Sesko penyelamat maruah United

Sesko penyelamat maruah United

PEMAIN gantian, Benjamin Sesko muncul wira apabila meledak gol penyamaan dramatik pada minit ke-96 untuk menyelamatkan Manchester United daripada aib kekalahan ketika mengikat West Ham United 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London pada Rabu.Keputusan seri itu menyaksikan The Red Devils kekal di tangga keempat liga dengan mengumpul 45 mata daripada 26 perlawanan.Manakala bagi West Ham, satu mata yang diraih meletakkan mereka dengan 24 mata, masih ketinggalan dua mata untuk keluar dari zon penyingkiran.Dalam perlawanan tersebut, Tomas Soucek meletakkan West Ham di depan seawal lima minit babak kedua bersambung.Tuan rumah kelihatan hampir pasti meraih tiga mata berharga sehinggalah penyudah bijak Sesko pada masa kecederaan meremukkan hati penyokong The Hammers.Keputusan itu turut menamatkan rentetan empat kemenangan berturut-turut United, sekali gus menyaksikan pengurus sementara, Michael Carrick kehilangan mata pertamanya sejak mengambil alih tugas.Ia merupakan malam yang mengecewakan bagi skuad yang sedang memburu slot Liga Juara-Juara itu sebelum jaringan lewat Sesko mengubah nasib mereka.Pelawat hanya merekodkan tiga percubaan tepat sepanjang perlawanan tatkala West Ham bertahan dengan baik, namun dominasi penguasaan bola United pada 15 minit terakhir memberi bayangan gol yang dinanti-nantikan bakal tiba.Sebagai amaran awal, tandukan pemain gantian United, Joshua Zirkzee tersasar sedikit sebelum gol penyamaan itu menjelma.United hampir membuka tirai jaringan pada pertengahan separuh masa pertama apabila rembatan Luke Shaw menuju ke gawang, namun Aaron Wan-Bissaka bertindak cemerlang mengeluarkan bola di atas garisan gol menentang bekas kelabnya.West Ham memecah kebuntuan apabila Soucek menyambar hantaran lintang rendah Jarrod Bowen dari jarak dekat.Casemiro sempat menggegarkan jaring menerusi tandukan hasil hantaran Kobbie Mainoo namun dibatalkan kerana ofsaid.Ketika pelawat ghairah memburu gol, West Ham mensia-siakan beberapa peluang untuk menambah jaringan menerusi serangan balas.Gol penyamaan akhirnya terhasil apabila hantaran rendah berbahaya Bryan Mbeumo disudahi dengan voli memukau oleh Sesko, sekali gus mengecewakan pengurus West Ham, Nuno Espirito Santo.

Rumah RM300,000 hingga RM600,000 terajui pasaran

Rumah RM300,000 hingga RM600,000 terajui pasaran

PETALING JAYA: Segmen perumahan berharga antara RM300,000 hingga RM600,000 di kawasan pinggir Kuala Lumpur, tanah besar Pulau Pinang dan Johor dijangka mengatasi segmen pasaran lain tahun ini. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, ia didorong permintaan berterusan daripada pelabur serta pembeli kediaman yang ingin menaik taraf atau membentuk isi ... Read more The post Rumah RM300,000 hingga RM600,000 terajui pasaran appeared first on Utusan Malaysia .

6 negeri diramal ribut petir, hujan lebat pagi ini

#BHNasional Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.

6 negeri diramal ribut petir, hujan lebat pagi ini #BHNasional Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.

6 negeri diramal ribut petir, hujan lebat pagi ini #BHNasional Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.

Slot gusar pemain cedera, digantung aksi

Slot gusar pemain cedera, digantung aksi

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Arne Slot berdepan cabaran memilih pemain dalam kunjungan ke Stadium Of Light untuk berdepan Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas beberapa pemain berdepan kecederaan dan penggantungan. Dominik Szoboszlai digantung perlawanan selepas menerima kad merah ketika berdepan Manchester City manakala beberapa pilihan lain di posisi pertahanan kanan turut tidak dapat diturunkan ... Read more The post Slot gusar pemain cedera, digantung aksi appeared first on Utusan Malaysia .