Azam Baki perlu direhatkan serta-merta sementara siasatan - Syahir

Azam Baki perlu direhatkan serta-merta sementara siasatan - Syahir

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu direhatkan serta-merta, sementara siasatan dijalankan bagi membolehkan ia dilakukan secara telus.Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPRM.Menurutnya, dalam soal integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah bersikap tegas, konsisten dan bertindak tanpa kompromi."Selain itu, disarankan juga notis pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 diserahkan kepada beliau."Dalam masa sama, Ketua Setiausaha Negara (KSN) perlu tampil memberi penjelasan berhubung pematuhan pekeliling serta larangan penjawat awam berkaitan pemilikan saham dan potensi konflik kepentingan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media antarabangsa Bloomberg melaporkan Azam didakwa memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.Laporan itu menjadi pendedahan awam terbaharu mengenai pegangan saham atas nama beliau sejak kontroversi beberapa tahun lalu yang mencetuskan gesaan supaya beliau meletakkan jawatan.Syahir turut mengingatkan bahawa agensi seperti SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Peguam Negara (AG) merupakan tonggak kepercayaan negara.Jelasnya, integriti institusi pengawal ‘sendi’ negara itu mesti dijunjung pada tahap tertinggi."Bagaimanapun, kenyataan Perdana Menteri yang mempertahankan Azam Baki dengan ungkapan, 'baca penjelasan Azam Baki dia buat kerja, buat apa maki dia' amat dikesali."Sedangkan dalam hal ini, kepercayaan rakyat terhadap ‘tatakelola’ negara hendaklah dipulihkan. Langkah reformasi dan pemulihan hanya dapat dilaksanakan melalui tindakan yang tegas, telus dan berprinsip di pihak kerajaan, khususnya Perdana Menteri," katanya.

'Pengaruh media sosial, dakwaan disebar pantas tanpa semakan cabaran buat SPRM' - Ahmad Khusairi

'Pengaruh media sosial, dakwaan disebar pantas tanpa semakan cabaran buat SPRM' - Ahmad Khusairi

GENTING HIGHLANDS - Pengaruh media sosial dengan pelbagai dakwaan, tuduhan dan persepsi yang disebarkan dengan pantas tanpa semakan menjadi cabaran besar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, dalam banyak keadaan, kes masih dalam siasatan, bukti sedang dikumpulkan, namun SPRM telah pun dihakimi di mahkamah media sosial.Menurutnya, lebih membimbangkan, ruangan komen sering dimanipulasi oleh kumpulan tertentu yang diwujudkan secara terancang untuk menyemai kebencian dan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap SPRM."Dalam dilema ini, apabila SPRM tidak bertindak segera, kami dituduh cuba melindungi pihak tertentu."Namun apabila SPRM mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang, kami pula dilabel sebagai bertindak secara terpilih atau menjadi alat politik."Hakikatnya, setiap tindakan SPRM adalah berasaskan bukti, peruntukan undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan. Semua tindakan ini bukan berdasarkan tekanan media sosial, bukan kerana sentimen awam dan bukan juga kerana kepentingan mana-mana pihak," katanya selepas Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Kewartawanan: Memahami Peranan SPRM Dalam Pencegahan dan Usaha Memerangi Rasuah di sini pada Jumaat.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff.Ahmad Khusairi berkata, elemen teras dalam setiap siasatan SPRM khususnya ialah kejutan dan kerahsiaan.Tambahnya, kenapa elemen kejutan dan kerahsiaan ini penting.Katanya lagi, peranan media sangat penting dalam menyebarkan maklumat yang tepat kepada masyarakat."Laporan-laporan berita atau artikel yang disiarkan oleh media, perkara utama yang kita mahukan adalah ia dapat mendidik masyarakat untuk sama-sama menolak serta mencegah rasuah seterusnya mewujudkan negara bebas rasuah."Namun, apa yang menggusarkan adalah apabila wujudnya penyebaran berita tidak benar dan tidak tepat," ujarnya.

Mahkamah benarkan Najib hadir perbicaraan dua kes sivil

Mahkamah benarkan Najib hadir perbicaraan dua kes sivil

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri perbicaraan berkaitan dua kes sivilnya.Permohonan itu dibenarkan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Wong Kian Kheong, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dan Datuk Nadzarin Wok Nordin.Peguam Najib, Wan Mohammad Arfan Wan Othman memfailkan permohonan secara exparte bagi mengeluarkan perintah mengemukakan (OTP) Najib dari penjara untuk menghadiri perbicaraan itu. Hadir sama Peguam M Naresh.Rayuan pertama berkaitan saman fitnah yang difailkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad terhadap Najib, bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk menggugurkan Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi daripada mendengar kes berkenaan.Rayuan kedua difailkan Najib susulan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.Rayuan dalam kes saman Dzulkefly ditetapkan pada 24 Februari manakala rayuan Najib pada 13 Mac.Pada 2022, Dzulkefly memfailkan saman atas kapasiti peribadi mendakwa, Najib memuat naik satu hantaran fitnah di Facebooknya pada 24 Ogos 2024 mengenai isu kronisme. Pada Julai tahun lepas, Arziah menolak permohonan Dzulkefly untuk menggugurkan beliau daripada mengendalikan kes itu.Dalam perkembangan berasingan, Najib memohon memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ahmad Terrirudin yang kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan, berkaitan Titah Adendum yang membenarkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman penjara di rumah.Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib itu pada September tahun lepas, sekali gus mendorong Najib memfailkan rayuan berhubung perkara berkenaan.Najib, 72, sedang menjalani hukuman penjaran enam tahun berhubung kes SRC International Sdn Bhd selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dan permohonan semakannya.Pada Februari 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara terhadap Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Beliau turut disabitkan atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkautan 1Malaysia Development Berhada (1MDB) dan dihukum penjara 15 tahun. Najib telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.Pada prosiding hari ini, Wan Arfan tidak mengemukakan bantahan terhadap kehadiran Hakim Wong dan Hakim Mohd Firuz dalam panel selepas kedua-duanya membuat pendedahan.Hakim Wong berkata beliau sebelum ini pernah menjadi panel Mahkamah Rayuan bagi rayuan Najib terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas, dan isterinya pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Semakan Undang-Undang semasa Ahmad Terrirudin menjadi Peguam Negara.Hakim Mohd Firuz memaklumkan bahawa beliau antara hakim yang menyokong keputusan majoriti Mahkamah Rayuan pada Januari tahun lepas bagi rayuan Najib berhubung Titah Adendum. - Bernama

Guna MyKad mudahkan pembelian minyak masak bersubsidi

Guna MyKad mudahkan pembelian minyak masak bersubsidi

KULIM – Cadangan untuk memperluaskan penggunaan ekosistem digital berasaskan MyKad termasuk integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dapat mempermudah dan melancarkan urusan pembelian barangan bersubsidi seperti minyak masak peket. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, ketika ini pihak kementerian menggunakan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak ... Read more The post Guna MyKad mudahkan pembelian minyak masak bersubsidi appeared first on Kosmo Digital .