'Kami akan terus bersuara' - Nik Nazmi sokong Azam Baki digantung tugas

'Kami akan terus bersuara' - Nik Nazmi sokong Azam Baki digantung tugas

SHAH ALAM - Kerajaan yang lahir atas semangat reformasi tidak boleh sama sekali memperlekehkan atau memandang ringan desakan rakyat.Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, susulan itu beliau menyokong sepenuhnya jika Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki digantung tugas dan siasatan bebas serta telus disegerakan."Isu ini telah kita perjuangkan sejak Januari 2022. Mengapa prinsip dan sifat tegas yang sama tidak dizahirkan kali ini?"Kami akan terus bersuara, tanpa gentar dan kompromi kerana itulah amanah yang dipikul sebagai wakil rakyat dalam memastikan integriti institusi dipertahankan serta keadilan ditegakkan demi negara," ujarnya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil menggesa supaya Azam digantung tugas serta-merta.Tindakan itu bagi membolehkan satu siasatan bebas dan telus dimulakan segera susulan pendedahan laporan media antarabangsa Bloomberg.Jurucakap kumpulan itu yang diketuai Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa dalam agensi kerajaan adalah sangat serius dan mengingatkan rakyat kepada episod hitam skandal 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Razak hampir sedekad lalu.Dalam masa itu, media antarabangsa Bloomberg melaporkan, Azam didakwa memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.Ia sekali gus pendedahan awam pertama mengenai pegangan saham besar atas namanya sejak kontroversi beberapa tahun lalu berhubung pegangan sahamnya yang mencetuskan protes menuntut beliau meletakkan jawatan.

Rumah terbakar, kain batik RM2,700 tempahan pelanggan hangus

Rumah terbakar, kain batik RM2,700 tempahan pelanggan hangus

KOTA BHARU – Seorang pewarna batik terkilan apabila tidak sempat menyelamatkan kira-kira 30 pasang kain batik tempahan pelanggan bernilai RM2,700 selepas rumah pusaka keluarganya terbakar dalam kejadian di Kampung Pulau Kundur di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, Razita Omar, 48, dan keluarganya yang terdiri daripada suami dan tiga anak terselamat, ... Read more The post Rumah terbakar, kain batik RM2,700 tempahan pelanggan hangus appeared first on Kosmo Digital .

[VIDEO] MCMC kenal pasti lebih 50 akaun sebar kandungan CIB berunsur perkauman - Fahmi

[VIDEO] MCMC kenal pasti lebih 50 akaun sebar kandungan CIB berunsur perkauman - Fahmi

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti lebih 40 akaun Facebook dan hampir 10 akaun TikTok yang terlibat dalam penyebaran kandungan disyaki tingkah laku tidak tulen terselaras (CIB) berunsurkan perkauman dalam tempoh 24 jam.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, satu video bersama naratif sama telah disebarkan secara terselaras yang didakwa melibatkan insiden antara invididu berbangsa India dan Melayu."Didapati dalam tempoh 24 jam yang lepas satu berita telah ditularkan yang pada awalnya didakwa melibatkan seorang gangster India yang telah mencederakan tuan tanah Melayu, dan terdapat elemen serta bibit perkauman yang cuba diselitkan."Hampir semua daripada hantaran ini menggunakan video sama dengan ayat sama. Proses siasatan berkait sebaran maklumat ini sedang berjalan dan sebarang percubaan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman tidak akan diterima," katanya.Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata demikian pada sidang media pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Jumaat.Semalam, polis mengesahkan insiden dalam video tular memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar motosikal ditunggang seorang lelaki di Kampung Sungai Jernih, Kajang tidak melibatkan unsur gangsterisme atau isu perkauman.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan isu tanah serta laluan lori di kawasan berkenaan.Terdahulu, tular video berdurasi 16 saat memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar sebuah motosikal serta terdapat gambar dengan kapsyen mendakwa menerima ugutan.Sementara itu dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, MCMC telah mengenal pasti 19 akaun dipercayai palsu yang terlibat dalam aktiviti CIB dengan menyebarkan maklumat atau komen tidak sepatutnya sewaktu siaran langsung Parlimen."Daripada 19 akaun itu, dua telah disahkan sebagai akaun palsu dan siasatan sedang berjalan untuk 17 akaun berbaki," katanya merujuk kepada laporan sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan pada 8 Feb lepas.Akhbar tersebut melaporkan siaran langsung Parlimen telah menjadi medan penyebaran mesej berunsur kebencian dan maklumat tidak benar dan menggesa tindakan proaktif bagi menangani perkara itu. - Bernama

MCMC kenal pasti lebih 50 akaun sebar kandungan CIB berunsur perkauman - Fahmi

‘Tiada keperluan Azam Baki direhatkan, biar jawatankuasa siasat’

‘Tiada keperluan Azam Baki direhatkan, biar jawatankuasa siasat’

SHAH ALAM – Tiada keperluan segera bagi merehatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebaliknya menyerahkan kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk melakukan siasatan terlebih dahulu. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan proses siasatan dijalankan secara telus dan adil. “Sekarang biar Jawatankuasa Khas itu ... Read more The post ‘Tiada keperluan Azam Baki direhatkan, biar jawatankuasa siasat’ appeared first on Kosmo Digital .

Wanita sarat hamil mati dibunuh suami mental

Wanita sarat hamil mati dibunuh suami mental

KOTA TINGGI: Seorang wanita warga Rohingya yang sarat hamil maut dipercayai dibunuh suaminya sendiri menggunakan batu lesung dalam satu kejadian di Kampung Makam di sini hari ini. Mangsa yang berusia 34 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa pada pukul 7 pagi di rumah sewa miliknya bersama suami yang juga merupakan warga Rohingya berusia 35 ... Read more The post Wanita sarat hamil mati dibunuh suami mental appeared first on Utusan Malaysia .

‘Kawan kata macam ada kepala bayi dalam beg’

‘Kawan kata macam ada kepala bayi dalam beg’

MELAKA – “Memang biasa orang tinggalkan pakaian tetapi bila kawan saya kata nampak macam kepala saya pun cuba raba dan ia memang kepala bayi,”. Itu kongsi seorang pekerja pembersihan, Baharudin Bacik, 57, yang menemui mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat dibalut kain telekung di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini, ... Read more The post ‘Kawan kata macam ada kepala bayi dalam beg’ appeared first on Kosmo Digital .

Islam bukan bersifat teokratik tetapi prinsip keadilan - WADAH

Islam bukan bersifat teokratik tetapi prinsip keadilan - WADAH

KOTA KINABALU – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Sabah menegaskan bahawa kedudukan Islam dalam sistem perlembagaan negara bukan bersifat teokratik, sebaliknya berteraskan prinsip keadilan, maslahat dan kestabilan sosial.Pengerusi WADAH Sabah, Abdul Manap Mahmud berkata, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan, namun pada masa sama agama-agama lain bebas diamalkan secara aman dan damai.Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan Malaysia melalui beberapa keputusan terdahulu turut menegaskan bahawa peruntukan berkenaan mempunyai implikasi undang-undang dan bukan sekadar simbolik."Beberapa negeri di Malaysia menetapkan Islam sebagai agama negeri tanpa menafikan kebebasan beragama dalam kalangan masyarakat bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik Warisan, Christopher Masudal yang mahu kerajaan Sabah mengembalikan kebebasan beragama dengan membetulkan pindaan perlembagaan 1973 untuk melindungi penduduk asli Sabah.Chistopher dilaporkan berkata, perkembangan politik dan dasar baru-baru ini di Tanah Melayu memerlukan perbincangan segera di Sabah untuk mengembalikan kebebasan beragama sepenuhnya di negeri ini.Sementara itu, Abdul Manap berkata, dari sudut perundangan Islam, penetapan Islam sebagai agama negeri tidak bermaksud pemaksaan agama, sebaliknya menyediakan asas kepada pentadbiran hal ehwal Islam seperti pengurusan zakat, wakaf, urusan nikah cerai dan pendidikan Islam, selaras dengan kepentingan agama serta kesejahteraan masyarakat.Katanya, masyarakat majmuk bukan sesuatu yang asing dalam tradisi tamadun Islam kerana sejarah menunjukkan bahawa Piagam Madinah mengiktiraf dan menjamin hak komuniti bukan Islam, termasuk kebebasan mengamalkan agama serta sistem peribadi masing-masing.Selain itu, katanya, konsep Ahl al-Dhimmah dalam sejarah Islam turut memberi perlindungan kepada masyarakat minoriti."Dalam konteks Malaysia masa kini, WADAH Sabah menegaskan bahawa kebebasan beragama terus dijamin oleh perlembagaan, mahkamah sivil kekal mempunyai bidang kuasa dalam perkara melibatkan bukan Islam, manakala Mahkamah Syariah hanya terpakai kepada orang Islam."Justeru, penetapan Islam sebagai agama negeri tidak menafikan sifat majmuk dan pluralistik masyarakat," katanya.Menurut beliau lagi, kerangka Maqasid Syariah yang menekankan pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta wajar menjadi asas dalam menilai sebarang isu berkaitan agama negeri."Sehubungan itu, setiap pelaksanaan dasar perlu dilihat dari sudut keupayaannya meningkatkan keadilan, mengurangkan konflik dan memelihara keharmonian sosial," katanya.Beliau berkata, WADAH Sabah berpandangan bahawa jika sesuatu undang-undang menimbulkan ketidakpastian identiti atau kesulitan pentadbiran yang membebankan rakyat, pendekatan pembaharuan dan penambahbaikan adalah selari dengan prinsip maqasid."Namun, pembaharuan tersebut tidak semestinya menolak kedudukan Islam, sebaliknya boleh melibatkan penjelasan prosedur perundangan, penyelarasan bidang kuasa serta penambahbaikan mekanisme semakan kehakiman," katanya.Kenyataan itu turut menegaskan bahawa Islam tidak mengiktiraf paksaan dalam agama, justeru sebarang pentadbiran Islam yang sah perlu berasaskan pilihan individu, tidak menindas komuniti lain serta tertakluk kepada proses semakan kehakiman.Dalam masa sama, WADAH Sabah mencadangkan pendekatan progresif dan jalan tengah bagi menangani isu berkenaan, termasuk menegaskan komitmen terhadap kebebasan beragama dalam perlembagaan negeri, memperkukuh pemisahan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, mewujudkan mekanisme perundingan antara agama serta menjamin tiada implikasi automatik terhadap status agama tanpa proses kehakiman yang adil.Menurut Abdul Manap, langkah berkenaan selari dengan prinsip keadilan, kasih sayang dan kebijaksanaan yang menjadi teras ajaran Islam.Sehubungan itu, tegasnya, penetapan Islam sebagai agama negeri tidak semestinya bercanggah dengan prinsip pluralisme, sebaliknya isu sebenar terletak pada aspek pelaksanaan dan pentadbiran, manakala pembaharuan boleh dilakukan tanpa menafikan kedudukan Islam."WADAH Sabah turut menekankan bahawa dialog serta kefahaman terhadap konteks sejarah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilihat sebagai usaha memperkemaskan kerangka perlembagaan, bukannya mencetuskan konflik agama," katanya.

50 akaun media sosial disyaki sebar kandungan perkauman

50 akaun media sosial disyaki sebar kandungan perkauman

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti lebih 40 akaun Facebook dan hampir 10 akaun di TikTok yang disyaki terlibat dalam menyebarkan kandungan tingkah laku tidak tulen terselaras (coordinated inauthentic behaviour) dalam tempoh 24 jam lalu. Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, MCMC mengesan sebuah video bersama naratif sama telah disebarkan secara ... Read more The post 50 akaun media sosial disyaki sebar kandungan perkauman appeared first on Kosmo Digital .