KEBAKARAN | Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengesahkan kejadian kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna, Butterworth, 10 Disember tahun lalu, adalah perbuatan khianat.

#BuletinTV3 #JBPM #Kebakaran #Khianat

KEBAKARAN | Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengesahkan kejadian kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna, Butterworth, 10 Disember tahun lalu, adalah perbuatan khianat. #BuletinTV3 #JBPM #Kebakaran #Khianat

Pas akan putuskan cadangan penyatuan dengan UMNO

Pas akan putuskan cadangan penyatuan dengan UMNO

PUTRAJAYA – Pas akan memutuskan cadangan penyatuan muafakat politik antara UMNO dan parti itu melalui saluran rasmi parti sebelum sebarang ketetapan dibuat.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun parti itu menyambut baik hasrat penyatuan ummah, keputusan mengenainya perlu dibincangkan secara kolektif dalam kerangka kepimpinan."Pas menyambut baik penyatuan ummah. Apa pun, perkara ini akan diputuskan dalam parti dan kerangka lebih besar perlu diusahakan, bukan hanya di peringkat negeri Melaka sahaja. Tetapi ianya suatu permulaan yang baik," katanya.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh agar penyatuan Melayu antara dua parti terbesar, UMNO dan Pas perlu disegarakan bermula di Melaka dan bukan sekadar strategi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, gagasan penyatuan ummah telah lama dinyatakan oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang selaras dengan perintah ALLAH SWT."Apa yang penting ialah penyatuan bukan hanya dalam konteks bangsa tetapi ianya meliputi usaha menegakkan keadilan, integriti dan tadbir urus yang baik."Pembinaan jati diri ummah akan lebih mudah diusahakan bilamana penyatuan umat dapat dilaksanakan," tegas beliau.Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Pusat, Mohamed Sukri Omar turut menyatakan pandangan sama dengan apa yang disifatkannya sebagai sesuatu yang wajar diusahakan demi memperkukuh kedudukan Melayu-Islam serta menjamin kestabilan negara.Menurutnya, dalam suasana politik semasa, kaum Melayu serta Islam memerlukan kestabilan selain kesatuan fikrah berteraskan prinsip serta kepentingan rakyat."Secara prinsipnya, saya senada bahawa penyatuan dan muafakat politik antara UMNO dan Pas adalah sesuatu yang wajar diusahakan, khususnya dalam kerangka memperkukuh kedudukan Melayu Islam serta menjamin kestabilan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya, bukan untuk kepentingan parti semata-mata," jelas beliau.

SPRM tidak ‘peram’ kes, teliti semula NFA

SPRM tidak ‘peram’ kes, teliti semula NFA

BENTONG – Tiada kes sengaja dilewatkan atau ‘diperam’ dalam siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO), Datuk Ahmad Rosli Mohd. Sham berkata, kebanyakan kertas siasatan badan itu berjaya diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, termasuk had siasatan tidak melebihi 12 bulan. Menurut beliau, jarang sekali ahli panel mempersoalkan kegagalan ... Read more The post SPRM tidak ‘peram’ kes, teliti semula NFA appeared first on Kosmo Digital .

Mayat wanita dikerat: Warga emas suspek utama merupakan tunang mangsa - Polis

Mayat wanita dikerat: Warga emas suspek utama merupakan tunang mangsa - Polis

KOTA KINABALU - Suspek utama warga emas yang ditahan berhubung kes pembunuhan wanita dan anggota badannya dikerat sebelum ditemui dibuang di tempat pembungan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar pada Khamis merupakan tunang mangsa.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati hubungan antara suspek utama dan mangsa yang berusia 40-an adalah sebagai tunang."Hasil soal siasat awal mendapati suspek utama mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan menyatakan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi dan tuntutan wang pertunangan."Hubungan suspek dan mangsa dipercayai sebagai tunang. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Dalam kejadian itu, mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan anggota badannya dikerat sebelum dibuang di kawasan pembuangan sampah di Taman Indah Permai.