Kelantan, Persekutuan sepakat demi rakyat-Menteri Besar

Kelantan, Persekutuan sepakat demi rakyat-Menteri Besar

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meletakan kepentingan rakyat sebagai asas utama dalam mengukuhkan semangat federalisme dengan Kerajaan Persekutuan sekali gus menjadikan pentadbiran negeri lebih baik. Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, dizahirkan menerusi pendekatan profesional, saling menghormati bidang kuasa dan berkongsi tanggungjawab demi memastikan setiap inisiatif benar-benar sampai kepada rakyat. Katanya, sebuah kerajaan yang matang ... Read more The post Kelantan, Persekutuan sepakat demi rakyat-Menteri Besar appeared first on Utusan Malaysia .

Nelayan ingkar peraturan, bot tanpa nombor pendaftaran, lesen sah dikesan

Nelayan ingkar peraturan, bot tanpa nombor pendaftaran, lesen sah dikesan

SHAH ALAM – Tidak mempunyai nombor pendaftaran dan lesen nelayan yang sah antara kesalahan dikesan dalam pelaksanaan Operasi MARDOF Siri 2 Bilangan 1 yang dilaksanakan sepanjang 6 hingga 13 Februari lalu di perairan Selangor.Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, operasi bersepadu antara DOF dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor bertujuan memastikan pematuhan komuniti nelayan terhadap undang-undang di bawah Akta Perikanan 1985 selain memperkukuh penguatkuasaan maritim secara bersama."Sepanjang operasi dilaksanakan, sebanyak 65 pemeriksaan atau penggeledahan dijalankan di laut dan dua pemeriksaan darat."Daripada jumlah itu, tujuh tangkapan dibuat membabitkan enam kes pelanggaran syarat lesen manakala satu kes melibatkan bot tanpa lesen dan tiada nombor pendaftaran," katanya dalam sidang akhbar di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini pada Jumaat.Katanya, operasi bersepadu itu turut mengesan beberapa kesalahan lain termasuk kegagalan mematuhi zon penangkapan ikan serta penggunaan peralatan menangkap ikan yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan."Selain itu, terdapat juga kes penggunaan mata pukat keroncong kurang daripada saiz minimum 38 milimeter yang boleh menyebabkan benih ikan turut tertangkap sekali gus menjejaskan kelestarian sumber perikanan negara."Turut dikesan kegagalan memastikan penggunaan sistem pemantauan vesel seperti Automatic Identification System (AIS) dan Mobile Transceiver Unit (MTU) berada pada tahap keaktifan ditetapkan bagi tujuan pembaharuan lesen," katanya.Menurutnya, dalam satu kes berasingan, sebuah bot nelayan tempatan turut ditahan."Antara kesalahan dikesan adalah tidak mempunyai lesen penangkapan ikan serta tiada nombor pendaftaran sah membabitkan tiga nelayan tempatan berusia antara 40 hingga 60 tahun," katanya.Mengulas lanjut, Noraisyah berkata, operasi berkenaan dilaksanakan secara berkala sebagai platform strategik antara kedua-dua agensi bagi memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan perairan sentiasa terpelihara."Dapatan operasi turut menunjukkan perkembangan positif apabila majoriti pengusaha vesel dan nelayan mematuhi syarat lesen serta peraturan ditetapkan jabatan."Sekiranya pematuhan dibuat sepenuhnya, nelayan tidak perlu bimbang untuk meneruskan aktiviti penangkapan ikan sama ada ketika operasi bersepadu atau rondaan biasa dijalankan," katanya.Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Fairusnizam Abdul Razak berkata, sepanjang tempoh operasi sebanyak tujuh aset digerakkan melibatkan dua kapal dan tiga bot Maritim Malaysia serta dua bot milik Jabatan Perikanan Selangor.Beliau berkata, pihaknya turut menahan seramai 14 kru warga asing berusia antara 24 hingga 51 tahun kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah membabitkan lima warga Indonesia dan sembilan warga Myanmar."Kejayaan operasi itu membuktikan keberkesanan kerjasama rentas agensi dalam menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU Fishing)."Kami tidak akan berkompromi dalam memastikan sumber laut negara terpelihara dan aktiviti perikanan dijalankan mengikut lunas undang-undang serta etika yang ditetapkan," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah rentas sempadan dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di perairan negara.

Pemandu van tidak mengaku bakar kenderaan, langsir rumah

Pemandu van tidak mengaku bakar kenderaan, langsir rumah

BALIK PULAU : Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan menggunakan api dalam kejadian di Bayan Lepas, Januari lalu. Tertuduh, Nor Ahmad Murni Abdul Hamid, 36, yang juga bapa kepada tiga anak membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan secara bersama ... Read more The post Pemandu van tidak mengaku bakar kenderaan, langsir rumah appeared first on Utusan Malaysia .

Ejen, orang tengah ambil RM5,000, pegawai dapat RM1,000

Ejen, orang tengah ambil RM5,000, pegawai dapat RM1,000

BENTONG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa ejen dan orang tengah didapati meraih keuntungan lebih besar berbanding pegawai atau penguat kuasa dalam rangkaian rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, perkara itu mendorong pihaknya untuk mengubah pendekatan terhadap operasi penguatkuasaan berhubung gejala rasuah. “Sebagai contoh kes pekerja asing ... Read more The post Ejen, orang tengah ambil RM5,000, pegawai dapat RM1,000 appeared first on Kosmo Digital .

Kumpulan England, Sepanyol curi tumpuan

Kumpulan England, Sepanyol curi tumpuan

BRUSSELS: Sepanyol dan England bakal mencuri tumpuan apabila diundi bersama dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA edisi akan datang susulan keputusan undian yang berlangsung, semalam. Pertemuan itu mengulangi aksi final Euro 2024 yang menyaksikan Sepanyol muncul juara selepas menewaskan England, sekali gus menambah lagi bahang perseteruan kedua-dua pasukan tersebut. Juara Liga Negara-Negara 2023 itu juga hampir ... Read more The post Kumpulan England, Sepanyol curi tumpuan appeared first on Utusan Malaysia .

‘Sang Kelembai’ mengaku tidak bersalah buat hantaran palsu

‘Sang Kelembai’ mengaku tidak bersalah buat hantaran palsu

SEPANG: Penulis blog ‘Sang Kelembai’, Datuk Abd. Zarin Mohd. Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu menerusi laman Facebook miliknya. Abd. Zarin selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Ahmad Fuad Othman. Mengikut pertuduhan, OKS secara sedar ... Read more The post ‘Sang Kelembai’ mengaku tidak bersalah buat hantaran palsu appeared first on Utusan Malaysia .