90 peratus rakyat guna BUDI95 kurang 200 liter sebulan - Anwar

90 peratus rakyat guna BUDI95 kurang 200 liter sebulan - Anwar

KUALA LUMPUR - Kira-kira 90 peratus rakyat di negara ini didapati menggunakan kurang daripada dua pertiga kuota 300 liter sebulan di bawah subsidi petrol RON95 Budi Madani (BUDI95).Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, data menunjukkan penggunaan subsidi berkenaan sekitar 100 liter sebulan sejak ia dilaksanakan pada September lalu."Budi95 merekodkan purata sehingga 3.1 juta transaksi sehari, atau sehingga 96 juta transaksi sebulan, bukti bahawa urusan membeli RON95 bersubsidi kekal lancar."Had 300 liter sebulan untuk RON95 bersubsidi juga dilihat mencukupi untuk kegunaan biasa berdasarkan data penggunaan yang menunjukkan purata kegunaan sekitar 100 liter sebulan dan 90 peratus pengguna tidak menggunapun lebih daripada 200 liter sebulan," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang memintanya menyatakan jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan Budi95 sepanjang tahun 2025 dan unjuran penjimatan bagi tahun 2026.Di bawah program Budi95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, di bawah pentadbiran Madani, kerajaan memilih untuk akur kepada realiti dan berani menyasarkan subsidi di setiap peringlat secara berfasa tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.Setelah kejayaan penyasaran subsidi elektrik dan diesel tanpa membebankan rakyat katanya, penyasaran subsidi petrol RON95 akhirnya dilaksanakan."Kerajaan tidak menerima saranan Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi untuk mengapungkan harga yang disusuli bantuan tunai hanya kepada rakyat miskin."Pendekatan berteraskan teori ekonomi konvensional tidak mengambil kira realiti cabaran sara hidup dihadapi tidah hanya rakyat miskin, malah golongan pertengahan. Sekiranya dituruti saranan Bank Dunia, kadar inflasi melonjak naik dan menambah beban sara hidup rakyat," ujarnya.

[VIDEO] 90 peratus rakyat guna BUDI95 kurang 200 liter sebulan - Anwar

[VIDEO] 90 peratus rakyat guna BUDI95 kurang 200 liter sebulan - Anwar

KUALA LUMPUR - Kira-kira 90 peratus rakyat di negara ini didapati menggunakan kurang daripada dua pertiga kuota 300 liter sebulan di bawah subsidi petrol RON95 Budi Madani (BUDI95).Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, data menunjukkan penggunaan subsidi berkenaan sekitar 100 liter sebulan sejak ia dilaksanakan pada September lalu."BUDI95 merekodkan purata sehingga 3.1 juta transaksi sehari, atau sehingga 96 juta transaksi sebulan, bukti bahawa urusan membeli RON95 bersubsidi kekal lancar."Had 300 liter sebulan untuk RON95 bersubsidi juga dilihat mencukupi untuk kegunaan biasa berdasarkan data penggunaan yang menunjukkan purata kegunaan sekitar 100 liter sebulan dan 90 peratus pengguna tidak menggunapun lebih daripada 200 liter sebulan," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang memintanya menyatakan jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan BUDI95 sepanjang tahun 2025 dan unjuran penjimatan bagi tahun 2026.Di bawah program Budi95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, di bawah pentadbiran Madani, kerajaan memilih untuk akur kepada realiti dan berani menyasarkan subsidi di setiap peringlat secara berfasa tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.Setelah kejayaan penyasaran subsidi elektrik dan diesel tanpa membebankan rakyat katanya, penyasaran subsidi petrol RON95 akhirnya dilaksanakan."Kerajaan tidak menerima saranan Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi untuk mengapungkan harga yang disusuli bantuan tunai hanya kepada rakyat miskin."Pendekatan berteraskan teori ekonomi konvensional tidak mengambil kira realiti cabaran sara hidup dihadapi tidah hanya rakyat miskin, malah golongan pertengahan. Sekiranya dituruti saranan Bank Dunia, kadar inflasi melonjak naik dan menambah beban sara hidup rakyat," ujarnya.

Lelaki warga asing ditahan curi bateri kereta

Lelaki warga asing ditahan curi bateri kereta

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas dipercayai aktif terlibat dalam kegiatan curi bateri kereta di sekitar kawasan Dato Senu, Sentul, di sini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima sebanyak 17 laporan polis sejak Oktober tahun lalu membabitkan kes curi bateri kenderaan di kawasan berkenaan melibatkan ... Read more The post Lelaki warga asing ditahan curi bateri kereta appeared first on Kosmo Digital .

Ibu, bayi 3 bulan maut Perodua Bezza bertembung lori

Ibu, bayi 3 bulan maut Perodua Bezza bertembung lori

KOTA TINGGI: Seorang ibu bersama bayi lelakinya yang berusia tiga bulan maut selepas kereta Perodua Bezza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 65, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, pemandu wanita berkenaan dilapor meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala bayinya disahkan meninggal dunia ketika ... Read more The post Ibu, bayi 3 bulan maut Perodua Bezza bertembung lori appeared first on Utusan Malaysia .

Video aib atas sofa tersebar, pelakon wanita diperangkap?

Video aib atas sofa tersebar, pelakon wanita diperangkap?

PETALING JAYA – Sebuah video mirip seorang pelakon wanita dengan aksi terlampau tersebar di aplikasi media sosial baru-baru ini. Satu sumber mendedahkan, video tersebut dikesan mula disebarkan baru-baru ini menerusi sebuah aplikasi dengan memaparkan aksi seorang wanita mirip pelakon drama tempatan tersebut dalam keadaan sangat mengaibkan. Katanya, berdasarkan video tersebut kita percaya pelakon tersebut menjadi ... Read more The post Video aib atas sofa tersebar, pelakon wanita diperangkap? appeared first on Kosmo Digital .

Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM

Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dijangka mampu menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion pada tahun ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan itu juga tertakluk pergerakan harga minyak mentah dunia dan kadar pertukaran mata wang."Penjimatan ini hasil daripada ketirisan subsidi yang berjaya dikekang. Sindiket penyeludupan ke negara jiran juga dapat dibendung. Saya juga menghargai keprihatinan rakyat yang bertindak menegur dan menyalurkan maklumat tatkala ada cubaan membeli RON95 oleh warga asing."Sikap ini wajar dipuji kerana tidak sekadar mempertahan hak sebagai rakyat Malaysia, malah cerminan semangat kenegaraan dan jati diri," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang memintanya menyatakan jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan Budi Madani (BUDI95) sepanjang tahun 2025 dan unjuran penjimatan bagi tahun 2026 serta bagaimana penjimatan tersebut dimanfaatkan.Sementara itu, mengulas mengenai manfaat diterima rakyat hasil penjimatan berkenaan, Anwar berkata, ia diberikan melalui pelbagai bantuan."Hasil penjimatan fiskal telah diagih semula kepada rakyat. Penjimatan ini dapat membiayai penambahan bantuan rakyat, khususnya Sumbangan Asas Rahmah (SARA)."Bermula 9 Februari lalu, semua 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas menerima RM100 setiap individu melalui MyKad," katanya.Beliau menambah, SARA Untuk Semua juga dapat menjana limpahan ekonomi kepada peruncit tempatan sebagai Rakan Niaga SARA serta pembekal barangan asas termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.Ujarnya, dalam tempoh dua hari pelaksanaan SARA Untuk Semua, hampir RM200 juta telah dibelanjakan oleh 2 juta rakyat."Kerajaan Madani kekal berpegang kepada prinsip, pertumbuhan mesti dipacu oleh reformasi, dan reformasi mesti berpaksikan kesejahteraan rakyat."Lebihan fiskal hasil reformasi tidak ‘hilang’ begitu saja, tetapi tetap dipulangkan semula kepada rakyat. Bermakna, walau kita menggerakkan pembaharuan, hak dan kebajikan rakyat tetap terbela," katanya.