Sultan Brunei berkenan kurniakan nama cucunda

Sultan Brunei berkenan kurniakan nama cucunda

BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin berkenan mengurniakan nama kepada cucunda Baginda, iaitu anakanda kepada Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam.Cucunda berkenaan dinamakan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah, lapor Media Permata.Dalam pada itu, seluruh kerabat diraja turut menyampaikan penghargaan kepada semua yang terlibat sepanjang proses kelahiran dan pengurniaan nama."Ucapan terima kasih juga diberikan kepada rakyat yang menyampaikan perutusan tahniah dan ucapan selamat atas kelahiran cucunda Baginda itu pada Ahad, 20 Syaaban 1447 bersamaan 8 Februari 2026, jam 8:50 pagi," menurut Pejabat Sultan Brunei.Perkhabaran gembira ini menandakan sambutan penuh kegembiraan di kalangan keluarga diraja serta rakyat Brunei Darussalam.Sebelum itu, pasangan diraja berkenaan berkongsi gambar puteri sulung mereka di media sosial Instagram.Dalam hantaran itu, Putera Mateen menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan hebat di Jerudung Park Medical Centre (JPMC), Brunei Darussalam.Untuk rekod, Putera Mateen merupakan anak ke-10 dan putera keempat kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri baginda, Hajah Mariam Abdul Aziz. -Agensi

Pesara rugi RM1.69 juta diperdaya skim pelaburan saham luar negara

Pesara rugi RM1.69 juta diperdaya skim pelaburan saham luar negara

GEORGE TOWN – Seorang pesara wanita berusia 66 tahun kerugian sebanyak RM1.69 juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dalam talian yang menjanjikan pulangan keuntungan tinggi.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menerima laporan berhubung kes tersebut pada 11 Februari lalu.Menurutnya, mangsa yang merupakan bekas kakitangan sebuah institusi perbankan di negeri ini mendakwa mula terlibat dalam skim berkenaan selepas melihat iklan pelaburan saham luar negara di aplikasi Facebook pada pertengahan November 2025."Mangsa kemudiannya berhubung dengan seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp sebelum dijemput menyertai satu kumpulan WhatsApp pelaburan."Dalam kumpulan tersebut, mangsa diberikan penerangan mengenai pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus dalam tempoh satu hari daripada jumlah modal yang dilaburkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Azizee berkata tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa telah mendaftar akaun keahlian dan membuat pelaburan seperti diarahkan.Tambah beliau, antara 17 November hingga 6 Disember 2025, mangsa telah melakukan 23 transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun bank milik syarikat berbeza."Mangsa hanya menyedari dirinya diperdaya apabila tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan, malah diminta membuat bayaran tambahan kononnya bagi tujuan pengeluaran keuntungan."Berasa curiga dengan keadaan itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.Sehubungan itu, Azizee menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang menawarkan pulangan luar biasa tinggi."Penyertaan dalam mana-mana skim pelaburan khususnya yang ditawarkan secara dalam talian adalah sangat berisiko."Orang ramai disaran membuat semakan terlebih dahulu dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memastikan entiti atau individu terbabit mempunyai kebenaran untuk menawarkan, mempromosikan atau menjual produk serta perkhidmatan pasaran modal," katanya.Tambah beliau, pelabur juga boleh merujuk portal ‘Semak Sebelum Labur’ yang disediakan sebagai panduan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Mayat wanita dikerat: Polis sahkan ada penemuan baharu

Mayat wanita dikerat: Polis sahkan ada penemuan baharu

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu mengesahkan penemuan beberapa anggota badan dipercayai milik wanita di kawasan tapak pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar di sini pada pagi Khamis.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Syed Lot Syed Ad Rahman berkata, kenyataan mengenai kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat."Kenyataan akan diberikan sebab ada penemuan baharu lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Bagaimanapun, tidak dinyatakan penemuan tersebut melibatkan anggota badan lain atau sebaliknya.Sebelum itu, penduduk di sekitar taman tersebut digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dikerat dalam kejadian di tempat pembuangan sampah kira-kira jam 7 pagi.Mayat tersebut ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut.Difahamkan, keadaan mayat yang ngeri apabila anggota badannya dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam.

Menu RMT ditambah daripada 20 kepada 33 jenis

Menu RMT ditambah daripada 20 kepada 33 jenis

KUALA LUMPUR: Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan ditambah menu daripada 20 kepada 33 jenis bermula akhir tahun ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penambahan itu dibuat kerana mengambil kira aspek keperluan kalori dan seimbang selepas perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM). Katanya, ia juga bertujuan menarik minat dan cita rasa murid melalui tawaran pilihan makanan ... Read more The post Menu RMT ditambah daripada 20 kepada 33 jenis appeared first on Utusan Malaysia .