2 lelaki melecur ketika padam kebakaran bot

2 lelaki melecur ketika padam kebakaran bot

GEORGE TOWN – Dua lelaki dilaporkan mengalami kecederaan melecur dalam kebakaran melibatkan sebuah bot yang sedang diselenggara di Jalan Pasir Belanda, Teluk Kumbar di sini, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 12.58 tengah ... Read more The post 2 lelaki melecur ketika padam kebakaran bot appeared first on Kosmo Digital .

Amaran hujan berterusan di empat negeri sehingga Isnin ini

Amaran hujan berterusan di empat negeri sehingga Isnin ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di empat negeri sehingga Isnin ini. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan tahap buruk dijangka landa Pahang dan Johor. Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan Mersing.Amaran hujan lebat tahap waspada turut dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran serta Bera) dan Johor (Segamat, Kluang serta Kota Tinggi).Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pula dijangka berlaku di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan setakat 6 petang ini.Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Batang Padang di Perak serta Tanah Tinggi Cameron dan Lipis di Pahang selain Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Batu Pahat dan Pontian).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, selain Labuan. - Bernama

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan Mersing.Amaran hujan lebat tahap waspada turut dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran serta Bera) dan Johor (Segamat, Kluang serta Kota Tinggi).Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pula dijangka berlaku di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan setakat 6 petang ini.Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Batang Padang di Perak serta Tanah Tinggi Cameron dan Lipis di Pahang selain Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Batu Pahat dan Pontian).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, selain Labuan. - Bernama

21 laluan penerbangan baharu hingga Januari depan bagi persediaan VM2026

21 laluan penerbangan baharu hingga Januari depan bagi persediaan VM2026

PETALING JAYA: Sebanyak 21 laluan penerbangan antarabangsa baharu ke Malaysia bermula bulan ini hingga pertengahan Januari tahun depan sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, penambahan tersebut melibatkan 16 penerbangan berjadual dan lima penerbangan sewaan. Katanya, kesemua laluan itu dikendalikan oleh 10 syarikat ... Read more The post 21 laluan penerbangan baharu hingga Januari depan bagi persediaan VM2026 appeared first on Utusan Malaysia .

Kes rasuah, pecah amanah libatkan anggota ATM sejak 2017

Kes rasuah, pecah amanah libatkan anggota ATM sejak 2017

SHAH ALAM – Isu integriti dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi perhatian apabila beberapa kes melibatkan anggota dan pegawai pasukan keselamatan itu yang didakwa terbabit dalam rasuah, pecah amanah serta tuntutan palsu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Walaupun ATM kekal sebagai institusi pertahanan negara yang memainkan peranan penting menjaga kedaulatan dan keselamatan Malaysia, pendedahan kes-kes terpencil ini mencetuskan kebimbangan terhadap tahap ketelusan serta pematuhan prosedur dalam pengurusan kewangan dan perolehan.Sebahagian besar kes yang pernah dilaporkan berkait rapat dengan urusan perolehan, tuntutan kewangan tidak sah, penggunaan dokumen palsu serta penerimaan suapan melibatkan kontraktor dan pihak berkepentingan tertentu.Tindakan penguatkuasaan terhadap kes-kes berkenaan melibatkan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penahanan, pendakwaan di mahkamah serta hukuman denda dan penjara, selain terdapat kes yang berakhir dengan pembebasan tertuduh selepas melalui proses perbicaraan.Berikut ialah kronologi kes melibatkan anggota dan pegawai ATM yang pernah dilaporkan.21 Ogos 2025Seorang veteran ATM didenda RM48,000 oleh mahkamah selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan elaun melibatkan aktiviti latihan ketenteraan.21 Januari 2025Dua anggota tentera berpangkat koperal dan sarjan direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu melebihi RM25,000 yang didakwa berlaku di sebuah kem tentera di Johor.13 Februari 2024Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama seorang pemilik syarikat ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam kartel perolehan projek di sebuah kem TLDM, termasuk penggunaan dokumen palsu dan tuntutan tidak sah.22 September 2021Seorang pegawai ATM berpangkat Leftenan Kolonel didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan dan projek di sebuah kem tentera.16 Ogos 2022Seorang pegawai kanan TLDM direman bagi membantu siasatan kes pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan urusan kewangan semasa tempoh perkhidmatannya.23 November 2020Seorang pegawai kanan tentera bersama seorang pesara di sebuah akademi latihan ketenteraan didakwa atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana berjumlah kira-kira RM920,000.19 September 2020Dua individu termasuk seorang bekas pegawai kanan ATM bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu melibatkan projek naik taraf jalan raya pedalaman di Sarawak.26 Februari 2020Seorang bekas pegawai tentera didakwa menerima rasuah berjumlah RM10,000 membabitkan beberapa transaksi suapan berkaitan tugas rasmi.15 Januari 2020Seorang bekas pegawai TLDM didakwa menipu berkaitan kontrak pembekalan 80 unit telefon pintar bernilai RM236,000 untuk kegunaan sebuah unit tentera laut.8 Februari 2019Seorang pegawai TLDM berpangkat Leftenan ditahan kerana disyaki bersubahat mengemukakan invois dan butiran palsu bagi tuntutan sewaan bas serta perkhidmatan katering sempena latihan menembak.25 Januari 2019Seorang anggota TLDM direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan aktiviti rasmi pasukan.22 Mei 2017Dua bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa menerima rasuah berjumlah RM600,000 berkaitan urusan bayaran tertunggak kontrak, sebelum dilaporkan dibebaskan oleh mahkamah pada tahun 2019.

Nigeria umum ‘lebih banyak serangan’ dirancang bersama AS banteras IS

Nigeria umum ‘lebih banyak serangan’ dirancang bersama AS banteras IS

LAGOS: Nigeria pada Jumaat memberi isyarat lebih banyak serangan susulan terhadap kumpulan militan mungkin dilakukan selepas serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS) Negara Afrika Barat itu berdepan pelbagai krisis keselamatan di bahagian utara, termasuk pemberontakan oleh kumpulan jihad di timur laut sejak 2009 dan serangan rompakan serta penculikan oleh kumpulan bersenjata di barat laut. Serangan ... Read more The post Nigeria umum ‘lebih banyak serangan’ dirancang bersama AS banteras IS appeared first on Utusan Malaysia .

Jangan pakaikan anak lelaki baju perempuan demi ‘content’– PHM

Jangan pakaikan anak lelaki baju perempuan demi ‘content’– PHM

PETALING JAYA – Segelintir ibu bapa yang taksub dengan jumlah tontonan, sanggup memakaikan anak lelaki dengan pakaian perempuan semata-mata untuk menghasilkan kandungan di media sosial. Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu hantaran di media sosial berkata, perbuatan tersebut boleh memberi kesan psikologi jangka panjang kepada kanak-kanak, terutamanya ketika emosi mereka sedang berkembang. “Kepada ibu bapa, ... Read more The post Jangan pakaikan anak lelaki baju perempuan demi ‘content’– PHM appeared first on Kosmo Digital .