Peniaga ditahan pukul, ugut lelaki warga emas akibat kemalangan

Peniaga ditahan pukul, ugut lelaki warga emas akibat kemalangan

KAJANG – Seorang lelaki bertindak memukul dan mengugut seorang pesara sehingga cedera apabila mendakwa mangsa cuba melarikan diri susulan kemalangan berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun kira-kira pukul 4.49 petang. ... Read more The post Peniaga ditahan pukul, ugut lelaki warga emas akibat kemalangan appeared first on Kosmo Digital .

Kategori barangan SARA Untuk Semua diperluas kepada makanan sejuk beku – PM

Kategori barangan SARA Untuk Semua diperluas kepada makanan sejuk beku – PM

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memperluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua merangkumi makanan sejuk beku yang mula disalurkan hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembabitan kedai runcit kecil dalam pelaksanaan SARA juga ditingkatkan kepada 10,000 menjelang hujung tahun ini. “Bermula hari ini, 9 Februari 2026 hingga 31 Disember 2026, semua 22 ... Read more The post Kategori barangan SARA Untuk Semua diperluas kepada makanan sejuk beku – PM appeared first on Utusan Malaysia .

SME Corp sedia RM117 juta, bantu PMKS ‘scale up’ di bawah RMK13

SME Corp sedia RM117 juta, bantu PMKS ‘scale up’ di bawah RMK13

KUALA LUMPUR – Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kini boleh mula mengemukakan permohonan bagi menyertai program tahun 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia (SME Corp). Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, sebanyak RM117 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan lapan program PMKS yang merangkumi aspek ... Read more The post SME Corp sedia RM117 juta, bantu PMKS ‘scale up’ di bawah RMK13 appeared first on Kosmo Digital .

Pecat betul-betul, jangan jadi pondan – Wan Ahmad Fayhsal

Pecat betul-betul, jangan jadi pondan – Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencabar kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya membuat keputusan segera sekiranya mahu memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Beliau yang digantung keahlian Bersatu selama sepenggal itu berkata, kepimpinan parti tidak perlu berdrama di media, sebaliknya perlu bertindak seperti 'anak jantan' sekiranya mahu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Larut itu."Tiga tahun lamanya bacul kamu menunggu nak pecat Datuk Seri Hamzah Zainudin. Nak pecat, pecat betul-betul. Jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan."Kalau ini harga yang kami perlu bayar dalam melakukan amar ma’ruf nahi mungkar demi menyelamatkan rukun perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA) dalam Bersatu dan PN (Perikatan Nasional), Ahlan wa Sahlan, silakan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.Dalam pada itu Wan Ahmad Fayhsal turut mendakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini hanya mendengar pihak-pihak yang dianggap sebagai 'kaki ampu, kaki bodek, kaki jilat’."Mana pergi Maruah? Mana ada maruah kalau dah kena pegang dengan puak Madani," dakwanya.Sebelum ini desas-desus Hamzah yang juga Ketua Pembangkang bakal dipecat dari Bersatu semakin kuat apabila beliau akan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dan serangan terhadap Muhyiddin.Beliau dijadualkan untuk memberi keterangan pada 12 tengah hari, Khamis ini di Ibu Pejabat Bersatu.

Penipuan pembelian dalam talian: RM14.8 juta kerugian Januari lalu

Penipuan pembelian dalam talian: RM14.8 juta kerugian Januari lalu

PETALING JAYA: Sebanyak 1,381 kes penipuan pembelian dalam talian dengan nilai kerugian mencecah RM14.8 juta direkodkan bagi tempoh sebulan pertama tahun ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, statistik ini menunjukkan peningkat sebanyak 57 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, membuktikan penipuan belian dalam talian semakin membimbangkan. “Orang ramai diingatkan ... Read more The post Penipuan pembelian dalam talian: RM14.8 juta kerugian Januari lalu appeared first on Utusan Malaysia .