China dan Vietnam rekod perkahwinan tertinggi dengan rakyat Malaysia bukan Islam - KDN

China dan Vietnam rekod perkahwinan tertinggi dengan rakyat Malaysia bukan Islam - KDN

KUALA LUMPUR - Sebanyak 55,458 perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia bukan Islam dengan pasangan warganegara asing diterima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh 2019 hingga Julai tahun lalu.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, warga China dan Vietnam mencatatkan jumlah tertinggi berdasarkan rekod pendaftaran di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dalam tempoh tujuh tersebut.Menurutnya, selain China dan Vietnam, tiga negara lain yang berada dalam senarai lima tertinggi ialah Singapura, Thailand dan Indonesia."Warga China merekodkan 9,195 perkahwinan dengan rakyat Malaysia yang meliputi 3,030 lelaki dan 6,165 perempuan, diikuti Vietnam dengan 8,620 perkahwinan (semua perempuan), Singapura dengan 8,802 perkahwinan (5,910 lelaki dan 2,892 perempuan), Thailand dengan 5,186 perkahwinan (semua perempuan) dan Indonesia dengan 4,263 perkahwinan (semua perempuan)."Secara keseluruhan, kelima-lima negara ini menyumbang 36,066 perkahwinan daripada 55,458 perkahwinan pasangan bukan muslim antara warganegara Malaysia dan bukan warganegara," katanya melalui jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen pada Rabu.Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang memintanya menyatakan statistik lima negara teratas bagi pengantin warga asing kepada rakyat Malaysia bukan Muslim untuk tempoh tujuh tahun itu.Dalam pada itu, menjawab mengenai proses penambahbaikan hak kepada pasangan warga asing supaya dapat menampung kehidupan keluarga, Saifuddin Nasution berkata, dasar dan pelaksanaan imigresen negara tertakluk Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, yang memperuntukkan kawalan terhadap kemasukan, keberadaan dan aktiviti warganegara asing di negara ini.Menurutnya, di bawah Peraturan 11, pasangan warganegara asing kepada warganegara Malaysia layak memohon Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) Kategori Pasangan Warganegara, yang membolehkan mereka menetap secara sah di Malaysia bagi tujuan penyatuan keluarga.Bagaimanapun katanya, proses tersebut tertakluk kepada syarat, tempoh dan kuasa budi bicara Ketua Pengarah Imigresen Malaysia."Secara prinsipnya, PLSJP tidak memberikan kebenaran bekerja secara automatik memandangkan tujuan pas tersebut adalah keberadaan atas asas kekeluargaan dan bukan pekerjaan, selaras dengan Peraturan 9 yang menetapkan bahawa sebarang aktiviti pekerjaan berbayar adalah tertakluk kepada pas pekerjaan yang berkenaan."Walau bagaimanapun, sebagai langkah penambahbaikan berasaskan kebajikan keluarga, Kerajaan membenarkan pemegang PLSJP untuk memohon endosmen kebenaran bekerja melalui Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.Namun katanya, perkara tersebut juga tertakluk kepada penilaian kes demi kes, termasuk aspek keselamatan, latar belakang, jenis pekerjaan serta pematuhan undang-undang imigresen dan buruh. Kebenaran ini diberikan secara bersyarat dan boleh diperbaharui selaras dengan status perkahwinan yang sah.

SPRM jangka siasatan kes seleweng dana pusat dakwah selesai 3 minggu lagi

SPRM jangka siasatan kes seleweng dana pusat dakwah selesai 3 minggu lagi

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjangkakan siasatan kes penyelewengan membabitkan seorang pendakwah bebas dan seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di Kedah akan diselesaikan dalam tempoh tiga minggu lagi. Beliau berkata, pihaknya ketika ini masih berada pada peringkat awal siasatan dan sedang ... Read more The post SPRM jangka siasatan kes seleweng dana pusat dakwah selesai 3 minggu lagi appeared first on Utusan Malaysia .

Rasa Nusantara serikan bufet Ramadan di LEGOLAND Hotel

Rasa Nusantara serikan bufet Ramadan di LEGOLAND Hotel

ISKANDAR PUTERI – LEGOLAND Hotel Malaysia memperkenalkan bufet makan malam Ramadan istimewa berkonsepkan Flavours of Nusantara (Rasa Nusantara) yang menampilkan lebih 200 hidangan serantau dan antarabangsa bermula 21 Februari hingga 18 Mac 2026. Bufet Ramadan di Restauran Bricks Family itu mengetengahkan gabungan cita rasa Malaysia, Nusantara serta dunia sekali gus menawarkan pengalaman berbuka puasa yang ... Read more The post Rasa Nusantara serikan bufet Ramadan di LEGOLAND Hotel appeared first on Kosmo Digital .

Hubungan tulus dengan media kunci tangani krisis komunikasi

Hubungan tulus dengan media kunci tangani krisis komunikasi

KUALA LUMPUR - Pengamal komunikasi korporat perlu membina hubungan tulus dan profesional dengan media sebagai asas penting dalam mengurus isu serta krisis organisasi.Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Libaturus West Coast Expressway (WCE), Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid berkata, media bukan musuh organisasi sebaliknya rakan strategik dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangan pada Konferens Korporat Komunikasi anjuran Comfori yang menghimpunkan Ketua Korporat Komunikasi daripada sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sebuah hotel di ibu negara pada Rabu.Menurut Syed Mohammed Idid, masih terdapat pengamal perhubungan awam (PR) yang berasa takut terhadap media kerana bimbang mesej disalah tafsir atau digunakan untuk menjatuhkan organisasi."Jika hubungan dibina sejak awal dengan keikhlasan serta saling membantu dari segi maklumat dan pendekatan kemanusiaan, media juga memahami peranan mereka."Media adalah manusia dan juga sebuah perniagaan. Mereka tidak sewenang-wenangnya mahu menjatuhkan sesebuah syarikat atau jenama," ujarnya.Beliau menegaskan, hubungan media tidak seharusnya terhad kepada editor sahaja, sebaliknya perlu merangkumi keseluruhan hierarki organisasi media termasuk pengarang, wartawan, sub-editor dan jurukamera.Jelasnya, kebanyakan pengamal PR muda cenderung hanya mahu mengenali editor, sedangkan keikhlasan profesional perlu dibina dengan semua peringkat dalam organisasi media.Dalam pembentangannya, Syed Mohammed Idid turut menggunakan contoh isu WCE Seksyen 3 Kampung Jawa sebagai kajian kes bagi memberi pemahaman kepada pengamal komunikasi mengenai pendekatan terbaik menangani isu berbangkit.Beliau berkata, pengamal komunikasi tidak boleh mengambil mudah peranan mereka dengan hanya menumpukan kepada aspek penyampaian mesej semata-mata.Sebaliknya, mereka perlu menyelami setiap aspek organisasi termasuk operasi, keselamatan, kekangan pasukan teknikal, aspek perundangan dan cabaran kewangan."Jika kita tidak memahami setiap pemegang taruh dalaman, sukar untuk membina inisiatif atau kempen yang berkesan kepada pemegang taruh luar seperti media, kerajaan dan agensi," ujarnya.Beliau turut menegaskan bahawa bidang perhubungan awam adalah bidang strategik dan bukan sekadar mengurus acara atau hiburan seperti yang sering disalah anggap.Dalam era kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, tegasnya, pengamal komunikasi perlu bijak memanfaatkan alat media intelligence bagi mengesan isyarat awal sesuatu isu.Menurutnya, dalam isu WCE Seksyen 3 Kampung Jawa, pelbagai petunjuk awal boleh dikesan melalui media sosial seperti TikTok, sekali gus membantu organisasi menggubal naratif serta hala tuju komunikasi bagi membetulkan persepsi yang tidak tepat."Kita mungkin melihatnya sebagai isu negatif, tetapi ia juga peluang untuk membetulkan persepsi yang salah. Mereka mungkin mendapat nasihat yang tidak tepat, namun mereka bukan orang jahat."Tugas kita adalah memastikan cerita yang betul sampai kepada umum dengan bantuan media," tambahnya.

RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah

RUU Penyelesaian Antarabangsa Perkukuh Keyakinan Pelabur – Siti Aminah

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan 2025 sebagai satu langkah penting dalam melengkapkan kerangka undang-undang negara, khususnya dalam menangani pertikaian komersial antarabangsa. Menurut beliau, Akta Mediasi 2012 (Akta 749) yang sedia ada hanya meliputi pertikaian domestik dan tidak merangkumi isu-isu rentas sempadan, sekali [...]