Cikgu Chandra ditahan didakwa muat naik kenyataan berbaur hasutan di Facebook

Cikgu Chandra ditahan didakwa muat naik kenyataan berbaur hasutan di Facebook

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Chandra ditahan selepas disyaki memuat naik kenyataan berbaur hasutan di media sosial yang boleh mengganggu ketenteraman awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki pada jam 10 malam Selasa."Pengadu memaklumkan telah melihat satu paparan Facebook dimuat naik oleh suspek ketika berada di sekitar pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman."Kenyataan itu didakwa mengandungi unsur menghina serta menyentuh isu kuil haram yang bersifat menghasut, menyakitkan hati dengan niat mengganggu ketenteraman awam dan sekali gus berpotensi mendorong sesuatu tindakan di luar kawalan undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, sepasukan polis telah menahan suspek berkenaan pada jam 3 petang, Rabu."Kita turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut di Facebook."Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku memuat naik posting berkenaan kerana berasa tidak berpuas hati dan bagi menarik perhatian pengikutnya di media sosial," katanya.Beliau berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Buang puntung rokok: Polis bantuan didenda, jalani khidmat masyarakat

Buang puntung rokok: Polis bantuan didenda, jalani khidmat masyarakat

SEREMBAN: Dua lelaki termasuk seorang polis bantuan didenda RM600 serta diperintahkan menjalani perintah khidmat masyarakat oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan membuang puntung rokok di tempat awam pada bulan lalu. Kedua-dua tertuduh, Mohd. Hashim Mohd. Nor, 37, dan Herrykurniawan, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Muhamad Kamil Nizam. Mengikut pertuduhan, Mohd. ... Read more The post Buang puntung rokok: Polis bantuan didenda, jalani khidmat masyarakat appeared first on Utusan Malaysia .

Kenderaan pelancongan wajib ada pemandu pelancong berlesen

Kenderaan pelancongan wajib ada pemandu pelancong berlesen

PETALING JAYA: Pengusaha pelancongan yang gagal mematuhi garis panduan keselamatan termasuk bagi menyediakan pemandu pelancong berlesen bagi setiap perjalanan persiaran akan diambil tindakan tegas. Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengusaha pelancongan yang gagal mematuhi garis panduan keselamatan termasuk menyediakan pemandu pelancong berlesen bagi setiap perjalanan persiaran. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong ... Read more The post Kenderaan pelancongan wajib ada pemandu pelancong berlesen appeared first on Utusan Malaysia .