70 tahun penubuhan, IKMa kekal teraju pembangunan koperasi

70 tahun penubuhan, IKMa kekal teraju pembangunan koperasi

PETALING JAYA - Sambutan Jubli Platinum Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bukan sekadar meraikan 70 tahun penubuhan malah menandakan tujuh dekad kecemerlangan dalam menerajui pendidikan dan latihan gerakan koperasi di Malaysia.Sejak ditubuhkan pada 1956, IKMa agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membina legasi melalui pendidikan, penyelidikan serta khidmat nasihat konsisten kepada koperasi bagi melahirkan kepimpinan koperasi yang berintegriti dan profesional.Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Mohamad Alimin berkata, IKMa memainkan peranan signifikan dalam membimbing, melatih dan memberi keyakinan agar koperasi terus melangkah ke hadapan. "Sepanjang penubuhannya, IKMa telah membina modal insan koperasi yang berilmu, berintegriti dan profesional. "Tahun 2026 menjadi detik istimewa apabila IKMa menyambut Jubli Platinum penubuhannya, menandakan kesinambungan peranan penting IKMa dalam membentuk masa depan koperasi negara bersama koperator," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Jom@Coop: Jelajah Platinum 2026 yang diadakan serentak dengan Sambutan Jubli Platinum IKMa bertemakan ‘‘Mendidik Koperasi Menjulang Legasi’ di Institut Koperasi Malaysia pada Khamis.Tambah Mohamad, melalui Program Jom@Coop: Jelajah Platinum 2026 turun padang, IKMa mendengar denyut nadi koperasi dan membawa solusi yang benar-benar praktikal. "Kejayaan IKMa melaksanakan 777 program latihan pada tahun lalu termasuk melalui Program Bimbingan Strategik dan Transformasi Digital (BESTARI) membuktikan komitmen berterusan untuk memperkasa koperator dengan ilmu dan kemahiran yang relevan,"katanya.Sementara itu, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor berkata, seiring 70 tahun penubuhannya, IKMa akan terus memperbanyak program latihan dan pembangunan untuk koperasi."Kami menyasarkan untuk melaksanakan kira-kira 650 program latihan pada tahun ini untuk ahli koperasi selain mahu menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik institut latihan awam negara,"katanya.Dalam pada itu, penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) menjadi manifestasi komitmen IKMa dalam  melahirkan generasi baharu koperator dan  technopreneur yang berfikiran strategik,  berani berinovasi serta mampu memimpin  koperasi secara berdaya saing di peringkat  nasional dan global.Universiti ini direka untuk melahirkan generasi baharu koperator dan technopreneur yang strategik serta inovatif, menyediakan laluan pembangunan modal insan yang menyeluruh daripada peringkat latihan profesional sehingga ke peringkat akademik tertinggi.Terkini, seramai 16 pelajar UKKM diluluskan menerima tajaan bagi pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan nilai keseluruhan tajaan mencecah RM4.08 juta untuk tempoh tiga tahun.Ia hasil dua penajaan biasiswa utama iaitu Biasiswa Khas Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Biasiswa Tabung Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPD) di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dalam pada itu, IKMa turut melangkah ke era digital menerusi pengaktifan Persona Digital IKMa iaitu CikMa.CikMa sebagai wajah dan suara digital rasmi IKMa bagi memudahkan komuniti koperasi mengakses maklumat, bimbingan dan latihan secara lebih pantas serta inklusif selari dengan Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) dan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKOP 2030).

Public Warned Against Fake “Scam Recovery” Websites

Public Warned Against Fake “Scam Recovery” Websites

Malicious actors are constantly coming up with new ways to scam people, upgrading their tactics alongside the evolving technology. Despite the various efforts to combat fraudulent activities, many people still find themselves falling victim to such schemes. What’s more, these individuals may end up getting targeted a second time. This is what is known as […] The post Public Warned Against Fake “Scam Recovery” Websites appeared first on Lowyat.NET .

Amanah tangguh pemilihan parti, Pas kekal jadual muktamar

Amanah tangguh pemilihan parti, Pas kekal jadual muktamar

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya dijadualkan pada tahun ini bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Amanah yang diadakan pada Khamis malam.Beliau berkata, penangguhan berkenaan mengambil kira PRU16 serta PRN terutama di Melaka, Johor dan Sarawak yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat."Keputusan dibuat berdasarkan Perkara 19.2 (j) Perlembagaan Amanah yang memberikan kuasa kepada JKP Nasional untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan."Pemilihan parti akan diadakan sebaik sahaja urusan PRU dan PRN selesai tanpa menunggu tempoh penuh penangguhan 18 bulan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.Dalam pada itu, beliau berkata, bagi mengukuhkan kesiapsiagaan parti berdepan PRU dan PRN, JKP Nasional mengarahkan Amanah di peringkat negeri dan kawasan supaya segera menggerakkan jentera pilihan raya masing-masing.Manurutnya, temu rapat pimpinan utama Amanah bersama jentera di peringkat akar umbi akan diadakan mengikut zon yang akan ditetapkan tarikhnya kelak."Program ini akan dimulakan di Melaka dan Johor," ujarnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, Amanah sebagai salah satu komponen gabungan Kerajaan Perpaduan akan mengambil tanggungjawab memartabatkan kedudukan orang Melayu melalui polisi yang mampu mengangkat sosioekonomi golongan itu.Katanya, parti itu juga beriltizam memandu perubahan pemikiran orang Melayu untuk menolak sentimen Melayu terpinggir dan Islam terancam yang dimainkan pihak pembangkang."Amanah akan membawa naratif pemikiran baharu yang lebih rasional, progresif dan sederhana."Sehubungan itu, JKP Nasional bersetuju supaya Amanah memainkan peranan lebih aktif dalam membawa perubahan ini," tambahnya.Dalam perkembangan berkaitan, Pas pula menegaskan tidak akan menangguhkan muktamar tahunannya walaupun negara berdepan kemungkinan PRU dalam tempoh terdekat.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menerusi satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan Muktamar Pas Pusat akan diadakan pada 4 hingga 6 September 2026 di Kelantan."Insya-ALLAH Muktamar Pas Pusat 4 - 6/9/26 di Kelantan. Pas tidak tangguh muktamar, sebab tahun PRU. Pas tak kalut," tulisnya.

Bloomberg pertahan laporan isu saham, Azam Baki ambil tindakan undang-undang

Bloomberg pertahan laporan isu saham, Azam Baki ambil tindakan undang-undang

SHAH ALAM - Bloomberg News mempertahankan laporan yang diterbitkannya berhubung pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang kini memulakan tindakan undang-undang terhadap agensi berita Amerika Syarikat itu.Memetik laporan The Edge, jurucakap Bloomberg News berkata, pihaknya berpegang pada laporan yang disiarkan."Kami kekal dengan laporan kami," ujarnya dalam maklum balas kepada The Edge menerusi e-mel, namun tidak mengulas pertanyaan lain.Azam yang mengetuai SPRM dilaporkan telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Bloomberg susulan laporan berhubung pegangan sahamnya yang disifatkan pasukan guamannya sebagai "fitnah, tidak bertanggungjawab dan amat mengelirukan".Firma guaman Messrs Zain Megat & Murad memaklumkan mereka telah diarahkan untuk mengambil segala tindakan undang-undang yang tersedia, termasuk tuntutan ganti rugi dan relif lain yang bersesuaian.Kenyataan itu hadir ketika isu berkenaan terus mencetuskan perdebatan awam susulan laporan media mengenai pegangan saham Azam dalam beberapa syarikat tersenarai awam.Menurut laporan tersebut, Bloomberg sebelum ini melaporkan pemilikan sebanyak 17.7 juta saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan Velocity Capital Partner Bhd oleh Azam.Dalam sidang akhbar yang dilaporkan agensi berita nasional Bernama, Azam mengakui membeli saham berkenaan pada awal 2025 sebelum menjualnya pada Julai tahun yang sama.Pada Jumaat, Azam dalam kenyataan peribadinya menegaskan beliau telah membuat pengisytiharan yang diperlukan melalui saluran rasmi selaras dengan peraturan semasa yang mengawal selia pegawai perkhidmatan awam.