Tanda suka dalam diam menerusi ‘Mau But Malu’

Tanda suka dalam diam menerusi ‘Mau But Malu’

PETALING JAYA: Penyanyi asal Indonesia, Allan Andersn, mempertaruhkan single terbaharu berjudul Mau But Malu yang mengangkat kisah perasaan cinta yang dipendam dalam diam. Tampil dengan susunan muzik pop yang ringan, ceria dan groovy lagu tersebut dilihat dekat dengan realiti segelintir individu yang berdepan fasa menyukai seseorang tanpa keberanian meluahkan isi hati. Menurut Allan, dia sengaja memilih ... Read more The post Tanda suka dalam diam menerusi ‘Mau But Malu’ appeared first on Utusan Malaysia .

Pengguna persoal harga tambang e-hailing melambung

Pengguna persoal harga tambang e-hailing melambung

SHAH ALAM – Pengguna mempersoalkan kadar tambang perkhidmatan e-hailing yang didakwa melambung dan tidak munasabah sejak akhir-akhir ini.Seorang kakitangan swasta, NurFarah Fazmi Mohd. Helmi, 28, berkata, dia terkejut apabila tambang perjalanan hariannya meningkat mendadak berbanding kadar biasa."Saya naik dari Cheras ke pejabat di Petaling Jaya dan agak terkejut apabila tambang yang biasanya sekitar RM15 hingga RM16 tiba-tiba naik sampai RM48. Paling maksimum saya pernah hadap."Mula-mula RM28, RM29, kemudian harga RM38, jadi saya cakap boleh tutup mata sikit. Tapi bila hampir RM50, memang terkejut sebab bukan waktu puncak," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Sebelum ini, tular di Threads tentang keluhan seorang pengguna yang mempersoalkan kadar tambang dari sebuah hotel di ibu kota ke kediamannya di Petaling Jaya naik hingga mencecah RM43.Menerusi perkongsian terbabit, wanita berkenaan memaklumkan kadar tambang e-hailing bukan waktu puncak sebelum ini hanya sekitar RM16 sahaja.Tambah Nurfarah Fazmi, kenaikan kadar tambang e-hailing sejak akhir-akhir ini mula disedarinya selepas berlaku peningkatan paling ketara pada minggu ini, khususnya dalam kalangan mereka yang berulang-alik di sekitar Lembah Klang."Saya ingat saya seorang sahaja sebab duduk di tengah KL, tapi rupanya ramai alami perkara sama. Perjalanan 2 hingga 3 kilometer (km) pun boleh jadi hampir RM30 hingga RM40."Jarak lebih kurang 5 hingga 6km dari Cheras ke Petaling Jaya pun harganya seperti dulu saya naik dari Shah Alam ke Putrajaya sekitar RM30 lebih," ujarnya lagi.Seorang pegawai operasi kanan, Nik Nurqaisara Erisha Nik Ahmad Yusri, 28, pula tertanya-tanya dengan kenaikan itu, sedangkan jarak perjalanan masih sama."Jarak perjalanan dan keadaan trafik tidak banyak berubah, namun adakalanya kadar macam agak kurang munasabah apabila tiba-tiba naik dua kali ganda dari sebelumnya."Disebabkan itu, saya tertanya-tanya adakah kenaikan itu dipengaruhi faktor permintaan tinggi, termasuk ketika menghampiri Tahun Baharu Cina apabila pergerakan orang ramai meningkat," menurutnya lagi.Beliau berpandangan, kenaikan harga perkhidmatan e-hailing mungkin disebabkan peningkatan kos operasi dan permintaan semasa.Bagaimanapun, menurutnya, penetapan kadar yang telus dan berpatutan amat penting bagi memastikan keseimbangan antara kebajikan pengguna dan pendapatan pemandu.Sementara itu, seorang lagi pengguna, Mohd Affian Ramli, 42, berkata, kenaikan kadar tambang memberi tekanan tambahan kepada pengguna yang bergantung kepada perkhidmatan e-hailing untuk urusan harian."Saya tidak bersetuju dengan kenaikan harga e-hailing kerana ia menambah beban kos sara hidup pengguna, khususnya mereka yang bergantung kepada perkhidmatan e-hailing untuk urusan harian seperti pergi kerja atau kelas, membeli-belah atau menghadiri temu janji," katanya.Mohd Affian yang merupakan pengurus kanan di sebuah syarikat itu berkata, kenaikan tambang yang tidak selari dengan jarak perjalanan, keadaan trafik, atau kualiti perkhidmatan menimbulkan persoalan tentang ketelusan dan keadilan sistem penetapan harga."Jadi, pengguna seperti saya akan mencari alternatif lain yang lebih berpatutan," katanya.

SPRM teliti laporan dakwaan seleweng pelaburan RM1.11 bilion libat bekas menteri

SPRM teliti laporan dakwaan seleweng pelaburan RM1.11 bilion libat bekas menteri

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima laporan berkaitan dakwaan isu penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan di sebuah kementerian.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, SPRM akan meneliti keseluruhan laporan yang diterima.Menurutnya, ini bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009."Tindakan susulan termasuk meneliti dokumen dan bukti yang dikemukakan sebelum siasatan lanjut dijalankan seiring dengan komitmen terhadap integriti dan ketelusan dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum itu, laporan terbabit diterima daripada gabungan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) kira-kira jam 2.00 petang, Khamis.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali dilaporkan berkata, laporan rasmi dibuat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (Panji Malaysia) bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.Menurut Syed Hasan, laporan itu dibuat susulan aduan serta persoalan yang diterima daripada orang ramai berhubung satu perjanjian kerajaan dengan syarikat luar negara.Beliau turut meminta SPRM meneliti aliran wang kerajaan bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku selain mendakwa kementerian terlibat merupakan kementerian penting yang mempunyai kepentingan besar kepada negara serta ekonomi.

Dakwaan bekas menteri seleweng RM1.1 bilion, SPRM teliti keseluruhan laporan

Dakwaan bekas menteri seleweng RM1.1 bilion, SPRM teliti keseluruhan laporan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima laporan berkaitan dakwaan isu penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan di sebuah kementerian. Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya berkata, pihaknya akan meneliti keseluruhan laporan bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah ... Read more The post Dakwaan bekas menteri seleweng RM1.1 bilion, SPRM teliti keseluruhan laporan appeared first on Utusan Malaysia .