Verstappen puji prestasi enjin baharu Red Bull

Verstappen puji prestasi enjin baharu Red Bull

BARCELONA: Juara dunia Formula 1 (F1) empat kali, Max Verstappen memuji prestasi Red Bull yang telah membuat permulaan baik dengan enjin baharu untuk perlumbaan musim ini. Red Bull memasuki kitaran peraturan baharu dengan membina unit kuasa sendiri buat pertama kali, hasil kerjasama bersama gergasi automotif Amerika Syarikat (AS), Ford. Ketika ujian di Barcelona hujung bulan ... Read more The post Verstappen puji prestasi enjin baharu Red Bull appeared first on Utusan Malaysia .

80 peratus salah laku penguat kuasa tiada tindakan

80 peratus salah laku penguat kuasa tiada tindakan

PETALING JAYA: Hampir 80 peratus aduan salah laku anggota penguat kuasa termasuk berkaitan isu integriti tidak diambil tindakan, walaupun telah dirujuk kepada unit tatatertib jabatan terlibat. Jumlah itu merangkumi 62 daripada 75 kes yang dirujuk oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) kepada jabatan berkaitan dengan mengemukakan syor tindakan tatatertib terhadap penjawat awam terlibat. Pengerusi EAIC, ... Read more The post 80 peratus salah laku penguat kuasa tiada tindakan appeared first on Utusan Malaysia .

‘Tidak kisah Sanusi nak kata apa pun kepada saya’

‘Tidak kisah Sanusi nak kata apa pun kepada saya’

KANGAR: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin tidak mengambil kisah terhadap ucapan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang dikatakan mengandungi sindiran terhadapnya. Malah, beliau tidak terasa terganggu setelah menonton rakaman video ucapan itu walaupun terdapat pihak yang mendakwa ucapan itu menyerang Mursyidul Am Pas itu. “Saya ada dengar dalam ... Read more The post ‘Tidak kisah Sanusi nak kata apa pun kepada saya’ appeared first on Utusan Malaysia .

Hargai jentera Pas bantu calon Perikatan Nasional

Hargai jentera Pas bantu calon Perikatan Nasional

MUKADIMAH PEMUDA Pas menampilkan muka baharu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, DR. TENGKU MUHAMMAD FAKHRUDDIN TENGKU MUHAMMAD FAUZI sebagai Pengarah Pilihan Rayanya bagi sesi 2025–2027. Sejak sekian lama, kekuatan Pas banyak dibantu dengan kesetiaan dan kesungguhan gerak kerja jentera pilihan rayanya termasuk dalam kalangan generasi muda.  Justeru itu, pelantikan berkenaan menjadi  tanggungjawab besar ... Read more The post Hargai jentera Pas bantu calon Perikatan Nasional appeared first on Utusan Malaysia .

MIC belum bincang kekal atau keluar BN

MIC belum bincang kekal atau keluar BN

PETALING JAYA: MIC masih belum memutuskan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bagi membincangkan hala tujunya sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Ahli Jawatankuasa MIC Pusat, Datuk R. T. Rajasekaran berkata, perkara itu masih belum ditetapkan buat masa ini. “Belum (tarikh mesyuarat CWC) ditetapkan lagi. Tak pasti bila akan diadakan,” katanya kepada Utusan Malaysia. ... Read more The post MIC belum bincang kekal atau keluar BN appeared first on Utusan Malaysia .

TULAR | Seorang penunggang motosikal cedera patah tangan kiri selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan selepas melanggar pintu kereta yang dibuka secara tiba-tiba di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

#BuletinTV3 #BeritaTerkini #AksidenMotosikal #KemalanganJalanRaya

TULAR | Seorang penunggang motosikal cedera patah tangan kiri selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan selepas melanggar pintu kereta yang dibuka secara tiba-tiba di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #AksidenMotosikal #KemalanganJalanRaya

TULAR | Seorang penunggang motosikal cedera patah tangan kiri selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan selepas melanggar pintu kereta yang dibuka secara tiba-tiba di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #AksidenMotosikal #KemalanganJalanRaya

Thailand saksi legasi keluarga Ghazali

Thailand saksi legasi keluarga Ghazali

DALAM sukan tempur, bakat mampu mencuri tumpuan, namun kesinambungan prestasi itulah yang membina keyakinan.Apabila kemenangan hadir secara konsisten di gelanggang berbeza, melibatkan individu berlainan daripada keluarga yang sama, ia tidak lagi boleh dianggap kebetulan tetapi ia sudah menjadi satu kisah yang wajar diberi perhatian.Itulah yang sedang berlaku kepada adik-beradik Ghazali kerana dalam tempoh beberapa minggu berkampung di Thailand, mereka mencipta nama dan keputusan sama di gelanggang berbeza.Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (Jojo), Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (Miki), Elias Ghazali Zulfikar dan Emylia Lynn Ghazali Zulfikar (Mia) membina satu rangkaian kejayaan yang jarang berlaku dalam sukan tempur negara.Bagi Jojo, 19, kemenangan di ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Jumaat lalu adalah kesinambungan kepada reputasi yang sudah terbina.Di pentas ONE Championship yang menghimpunkan petarung muda terbaik Asia, Jojo tidak hanya mengharapkan kekuatan atau aksi dramatik.Di bawah tunjuk ajar legenda Muay Thai, Superbon Singha Mawynn dan Nong-O Hama, pergerakannya lebih tersusun, tenang dan matang, menunjukkan dia sedar setiap perlawanan kini membawa tanggungjawab yang lebih besar daripada dirinya sendiri.Miki, Elias pamer belangNamun bahagian paling menarik terletak pada apa yang berlaku selepas itu.Sehari kemudian di Siri Dunia Rajadamnern (RWS), Miki dan Elias turun ke gelanggang yang sarat sejarah dan tekanan.Pentas RWS bukan tempat membina nama tetapi tempat menguji sejauh mana seseorang petarung itu benar-benar layak berada di peringkat tertinggi Muay Thai.Miki yang membuat penampilan sulungnya di pentas RWS dengan kemenangan ke atas petarung Iran, Reza Dotielmi menerusi keputusan majoriti selepas pertarungan sengit tiga pusingan.Pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 itu mempamerkan aksi tersusun dan berani, khususnya pada pusingan ketiga apabila beberapa siri serangan siku tepat berjaya mengubah momentum perlawanan sebelum dia disahkan menang dengan keputusan 29-27, 29-27, 28-28.Sementara itu, Elias turut membuktikan kualitinya apabila menewaskan petarung kelahiran Jepun, Haru Hakita dalam perlawanan berintensiti tinggi yang berlangsung seimbang.Selepas dua pusingan awal berakhir seri, pertarungan terpaksa ditentukan menerusi pusingan penentuan.Pada pusingan berkenaan, Elias lebih banyak melancarkan serangan bersih dan efektif berbanding lawannya, sekali gus membolehkan dia meraih markah lebih tinggi untuk mengesahkan kemenangan.Mia apa kurangnyaKemudian muncul satu lagi detik yang melengkapkan keseluruhan naratif adik-beradik Ghazali di Thailand.Pada 1 Februari lalu, di Nakhon Ratchasima, Mia menewaskan wakil tuan rumah selepas lima pusingan sengit melalui keputusan mata.Pada usia 14 tahun, tekanan biasanya menjadi halangan tetapi Mia menunjukkan kawalan diri dan keyakinan luar biasa bagi seorang remaja.Difahamkan, Mia kini disebut-sebut tersenarai antara atlet muda Sarawak yang dijangka membawa pulang pingat emas di Sukma Selangor 2026 dan berpotensi mewakili negara di Sukan SEA 2027.Abang-abangnya pula iaitu Jojo, Elias dan Miki masing-masing pernah meraih pingat emas di Sukma sebelum ini, menjadikan keluarga Ghazali sebuah nama yang sukar dipinggirkan dalam sukan tempur negara.Apa pun, Jojo, Miki, Elias dan Mia menunjukkan bahawa legasi sukan boleh dibina bukan hanya melalui satu nama tetapi melalui sokongan dan usaha kolektif adik-beradik.Jika satu masa dahulu anak-anak Sidek menjadi ikon badminton negara, tidak mustahil suatu hari nanti nama keluarga Ghazali akan disebut sebagai keluarga yang mengangkat Muay Thai Malaysia ke tahap lebih tinggi.