'Miera Martoza' kekal pengakuan tidak bersalah, mohon bicara

'Miera Martoza' kekal pengakuan tidak bersalah, mohon bicara

KUALA TERENGGANU – Lelaki yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini atas pertuduhan berpakaian dan berlagak seperti wanita di sebuah pusat beli-belah, kekal dengan pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.Tertuduh, Mohd Lukman Mohamad Aluddin, 33, yang juga dikenali sebagai 'Miera Martoza', membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Hamidi Shafie pada Selasa.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan kali kedua dengan memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita di Tingkat 3, KTCC Mall, Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini kira-kira jam 4 petang pada 12 Mei 2025.Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman sebatan tidak melebihi enam sebatan atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, serta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.Mahkamah bagaimanapun melepaskan tertuduh menggunakan jaminan sebanyak RM3,000 sebelum ini dan menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan kes.Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Terengganu, Nurul Taqwa Hasbu, manakala tertuduh diwakili firma guaman Muhammad Syarafi & Partners menerusi peguam, Siti Nur Adibah Pakurazzi.Sementara itu, peguam tertuduh berkata, pihaknya kini masih menunggu dokumen-dokumen perbicaraan selepas mengemukakan permohonan bagi mendapatkan dokumen tersebut.Menurutnya, sebutan semula kes itu pada Selasa bagi mendapatkan pengakuan anak guamnya sekali lagi dan masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah."Pihak pembelaan telah memohon kepada pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen-dokumen perbicaraan dan ia akan diserahkan sebelum tarikh akan datang."Kami akan meneliti dokumen tersebut bagi melihat sama ada terdapat sebarang kecacatan pada pertuduhan selain mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil,"katanya.Pada 14 Januari lalu, tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas dihadapkan di mahkamah sama bagi pertuduhan tersebut.

Berpakaian seperti wanita: 'Miera Martoza' kekal pengakuan tidak bersalah

Berpakaian seperti wanita: 'Miera Martoza' kekal pengakuan tidak bersalah

KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Lelaki yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini atas pertuduhan berpakaian dan berlagak seperti wanita di sebuah pusat beli-belah, kekal dengan pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.Tertuduh, Mohd Lukman Mohamad Aluddin, 33, yang juga dikenali sebagai 'Miera Martoza', membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Hamidi Shafie pada Selasa.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan kali kedua dengan memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita di Tingkat 3, KTCC Mall, Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini kira-kira jam 4 petang pada 12 Mei 2025.Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman sebatan tidak melebihi enam sebatan atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, serta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.Mahkamah bagaimanapun melepaskan tertuduh menggunakan jaminan sebanyak RM3,000 sebelum ini dan menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan kes.Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Terengganu, Nurul Taqwa Hasbu, manakala tertuduh diwakili firma guaman Muhammad Syarafi & Partners menerusi peguam, Siti Nur Adibah Pakurazzi.Sementara itu, peguam tertuduh berkata, pihaknya kini masih menunggu dokumen-dokumen perbicaraan selepas mengemukakan permohonan bagi mendapatkan dokumen tersebut.Menurutnya, sebutan semula kes itu pada Selasa bagi mendapatkan pengakuan anak guamnya sekali lagi dan masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah."Pihak pembelaan telah memohon kepada pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen-dokumen perbicaraan dan ia akan diserahkan sebelum tarikh akan datang."Kami akan meneliti dokumen tersebut bagi melihat sama ada terdapat sebarang kecacatan pada pertuduhan selain mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil,"katanya.Pada 14 Januari lalu, tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas dihadapkan di mahkamah sama bagi pertuduhan tersebut.

'Miera Martoza' kekal pengakuan tidak bersalah dakwaan berpakaian seperti wanita

Rakyat Australia bantah lawatan Presiden Israel

Rakyat Australia bantah lawatan Presiden Israel

SYDNEY – Polis Sydney menggunakan semburan lada bagi menyuraikan penunjuk perasaan kelmarin ketika mereka berhimpun kerana membantah lawatan Presiden Israel, Isaac Herzog ke Australia. Lawatan empat hari yang dikawal ketat itu bertujuan untuk memujuk masyarakat Yahudi Australia susulan kejadian tembakan rambang pada Disember tahun lalu di Pantai Bondi, Sydney yang mengorbankan 15 orang semasa festival ... Read more The post Rakyat Australia bantah lawatan Presiden Israel appeared first on Kosmo Digital .

Lebih 76,000 barang kes bernilai RM1.5 juta dilupuskan

Lebih 76,000 barang kes bernilai RM1.5 juta dilupuskan

SHAH ALAM – Sebanyak 76,118 barang kes termasuk senjata tiruan menyerupai M4, M16 dan raifal tempur dilupuskan polis selepas disita sepanjang 2024 hingga awal tahun ini.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pelupusan barangan kes bernilai keseluruhan RM1.5 juta itu membabitkan 283 kertas siasatan selepas mendapat kelulusan Timbalan Pendakwa Raya.Menurutnya, penggunaan senjata tiruan berkenaan dikesan dalam beberapa kes jenayah ugutan, namun kes melibatkan senjata itu tidak begitu serius."Senjata tiruan ini digunakan bagi tujuan ugutan, namun kes melibatkannya tidak banyak dan melibatkan satu atau dua kes sahaja."Kita siasat kes ini di bawah Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan memiliki senjata tiruan," katanya pada majlis pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Selasa.Majlis pelupusan itu turut dihadiri Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Azlina Rasdi; Majistret Mahkamah Shah Alam, Muhammad Syafiq Sulaiman serta Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (Siasatan dan Perundangan), Asisten Komisioner Nor Azizulkifli Mansor.Mengulas lanjut, Ramsay berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 1,185 barang kes am dilupuskan melibatkan 34 kertas siasatan.Menurutnya, barang kes am berkenaan merangkumi kenderaan, senjata berbahaya seperti pisau, parang dan batang besi selain beg, telefon bimbit serta dokumen berkaitan siasatan.Menurutnya, polis turut melupuskan 73,008 barang kes kontraban melibatkan rampasan arak dan rokok bagi empat kertas siasatan."Selain itu, sebanyak 775 barang kes berkaitan bitcoin turut dilupuskan melibatkan 21 kertas siasatan," katanya.Ujarnya, pelupusan turut melibatkan 1,150 barang kes berkaitan perjudian, noda serta kesalahan di bawah enakmen hiburan membabitkan 224 kertas siasatan."Antara barangan terlibat termasuk komputer, komputer riba, telefon bimbit, tablet, minyak urut, tuala, tiub pelincir, tisu basah, kondom serta kunci atau kad akses premis," jelasnya.Dalam pada itu, beliau memaklumkan pelupusan turut membabitkan wang tunai berjumlah RM42,607 yang telah dilucut hak.Katanya, wang berkenaan diserahkan kepada Perbendaharaan Malaysia hasil pelbagai siasatan termasuk kes kontraban, perjudian serta noda dan hiburan.Tambahnya, pelupusan barang kes dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) selepas semua proses perundangan selesai bagi memastikan pengurusan barang kes dilakukan secara telus dan sistematik.

Mahu lelaki jujur, buktikan dengan perbuatan bukan kata-kata – Sherry Ibrahim

Mahu lelaki jujur, buktikan dengan perbuatan bukan kata-kata – Sherry Ibrahim

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sherry Ibrahim, mengakui dirinya kini berada dalam fasa kehidupan yang lebih matang dan bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Bagaimanapun, kata Sherry, dia memilih untuk tidak tergesa-gesa dalam soal mencari pasangan hidup. Menurut Sherry, 42, kejujuran merupakan kriteria paling utama yang dicari dalam diri seorang lelaki, lebih-lebih lagi pada usia sekarang yang ... Read more The post Mahu lelaki jujur, buktikan dengan perbuatan bukan kata-kata – Sherry Ibrahim appeared first on Utusan Malaysia .

‘Ini Arab Saudi, bukan Arab Ronaldo’

‘Ini Arab Saudi, bukan Arab Ronaldo’

RIYADH – Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo digesa belajar menghormati atau ‘berambus’ jika mahu terus mengekalkan keputusan untuk mogok terhadap keputusan pemilik kelab sehingga terlepas dua aksi Liga Pro Arab Saudi awal bulan ini. Sebagai rekod, Ronaldo yang kini berusia 41 tahun enggan diturunkan sebagai protes terbuka terhadap pengurusan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) yang ... Read more The post ‘Ini Arab Saudi, bukan Arab Ronaldo’ appeared first on Kosmo Digital .

Krisis politik Myanmar: Malaysia berdepan kemasukan besar pelarian Rohingya

Krisis politik Myanmar: Malaysia berdepan kemasukan besar pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR: Pergolakan politik Myanmar menyebabkan Malaysia berdepan masalah limpahan 200,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri ke negara ini. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain itu India turut menerima banyak kehadiran pelarian Rohingya kerana berkongsi sempadan sepanjang 1,648 kilometer (km) dengan Myanmar melibatkan empat negeri. Katanya, Malaysia dan India justeru itu berpendirian mahu ... Read more The post Krisis politik Myanmar: Malaysia berdepan kemasukan besar pelarian Rohingya appeared first on Utusan Malaysia .

10 kluster baharu tibi dikesan sehingga 7 Februari

10 kluster baharu tibi dikesan sehingga 7 Februari

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kluster baharu kes jangkitan tuberkulosis atau tibi dikesan masih aktif di negara ini sehingga 7 Februari lalu.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, Selangor mendahului dengan merekodkan empat kluster melibatkan 10 kes."Satu kes yang menjadi ‘wake-up call’ dan menyentap kesedaran terhadap kemunculan semula penyakit berjangkit berlaku pada 25 Januari lalu, dengan kes indeks melibatkan seorang wanita warga emas berusia 72 tahun, yang akhirnya sehingga 7 Februari mencatatkan 37 kes membabitkan 29 kanak-kanak dan lapan dewasa."Daripada 37 kes itu, 36 kes dikesan melalui tindakan pengesanan kes aktif (ACD), iaitu pegawai kesihatan turun padang bagi menjalankan pengesanan kontak dan sebagainya."Sejumlah 903 kontak rapat telah dikenal pasti, menjalani saringan tibi dan semua kes dimulakan rawatan serta dipantau secara harian di fasiliti kesihatan terdekat," katanya ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang meminta penjelasan mengenai status terkini kluster tibi mengikut negeri serta jumlah kes aktif yang masih dipantau.Dalam pada itu, Dzulkefly menjelaskan langkah kawalan bagi mengekang penyebaran tibi adalah dengan memastikan individu yang disahkan menghidap penyakit itu diberikan rawatan awal anti-tibi."Bagi kontak rapat yang tidak menghidap tibi, mereka akan disaring bagi mengesan jangkitan tibi dan dimulakan rawatan pencegahan."Pemantauan rawatan melalui terapi pemantauan langsung secara harian dilaksanakan di fasiliti kesihatan terdekat."Individu bergejala dinasihatkan mengamalkan etika batuk, iaitu dengan menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin," ujarnya.

88 kluster Tibi direkodkan tahun lalu, 10 masih aktif

88 kluster Tibi direkodkan tahun lalu, 10 masih aktif

KUALA LUMPUR – Sebanyak 88 kluster tuberculosis (Tibi) telah direkodkan pada tahun 2025 melibatkan 254 kes di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada 88 kluster yang dilaporkan pada tahun lalu, sebanyak 35 kluster berstatus aktif. Beliau berkata, semua kes tersebut direkodkan di Selangor dengan 13 kluster (37 kes), Kedah : ... Read more The post 88 kluster Tibi direkodkan tahun lalu, 10 masih aktif appeared first on Kosmo Digital .