'Saya akan meninggal dulu' - Budak maut akibat diberi minum methadone sempat tulis surat kepada rakan

'Saya akan meninggal dulu' - Budak maut akibat diberi minum methadone sempat tulis surat kepada rakan

KAJANG - Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat keracunan methadone di Sungai Ramal Baru di sini pada Rabu, sempat menulis sepucuk surat penghargaan kepada rakan-rakannya.Perkara itu didedahkan oleh bapa saudaranya menerusi ruangan komen aplikasi TikTok, yang memaklumkan arwah menulis surat berkenaan ketika bermain bersama rakan-rakan."Dia buat surat terima kasih sebab sudi jadi kawannya. Perkara itu kawan-kawannya sendiri beritahu kepada saya. Arwah juga memang jenis suka belanja kawan."Lepas itu dia (arwah) cakap dia akan meninggal dulu dekat kawan-kawan dia, seolah-olah dia tahu dia akan pergi," katanya menggunakan nama hiddenbabyyeah.Menurut individu itu, keluarga menafikan dakwaan bahawa mangsa diberikan ubat berbahaya secara sengaja, sebaliknya kejadian dipercayai berpunca daripada kekeliruan botol ubat yang mempunyai rupa dan label hampir sama.Katanya, ibu mangsa ketika itu berada dalam keadaan terlalu letih selepas menjalani rawatan fisioterapi di hospital."Ibu dia (arwah) iaitu kakak saya tidak sangka itu sebenarnya ubat lain, sebab ubat yang diberi sama bentuk dan label pun putih jadi kakak saya anggap sama (ubat berkenaan)," katanya.Beliau turut memaklumkan, tiga daripada empat beradik mengambil ubat berkenaan, manakala abang sulung terselamat kerana tidak memakannya.Dalam perkembangan terkini katanya, dua lagi adik mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan kritikal namun stabil serta sudah sedar.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia, manakala dua adiknya masih menerima rawatan selepas dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis methadone oleh ibu mereka.Difahamkan, kejadian terbongkar selepas ketiga-tiga kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.50 pagi.Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima maklumat daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin berhubung tiga kanak-kanak lelaki warga tempatan yang dibawa ke Jabatan Kecemasan kira-kira pukul 9.01 pagi.Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira 11 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Manakala, dua lagi mangsa masing-masing berusia sekitar 10 dan lima tahun menerima rawatan di ICU.Susulan kejadian itu, Shazeli berkata, polis telah menahan ibu dan bapa mangsa berusia lingkungan 35 dan 44 tahun pada hari sama bagi membantu siasatan.Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis rampas perahu Thailand ‘ceroboh’ perairan Kelantan di Sungai Golok

Polis rampas perahu Thailand ‘ceroboh’ perairan Kelantan di Sungai Golok

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas sebuah perahu dari Thailand yang menceroboh masuk ke perairan negeri ini di Sungai Golok dalam usaha membendung jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, rampasan yang dibuat minggu lalu di Tumpat itu melibatkan sebuah perahu yang membawa individu masuk ke negara ini melalui laluan tidak ... Read more The post Polis rampas perahu Thailand ‘ceroboh’ perairan Kelantan di Sungai Golok appeared first on Utusan Malaysia .

‘Kalau terlalu penat, berhenti sekejap, duduk dengan suami di Kuching’

‘Kalau terlalu penat, berhenti sekejap, duduk dengan suami di Kuching’

KUALA LUMPUR – Bukan mudah untuk terus bertahan dalam industri seni yang bergerak pantas, penyanyi Wany Hasrita mengakui sokongan insan terdekat menjadi kekuatan utama untuk terus melangkah. Ujar Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, meskipun dirinya berkali-kali rasa lelah namun terus berjuang kerana dorongan kuat sejak awal pembabitan dalam dunia seni daripada ibunya ... Read more The post ‘Kalau terlalu penat, berhenti sekejap, duduk dengan suami di Kuching’ appeared first on Kosmo Digital .

Gagal letak tanda harga, peniaga bazar Ramadan berdepan tindakan 24 jam - Armizan

Gagal letak tanda harga, peniaga bazar Ramadan berdepan tindakan 24 jam - Armizan

SABAK BERNAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran tegas kepada peniaga bazar Ramadan supaya mempamerkan tanda harga dengan jelas atau berdepan tindakan penguatkuasaan dalam tempoh 24 jam.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pematuhan terhadap peraturan penandaan harga adalah wajib dan sebarang kegagalan meletakkan tanda harga akan dipantau serta diambil tindakan segera."Mana-mana peniaga yang tidak meletakkan harga, salurkan maklumat kepada kami dan maklumkan bazar Ramadan mana dan kami akan pantau," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program Ihsan Food Bank (i-FB)@PSIS di Politeknik Sultan Idris Shah di sini pada Khamis.Armizan berkata, pemantauan di bazar Ramadan bukan perkara baharu, sebaliknya menjadi program tetap kementerian setiap kali menjelang Ramadan dan Aidilfitri menerusi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).Beliau berkata, selain aspek harga, penguat kuasa KPDN turut digerakkan ke bazar Ramadan bagi memastikan tiada elemen pencatutan, selain memantau pematuhan undang-undang oleh peniaga.Dalam masa sama, katanya, kerajaan mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan bekalan barangan khususnya bahan mentah mencukupi bagi mengelakkan gangguan rantaian bekalan yang boleh menyebabkan kenaikan harga."Kalau bekalan tidak mencukupi, ia akan mengganggu dan memberi kesan kepada harga. Sebab itu bermula tahun lalu, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Penstabilan Bekalan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN."Kita juga mengadakan perbincangan bersama kementerian lain termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bagi memastikan bekalan mencukupi ketika permintaan meningkat," tambah beliau.Armizan berkata, usaha bersepadu itu menunjukkan hasil apabila dua tahun kebelakangan ini tiada isu besar berkaitan bekalan menjelang musim perayaan."KPDN akan terus memastikan bekalan mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri supaya harga barangan tidak melambung tinggi, sekali gus melindungi pengguna," tambah beliau.

Mahkamah tolak rayuan Adam Asmuni dapatkan semula aset lucut hak

Mahkamah tolak rayuan Adam Asmuni dapatkan semula aset lucut hak

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan bekas Ketua Pemuda Bersatu, Adam Asmuni bagi mendapatkan semula kereta mewah dan barangan yang dilucut hak pihak berkuasa semasa serbuan dadah.Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini seterusnya menjadikan aset seperti BMW X5, jam tangan mewah, beg tangan, wang tunai, simpanan di ASNB serta motosikal kekal dilucut hak.Mohd Arief membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan peguam Amirrul Jamaluddin mewakili Adam selaku perayu dan Timbalan Pendakwa Raya Shahrizzat Amadan bagi pihak pendakwa raya sebagai responden."Mahkamah menolak rayuan perayu (Adam) dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen," kata Mohd Arief.Pada 4 Februari lepas, rayuan isteri Adam iaitu Lyiana Roslee untuk mendapatkan semula aset dalam kes sama turut ditolak mahkamah.Pada 14 Mac 2023, Hakim Nor Hasniah Ab Razak menolak permohonan Adam dan Lyiana bagi mendapatkan semula kereta BMW X5 dan BMW 328i serta barangan lain termasuk wang tunai, kereta, motosikal, jam tangan mewah, beg tangan, komputer riba, gelang, rantai leher, serta wang dalam akaun ASNB.Pada Januari 2025, Adam, 40, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu memiliki dadah kanabis.Adam kini menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.Bagaimanapun, Lyiana dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terbabit. - Bernama