Samsung Now Offering Greater Discounts On Its Monitors Until 28 February

Samsung Now Offering Greater Discounts On Its Monitors Until 28 February

Samsung Malaysia is offering customers even further discounts on its desktop monitors, in conjunction with the ongoing Winter Olympics that are taking place in Italy. In light of the season, it’s also calling it the Monitor Winter Olympic Promotion, and it will be running starting today and till 28 February 2026. Some of the monitors […] The post Samsung Now Offering Greater Discounts On Its Monitors Until 28 February appeared first on Lowyat.NET .

Padah pamer anak beruang madu untuk tarikan awam

Padah pamer anak beruang madu untuk tarikan awam

KOTA KINABALU - Tindakan mempamerkan seekor beruang madu untuk tarikan awam membawa padah apabila haiwan tersebut dirampas dan pemilik premis ditahan dalam satu serbuan di Kota Marudu pada Khamis.Pengarah Hidupan Liar, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, tindakan itu diambil susulan aduan awam berkaitan satu video di Facebook yang memaparkan haiwan tersebut di sebuah lokasi tarikan awam."Susulan aduan tersebut, Jabatan Hidupan Liar (JHL) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (EPHL 1997). "Hasil serbuan mendapati seekor anak beruang madu disimpan di dalam premis untuk tujuan tontonan awam dan seorang lelaki yang disyaki pemilik atau pengurus premis telah ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan.Sementara itu, dalam operasi berasingan, satu tangkapan turut dilakukan di sebuah premis kedai makan di Lahad Datu kerana disyaki memiliki tiga taring beruang madu yang dijadikan perhiasan. "Seorang lelaki telah ditahan bagi tujuan siasatan lanjut dan barang kes telah dirampas," katanya.Mohd Soffian dalam pada itu memaklumkan bahawa beruang madu merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual 1 EPHL 1997. "Tiada lesen atau permit dikeluarkan kepada orang awam untuk memburu, memiliki, menyimpan atau mempamerkan spesies ini."Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 serta hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun," katanya.Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa JHL Sabah tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang berkaitan hidupan liar. "Orang awam yang berhadapan dengan situasi melibatkan spesies Jadual 1 seperti beruang madu dinasihatkan agar segera melaporkan kepada JHL atau menyerahkan haiwan tersebut dengan segera bagi tujuan penyelamatan serta pengurusan selanjutnya," katanya.

Pertumbuhan penduduk Malaysia perlahan, kelahiran susut 5.4 peratus

Pertumbuhan penduduk Malaysia perlahan, kelahiran susut 5.4 peratus

PETALING JAYA – Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia pada suku tahun keempat 2025 mencatatkan peningkatan perlahan iaitu 0.6 peratus kepada 34.3 juta berbanding 34.1 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya, seiring penurunan ketara kelahiran hidup sebanyak 5.4 peratus. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, jumlah kelahiran yang direkodkan adalah ... Read more The post Pertumbuhan penduduk Malaysia perlahan, kelahiran susut 5.4 peratus appeared first on Kosmo Digital .