21 Orang Asli disyaki ceroboh tanah Sultan Pahang direman

21 Orang Asli disyaki ceroboh tanah Sultan Pahang direman

PEKAN – Seramai 21 Orang Asli direman kerana disyaki menceroboh serta melakukan kerosakan di ladang milik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Rompin.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, perintah reman terhadap kesemua individu berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Melody Wong Sze Woon selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Menurutnya, mahkamah membenarkan perintah reman selama satu hari terhadap 17 wanita Orang Asli dan kesemua mereka akan dibebaskan hari ini selepas proses dokumentasi selesai."Empat lelaki lain daripada komuniti itu pula dibenarkan direman selama dua hari sehingga Rabu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau memaklumkan, kesemua suspek dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pencerobohan tersebut.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penahanan dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada wakil syarikat yang dilantik untuk mengusahakan kawasan berkenaan, dengan siasatan awal mendapati kawasan ladang kelapa sawit itu diceroboh tanpa kebenaran.

Kekasih ‘online’ isteri obses, ancam bunuh

Kekasih ‘online’ isteri obses, ancam bunuh

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand mengalami mimpi ngeri apabila kekasih yang dikenali melalui permainan dalam talian, berulang kali mengancam untuk membunuh dia dan ahli keluarganya, lapor portal berita Thaiger.  Perkara tersebut dikongsi dalam rancangan bual bicara, Hong Krasae selepas wanita itu dibelenggu ketakutan selama lebih satu tahun.  Wanita itu berkata, dia mula bermain permainan ... Read more The post Kekasih ‘online’ isteri obses, ancam bunuh appeared first on Kosmo Digital .

Indonesia sedia hantar 8,000 anggota pengaman ke Gaza

Indonesia sedia hantar 8,000 anggota pengaman ke Gaza

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedang membuat persiapan awal bagi menghantar sehingga 8,000 anggota tentera ke Gaza sebagai pasukan pengaman antarabangsa. Ia merupakan langkah yang mencerminkan komitmen Presiden, Prabowo Subianto untuk memperkukuh peranan Indonesia dalam keselamatan sejagat dan usaha pembinaan keamanan pasca konflik. Ketua Staf Angkatan Darat, Jeneral Maruli Simanjuntak berkata, rancangan itu masih di ... Read more The post Indonesia sedia hantar 8,000 anggota pengaman ke Gaza appeared first on Utusan Malaysia .