Tiga ADUN Perlis hilang keahlian Pas serta-merta

Tiga ADUN Perlis hilang keahlian Pas serta-merta

KANGAR – Pas membuat ketetapan bahawa keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis sebagai ahli parti itu terhenti berkuat kuasa serta-merta. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada hari ini. “Ketetapan dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas ... Read more The post Tiga ADUN Perlis hilang keahlian Pas serta-merta appeared first on Kosmo Digital .

Keahlian tiga ADUN Pas Perlis terhenti serta-merta - Abdul Hadi

Keahlian tiga ADUN Pas Perlis terhenti serta-merta - Abdul Hadi

KANGAR – Pas memutuskan keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) yang didakwa menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, pada Rabu.Menurut beliau, mesyuarat berkenaan telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta merta. AKAN MENYUSUL

Piala EFL: Arrizabalaga tidak sabar bertemu Chelsea

Piala EFL: Arrizabalaga tidak sabar bertemu Chelsea

LONDON – Penjaga gol Arsenal, Kepa Arrizabalaga mengakui tidak sabar untuk menentang bekas kelabnya, Chelsea pada separuh akhir bulan depan dalam misi membawa The Gunners ke pentas final Piala Liga Inggeris (EFL) musim ini. Arrizabalaga menjadi wira buat Arsenal selepas membantu pasukan menang aksi suku akhir Piala EFL dengan menyingkirkan Crystal Palace menerusi penentuan sepakan ... Read more The post Piala EFL: Arrizabalaga tidak sabar bertemu Chelsea appeared first on Kosmo Digital .

TH nyahaktif akaun palsu di media sosial

TH nyahaktif akaun palsu di media sosial

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesan beberapa akaun palsu yang menggunakan nama syarikat itu di platform media sosial. Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, TH berkata, akaun-akaun tersebut turut dikenal pasti menyebarkan tawaran palsu dan berita tidak benar. “Sebagai langkah berjaga-jaga, TH telah membuat laporan rasmi bagi tujuan menyahaktifkan akaun-akaun tersebut,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE The post TH nyahaktif akaun palsu di media sosial appeared first on Kosmo Digital .