[VIDEO] KPM perkenal kurikulum baharu persekolahan tahun hadapan

[VIDEO] KPM perkenal kurikulum baharu persekolahan tahun hadapan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kurikulum persekolahan baharu secara berperingkat bermula tahun hadapan bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal dinamik dan memenuhi keperluan masa hadapan.Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, fasa pengenalan kurikulum baharu itu melibatkan murid Tahun dan Tingkatan Satu pada 2027 sebelum diperluas kepada Tahun dan Tingkatan Dua pada 2028."Sesuatu kurikulum itu akan digunakan untuk suatu tempoh masa dan apabila sampai pada tempohnya, maka kita akan memperkenalkan kurikulum bagi persekolahan baharu."Semakan kurikulum akan diadakan jika ada keperluan. Maka untuk subjek atau mata pelajaran tertentu, semakan dari segi kurikulum boleh dilakukan dari semasa ke semasa," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.Kah Woh berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai formula kementerian dalam melaksanakan semakan kurikulum serta tempoh masa penggunaan sesebuah buku teks sekolah.Terdahulu, menjawab soalan asal Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat), Kah Woh berkata, kementerian telah mengintegrasikan elemen pendidikan kenegaraan dan politik dalam mata pelajaran Sejarah serta Pendidikan Sivik bagi memberi pendedahan awal konsep demokrasi.Beliau berkata, pengukuhan literasi politik turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Akademi Pilihan Raya (APR) bagi memberi pengalaman pembelajaran autentik kepada murid mengenai proses pengundian dan tanggungjawab sebagai pemilih.Selain itu, Kah Woh berkata, bermula tahun ini, KPM turut melaksanakan Program Pembentukan Karakter Generasi Madani yang menumpukan empat komponen utama termasuk pengukuhan nilai patriotisme dan pembinaan jati diri positif dalam kalangan murid.Mohd Sany ingin tahu dasar dan tindakan kerajaan dalam memberi pendidikan kenegaraan dan politik pada peringkat sekolah menengah sebagai pendedahan awal dan kefahaman mengenai konsep politik sebenar sebelum dipengaruhi dengan idea politik kepartian. - Bernama

Manjung dipilih projek perintis pajakan pelantar ikan di tanah rizab sehingga 30 tahun

Manjung dipilih projek perintis pajakan pelantar ikan di tanah rizab sehingga 30 tahun

PANTAI REMIS – Manjung menjadi daerah pertama di Perak bagi pelaksanaan projek perintis yang membenarkan pajakan sehingga 30 tahun bagi pelantar ikan di atas tanah rizab kerajaan. Perkara tersebut dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Wong May Ing; ADUN Pengkalan Baharu, Azman Noh dan ADUN Astaka, Jason Ng Thien Yong dalam satu sidang ... Read more The post Manjung dipilih projek perintis pajakan pelantar ikan di tanah rizab sehingga 30 tahun appeared first on Kosmo Digital .

Remaja 15 tahun mengaku rogol rakan perempuan

Remaja 15 tahun mengaku rogol rakan perempuan

BATU GAJAH - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Khas Kanak-kanak di sini pada Rabu atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 15 tahun didakwa merogol mangsa di Taman Tuntung, Bota dalam daerah Perak Tengah jam 12 tengah hari pada 24 Disember 2025.Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Ameerul Nazhif Wan Zulfikri manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Canice Chan.Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1,400 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.Tarikh 11 Mac depan ditetapkan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak.

Bersatu Johor nafi dakwaan 14 ketua bahagian hilang kepercayaan terhadap Presiden

Bersatu Johor nafi dakwaan 14 ketua bahagian hilang kepercayaan terhadap Presiden

JOHOR BAHRU: Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor menafikan dakwaan kononnya sebahagian Ketua Bahagian di negeri ini hilang keyakinan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam. Ketua BPN Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, kenyataan berkenaan adalah tidak benar, mengelirukan serta tidak mendapat mandat daripada BPN Johor mahupun majoriti ... Read more The post Bersatu Johor nafi dakwaan 14 ketua bahagian hilang kepercayaan terhadap Presiden appeared first on Utusan Malaysia .

Lelaki ditemukan mati di tebing kolam ikan

Lelaki ditemukan mati di tebing kolam ikan

LARUT: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh di tebing kolam ikan miliknya di Batu 20, Kampung Sungai Nangka Jelai di sini semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.02 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ... Read more The post Lelaki ditemukan mati di tebing kolam ikan appeared first on Utusan Malaysia .

90 peratus rakyat guna BUDI95 kurang 200 liter sebulan - Anwar

90 peratus rakyat guna BUDI95 kurang 200 liter sebulan - Anwar

KUALA LUMPUR - Kira-kira 90 peratus rakyat di negara ini didapati menggunakan kurang daripada dua pertiga kuota 300 liter sebulan di bawah subsidi petrol RON95 Budi Madani (BUDI95).Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, data menunjukkan penggunaan subsidi berkenaan sekitar 100 liter sebulan sejak ia dilaksanakan pada September lalu."Budi95 merekodkan purata sehingga 3.1 juta transaksi sehari, atau sehingga 96 juta transaksi sebulan, bukti bahawa urusan membeli RON95 bersubsidi kekal lancar."Had 300 liter sebulan untuk RON95 bersubsidi juga dilihat mencukupi untuk kegunaan biasa berdasarkan data penggunaan yang menunjukkan purata kegunaan sekitar 100 liter sebulan dan 90 peratus pengguna tidak menggunapun lebih daripada 200 liter sebulan," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang memintanya menyatakan jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan Budi95 sepanjang tahun 2025 dan unjuran penjimatan bagi tahun 2026.Di bawah program Budi95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, di bawah pentadbiran Madani, kerajaan memilih untuk akur kepada realiti dan berani menyasarkan subsidi di setiap peringlat secara berfasa tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.Setelah kejayaan penyasaran subsidi elektrik dan diesel tanpa membebankan rakyat katanya, penyasaran subsidi petrol RON95 akhirnya dilaksanakan."Kerajaan tidak menerima saranan Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi untuk mengapungkan harga yang disusuli bantuan tunai hanya kepada rakyat miskin."Pendekatan berteraskan teori ekonomi konvensional tidak mengambil kira realiti cabaran sara hidup dihadapi tidah hanya rakyat miskin, malah golongan pertengahan. Sekiranya dituruti saranan Bank Dunia, kadar inflasi melonjak naik dan menambah beban sara hidup rakyat," ujarnya.

[VIDEO] 90 peratus rakyat guna BUDI95 kurang 200 liter sebulan - Anwar

[VIDEO] 90 peratus rakyat guna BUDI95 kurang 200 liter sebulan - Anwar

KUALA LUMPUR - Kira-kira 90 peratus rakyat di negara ini didapati menggunakan kurang daripada dua pertiga kuota 300 liter sebulan di bawah subsidi petrol RON95 Budi Madani (BUDI95).Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, data menunjukkan penggunaan subsidi berkenaan sekitar 100 liter sebulan sejak ia dilaksanakan pada September lalu."BUDI95 merekodkan purata sehingga 3.1 juta transaksi sehari, atau sehingga 96 juta transaksi sebulan, bukti bahawa urusan membeli RON95 bersubsidi kekal lancar."Had 300 liter sebulan untuk RON95 bersubsidi juga dilihat mencukupi untuk kegunaan biasa berdasarkan data penggunaan yang menunjukkan purata kegunaan sekitar 100 liter sebulan dan 90 peratus pengguna tidak menggunapun lebih daripada 200 liter sebulan," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang memintanya menyatakan jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan BUDI95 sepanjang tahun 2025 dan unjuran penjimatan bagi tahun 2026.Di bawah program Budi95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, di bawah pentadbiran Madani, kerajaan memilih untuk akur kepada realiti dan berani menyasarkan subsidi di setiap peringlat secara berfasa tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.Setelah kejayaan penyasaran subsidi elektrik dan diesel tanpa membebankan rakyat katanya, penyasaran subsidi petrol RON95 akhirnya dilaksanakan."Kerajaan tidak menerima saranan Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi untuk mengapungkan harga yang disusuli bantuan tunai hanya kepada rakyat miskin."Pendekatan berteraskan teori ekonomi konvensional tidak mengambil kira realiti cabaran sara hidup dihadapi tidah hanya rakyat miskin, malah golongan pertengahan. Sekiranya dituruti saranan Bank Dunia, kadar inflasi melonjak naik dan menambah beban sara hidup rakyat," ujarnya.

Lelaki warga asing ditahan curi bateri kereta

Lelaki warga asing ditahan curi bateri kereta

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas dipercayai aktif terlibat dalam kegiatan curi bateri kereta di sekitar kawasan Dato Senu, Sentul, di sini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima sebanyak 17 laporan polis sejak Oktober tahun lalu membabitkan kes curi bateri kenderaan di kawasan berkenaan melibatkan ... Read more The post Lelaki warga asing ditahan curi bateri kereta appeared first on Kosmo Digital .