekerja sendiri mencarum skim Lindung Kendiri

Hanya 10 peratus orang bekerja sendiri mencarum skim Lindung Kendiri

GEORGE TOWN: Hanya kira-kira 10 peratus atau 325,008 daripada 3.26 juta individu bekerja sendiri di Malaysia mempunyai caruman aktif di bawah Skim Lindung Kendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 23 Januari lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, situasi itu menuntut kerjasama rentas agensi bagi memastikan kelangsungan sosioekonomi ... Read more The post Hanya 10 peratus orang bekerja sendiri mencarum skim Lindung Kendiri appeared first on Utusan Malaysia .

Ketahanan Demokrasi: Azalina Bentang Kerangka Akauntabiliti Madani Di Fiji

Ketahanan Demokrasi: Azalina Bentang Kerangka Akauntabiliti Madani Di Fiji

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah membentangkan Kerangka Akauntabiliti Madani dalam melaksanakan konsep ‘Ketahanan Demokrasi’ di Fiji, Jepun pada Isnin. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia memaklumkan bahawa Konsep Ketahanan Demokrasi Pelan Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel (CLMM) memfokuskan tiga elemen [...]

Menteri Kesihatan perkenal dana bantuan kanser VALENS NCSM–Pharm-D Health Science sempena Hari Kanser Sedunia

Menteri Kesihatan perkenal dana bantuan kanser VALENS NCSM–Pharm-D Health Science sempena Hari Kanser Sedunia

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam memperkenalkan Dana Bantuan NCSM-PDHS VALENS, satu inisiatif sokongan pesakit kanser, bersempena Hari Kanser Sedunia 2026. Dana ini ditubuhkan melalui kerjasama antara National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan Pharm-D Health Science (PDHS).  Dana ini bertujuan untuk memperkukuh penjagaan kanser melalui peningkatan akses kepada sokongan produk pemakanan ... Read more The post Menteri Kesihatan perkenal dana bantuan kanser VALENS NCSM–Pharm-D Health Science sempena Hari Kanser Sedunia appeared first on Utusan Malaysia .